Salam

Spiritual Completed 384

Tamat pengajian amat dinanti – nantikan. Ingin saja saya berteriak "Aku sudah bebas!!!!!" Hihihi ... Mana tidaknya, saya rasa bebas daripada beban yang saya alami selama ini. Sekarang ini, dapat saya luangkan banyak masa dengan keluarga tercinta. Ya! Ibu dan adik saya. Itulah yang saya ada sekarang.

Banyak rakan – rakan saya bernaib baik keluar saja dari IPTA terus sudah ada kerja. Saya pula kerja kat syarikat ini sekejap, dah berhenti. Kerja lagi kat syarikat itu sekejap, dah berhenti. Memang tak matang betul. Kena marah sikit, mulalah pasang hajat nak berhenti. Kena buli sikit, hah! Memang ada niat dah nak menaip tarikh surat berhenti. Surat dah ada, tinggal menaik tarikhnya saja lagi.

Sekarang ini, bila diingat kembali zaman tak matang saya itu dulu, alangkah bodohnya saya! Graduan kat luar sana jutaan orang menganggur. Saya yang dikira bertuah ini dapat kerja ini tak reti nak bersyukur. Itulah manusia. Tempat terakhir saya berhenti kerja ialah di sebuah syarikat yang offer gaji super giler! Tapi saya kena buli dengan bos.

Saya dipaksa untuk bekerja lebih masa sehingga pukul jam 11 malam setiap hari waktu bekerja. Hari minggu pun tak ada maknanya. Turun juga kerja kadang – kadang. Kalau tak nak? Kena pecatlah! Pernah juga datang sakit kepala saya dan deman panas, saya tidak dibenarkan untuk cuti oleh majikan. Cuti Gawai pun tak dibenarkan. Habis, apa guna ada Annual Leave?

Ada satu hari ini saya dah naik angin sangat. Saya lawan bos dan saya cakap saya tak nak turun kerja Ahad pada minggu itu. Isnin itu juga surat warning kemas cantik atas meja kerja saya. Esok harinya saya hantar surat berhenti kerja notis 24 jam tanpa memikirkan apa padah akibatnya kemudian hari.

Selepas itulah saya menganggur selama hampir setahun dan tidak menerima mana – mana tawaran panggilan kerja. Duit simpanan saya pula, makin hari semakin berkurangan. Ibu pun dah macam tahap marah pada saya sebab dah lama tak kerja.

Antara hari – hari saya mengangur itu, ada satu malam saya baca Yassin. Sekadar mahu tenangkan fikiran dan minta perlindungan dari Allah daripada sesuatu 'perkara'. Masa itu bulan puasa tahun 2013. Orang Islam panggil bulan Ramadan.

Saya tertidur di atas kerusi kayu ruang tamu tanpa belum sempat saya habiskan bacaan. Entah antara mimpi dan nyata, saya juga kurang pasti. Rasa saya macam saya sedar di alam nyata. Sebab saya dapat berfikir dan mengerakkan diri saya seperti saya terjaga. Tetapi entahlah.

"Assalamualaikum". Suara seorang perempuan memberi salam. Saya pun pandang sekeliling mencari empunya suara. Cari punya cari hinggalah saya melihat ke arah tangan saya yang masih memegang buku Yassin.

Berdirinya seorang wanita berjubah labuh warna hitam. Tudungnya juga labuh berwarna hitam. Hanya lihat bahagian mata dia saja. Kecil saja saiznya. Bagaikan saiz pemadam. Siapa pernah tengok drama Delina? Hah! Kecil macam itulah dia.

"Wa'alaikumsalam". Saya menjawab si salam. Pandai juga saya jawab salamnya. Sebab saya selalu lihat orang sekitar saya, bila ada orang bagi salam, orang tu akan jawab salam. Saya pun tak pasti, mengapa saya menjawab salam wanita berjubah ini sedangkan saya tahu, saya buka beragama seperti itu. Saya kafir. Saya dibesarkan tanpa didikan agama.

Dari matanya, saya bagaikan tahu dia tengah senyum pada saya dan saya terjaga. Bila saya terjaga, saya tertanya – tanya. Apakah maksud disebalik mimpi tadi? Buku Yassin? Buku Yassin masih di dalam pelukan saya. Saya memandang lama buku itu. Cuba mencari jawapan. Nak tanya pada yang pakar, tiada. Saya ceritakan saja pada ibu dan ibu cakap dia suka bila saya mendekatkan diri dengan sesuatu agama. Saya juga senang hati kerana apa yang saya lakukan selama ini direstui dan disenangi oleh ibu sendiri.

Dan mulai dari situlah saya mula membuat kajian sendiri tentang semua agama. Tetapi saya perhatian saya lebih fokus kepada agama Islam kerana sejak saya menerima buku Al-Quran daripada Khatijah dan membacanya setiap malam, diri saya terasa berlainan.

Ya! Saya masih mencari tahu kaitan beberapa perkara tentang agama Islam. Al-Quran, mimpi datang ke masjid. Berjumpa dengan orang berjubah putih. Hinggalah wanita berjubah hitam memberi salam. Saya ingin tahu dan jawapan semua itu, kenapa ia hadir.

Dan saya mulai binggung. Apakah yang harus saya lakukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience