Penampakan

Spiritual Completed 384

Kejadian ini terjadi di rumah keluarga saya di kampung. Keturunan keluarga saya memang tiada rekod menyimpan saka, jembalang pelihara, pendamping dan sewaktu dengannya. Mahu pun sebelah ibu dan sebelah ayah, memang TIADA!

Penampakan yang bakal saya ceritakan ini ialah penampakan – penampakan yang bertuan. Maksud saya, kiriman SIHIR. Segala – galanya bermula setelah ayah menghilangkan diri semasa saya di IPTA dulu.

Rumah keluarga saya itu dibina agak besar dan diperbuat daripada kayu – kayu hutan liar. Memang tahan tanpa dapat dirosakkan oleh haiwan perosak. Contohnya seperti anai – anai dan sebagainya. Dulu ketika ayah masih muda, ayah memang bekerja sebagai tukang kayu.

Kejadian aneh bermula, rumah kami sering dimasuki haiwan – haiwan yang berbisa dan ada juga haiwan yang tidak berbisa. Contohnya seperti kala jengking, ular kecil, sesumpah, siput babi, semut hitam pelbagai saiz dan rama – rama.

Pernah sekali, jiran sekeliling rumah semuanya bertandang ke rumah gara – gara mendengar jeritan ibu. Mana tidaknya, kala jengking tetiba sampai tiga ekor masuk rumah. Meloncat – loncat ibu dan saya berperang dengan haiwan berbisa tersebut. Pukul – pukul, mati seekor muncul pula sampai dua ekor. Kita risau kena sengatan dia. Sudahlah kawasan kampung, bukan senang hendak ke hospital.

Nak dijadikan cerita, apabila rumah sudah di masuki oleh haiwan – haiwan tersebut pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Contohnya, salah seorang ahli keluarga akan jatuh sakit secara tiba – tiba, perasaan tiba – tiba terasa benci sesama ahli keluarga, orang sekeliling juga tiba – tiba macam cari hal salah saja dengan keluarga kami.

Memang hidup tidak aman masa itu. Bertahun – tahun juga lamanya hidup keluarga kami mengalami gangguan dan menghadapi benda – benda aneh begitu. Hidup terasa makin hari, semakin malang. Duit seperti tak berkat. Ada duit, cepat sahaja habis. Malah membeli barang dapur pun susah. Selalu kami bertiga makan pagi, malam nanti baru makan sebab beras dan lauk tiada.

Hinggalah ada saudara yang mencadangkan kepada ibu untuk pergi perubatan tradisional. Dengan bantuan seorang saudara ibu yang kami kenali sebagai Ibuk Ika. Ibuk Ika menemani kami ke rumah pengamal perubatan tradisional hanya dikenali sebagai Pak Den. Kata Pak Den, semua haiwan dan gangguan yang kami hadapi selama bertahun – tahun itu ialah kiriman sihir oleh seseorang yang mempunyai hasrat dengki dan tidak menyukai setiap ahli keluarga kami untuk hidup.

Kami sekeluarga telah berubat dengan Pak Den selama berbulan – bulan lamanya. Mana tidaknya. Baru saja berubat, ada saja haiwan – haiwan yang tiba - tiba muncul di dalam rumah. Akhirnya, Pak Den pun mengambil alternatif untuk 'memagar' sekali rumah kami agar sihir yang di hantar kelak tiada kena pada rumah dan penghuni di dalamnya.

Setelah 'dipagar', tiada lagi gangguan di dalam rumah mahu pun bunyi – bunyian di luar rumah. Benda aneh yang selalu melompat ketika saya tidur bawah tangga dapur itu pun sudah tiada. Haiwan – haiwan yang berbisa selalu masuk ke dalam bilik pun sudah tiada. Syukur kepada Allah.

Akan tetapi semua keamanan itu hanyalah SEMENTARA sahaja. Pada waktu tengah malam, saya dan ibu selalu mendengar bunyi - bunyian seolah – olah perempuan bercakap – cakap dihalaman rumah kami. Makin kita nak dengar, semakin susah hendak kenalpasti butir bicara perempuan tersebut walaupun bunyi suaranya boleh didengar dengan jelas.

Adik saya lagi teruk, terdengar saja suara – suara di halaman rumah terus saja dia ambil lampu suluh lalu menyuluh ke halaman rumah. TIADA sesiapa pun di halaman.

Bukan itu saja, bunyian seolah – olah orang menarik ranting keliling rumah pun ada. Bunyian benda berjalan atas atap rumah turut kedengaran. Adalah kadang – kadang tu bayang – bayang sepantas kilat melimpas di cermin tingkap rumah kami. Ada juga penampakan bentuk badan hitam dan bermata satu warna putih kelihatan di cermin tingkap ruang tamu. Ia menampakan diri hanya sepintas lalu saja.

Penampakkan bermata satu itu bagaikan memerhatikan penghuni di dalam rumah. Ia mungkin tidak dapat masuk ke dalam rumah sebab rumah telah 'dipagar'. Kami tidak panik sebab dah selalu sangat kena ganggu dan mungkin juga telah terbiasa. Jadi kami sekeluarga hanya dalam keadaan bertenang sahaja.

Saya ada terbaca di dalam buku – buku agama dan laman – laman web blogger Islamic, untuk memagar rumah dengan mengamalkan membaca ayat Kursi pada setiap penjuru rumah. Walaupun saya bukan beragama Islam, tetapi saya tetap mencuba membaca ayat Kursi disetiap penjuru rumah dengan harapan bebas dari gangguan.

Setelah saya habis membaca ayat Kusi setiap penjuru, saya duduk bersimpuh di ruang tamu di mana ibu dan adik berada. Saya bawa sekali buku Yassin. Mula – mula saya baca ayat tiga Qul. Pertama kali bacaan tiga Qul, dimulai dengan Al – Fatihah, semut hitan pelbagai saiz mula kelihatan berderet – deret muncul dari pintu utama. Semut tersebut berjalan berbaris panjang menuju ke arah penjuru rumah, ada juga beberapa ekor semut berjalan menuju saya tetapi saya tidak perduli.

Dalam saya buat bacaan tadi, saya ada perasaan sedikit geram bercapur marah. Apakah dosa kami sehingga sanggup ada yang menghantar benda gangguan seperti ini. Saya teruskan bacaan dan hujan mulai turun dengan lebat. Siap ada kilat dan bunyi guruh.

Makin lama, semakin banyak semut masuk rumah. Ibu dan adik hanya duduk diam di belakang saya. Kali ke empat kali saya ulang bacan tiga Qul, dari bayang – bayang dari cermin tingkap ruang tamu, kelihatan jelas seperti ada sosok lelaki berwarna hitam bergerak perlahan menuju ke depan pintu.

Sudah sampai depan pintu, sosok tersebut menghampiri tingkap dan ada satu cahaya putih memancar berkelip seolah – oleh seperti itu matanya. Saya berkalih pula bacaan ke buku Yassin. Sengaja saya kuatkan bacaan saya. Dari pancaran kilat diluar, jelas kelihatan sosok tubuh lelaki hitam tersebut sangat sasa saiznya.

Berbadan tegap dan bermata satu berwarna putih. Pertengahan bacaan surah Yassin, makhluk yang berdiri di tingkap luar rumah itu, berunsur ke belakang. Semakin saya menghabiskan bacaan saya, semakin bayangan 'ia' hilang. Dan hujan semakin reda.

Apabila tamat saja bacaan surah Yassin, perasaan lega terpacar di wajah masing – masing. Sosok berwarna hitam tadi telah tiada. Malam itu kami tidur tanpa ada sebarang gangguan pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience