Di Ajak Ke Masjid Kali ke-2

Spiritual Completed 384

Pada malam itu, saya tidur seperti biasa. Saya lupa malam hari apa tetapi malam itu adalah malam kedua kalinya saya bermimpi di ajak ke masjid. Dalam mimpi itu, saya berdiri di luar rumah. Saya melihat keadaan diri saya. Saya telah siap lengkap dengan pakaian berjubah hitam. Siap pakai tudung labuh lagi.

Saya memandang sekaliling. Perasaan saya terasa tenang dan suasana terasa damai sekali. Kelihatan banyak lelaki alim melimpasi saya. Mereka bagaikan menujui ke satu destinasi. Seorang demi seorang saya perhatikan. Bilangan mereka banyak.

Saya melihat sekeliling. Ke manakah mereka ingin pergi? Saya sudah tidak binggung seperti mimpi – mimpi saya yang lepas. Saya kelihatannya seperti sudah terbiasa melihat mereka yang berjubah ini. Cuma bilangan mereka kali ini, lebih banyak dari biasa. Satu persatu wajah melimpasi pandangan saya. Tiada sorang pun yang saya kenal. Mereka langsung tidak memandang saya. Mereka tetap fokus ke destinasi mereka.

Saya menoleh sebelah kiri. Mulai kelihatan beberapa kumpulan golongan wanita. Seperti mimpi saya yang pertama kalinya melihat mereka, golongan wanita tersebut sudah siap memakai telengkung di tubuh badan mereka. Dan golongan wanita menuruti langkah golongan lelaki tadi. Bilangan lelaki dan wanita kini sama – sama banyak. Di antara – antara golongan wanita yang sedang berjalan melintasi saya, ada seorang wanita menarik perhatian saya. Cuba teka siapa saya jumpa?

Saya jumpa wanita yang bagi salam dalam mimpi saya dulu. Dia tetap sama. Memakai jubah serba hitam dengan tudung labuh. Hanya matanya saja kelihatan. Di tangan kanannya ada sebuah buku Al - Quran. Dia melambai seolah – olah mahu mengajak saya sekali. Saya pun melangkah bersamanya dengan kumpulan itu.

Saya dapat rasakan saya selamat apabila dengannya. Entah. Rasa damai dan tenang saja. Tidak lama kami berjalan dan kami sampai di satu tempat yang tidak asing bagi saya. Saya pernah datang ke sini melalui mimpi. Masjid! Itulah tempat saya berdiri kini.

Saya masuk dan paling pelik saya pandai solat dan pandai membaca tulisan jawi dalam Al – Quran. Pagi itu saya bangun dengan senyuman lagi. Masa saya menuntut di IPT, Lepas saya bersarapan dengan Ibu dan adik. Saya pergi ke rak buku. Saya cari buku yang Khatijah bagi. Saya buka buku itu. Mana tahu saya betul – betul mahir pandai baca tulisan Jawi. Dapat saya baca macam dalam TV selalu tu.

Tenung punya tenung. Satu tulisan jawi pun saya tak tahu baca. Adui! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience