Semut Dan Si Mata Putih

Spiritual Completed 384

Malam Khamis dikaitkan dengan 'Malam Jumaat'. Orang tua selalu cakap, orang hendak hantar sihir, malam Jumaatlah malam yang paling bagus. Malam Keliwon. Malam pengasah ilmu. Malam paling bagus dan sungguh bermakna bagi yang sesetengah orang yang tahu memanfaatkan malam tersebut.

Mimpi sebelumnya bagaikan berulang kembali. Saya masih ingat, jam pada malam itu sudah menunjukkan pukul lapan suku. Adik masih lagi di halaman rumah. Bergayut dengan si kekasih hati. Selalunya, kalau dah jam tujuh malam itu, abang akan menamatkan talian dan naik ke rumah.

Tetapi berlainan pula pada malam ini, adik belum lagi menunjukkan dia akan menamatkan perbualannya itu. Hinggakan ibu sudah mulai bising di dalam rumah. Jarum jam hampir menunjukkan sembilan malam, barulah kedengaran adik mengunci pagar beranda.

Sebelum adik masuk ke beranda rumah, adik sempat bergurau dengan ibu. Dia acah – acah bersembunyi di sebalik pintu dan cermin tingkap. Adik mengintai ibu melalui cermin tingkap ruang tamu yang terbuka luas. Ibu membebel dekat adik supaya jangan buat perangai macam itu dan menyuruh adik cepat – cepat masuk ke rumah.

Setelah adik masuk ke rumah, adik terus mengunci pintu dan menutup semua tingkap di dalam rumah. Tingkap ruang tamu rumah kami memang tiada langsir. adik ada bagi tahu ibu dan saya yang dia bagai diperhati ketika bergayut di halaman rumah tadi. Kami bertiga hanya mendiamkan diri saja setelah itu.

Hendak dijadikan cerita, malam itu tetiba angin bertiup kencang lagi. Saya meminta adik membacakan ayat Al- Fatihah dan doa angin kencang. Saya masih berpantang untuk membacanya kerana saya dalam haid. Setelah adik selesai membaca doa – doa tersebut, kami bercadang untuk tidur saja di ruang tamu.

Ibu kata dia tidak sedap hati dan meminta kami bertiga tidur berkumpul di ruang tamu. Saya dan adik tiada bantahan. Hanya menurut kehendak ibu. Bila ibu dah cakap dia rasa lain macam saja malam itu, di tambahkan lagi cerita rasa diperhatikan oleh adik tadi memang saya akui yang saya juga ada rasa takut pada masa itu.

Saya dan adik telah pun baring pada tilam nipis masing – masing. Ibu masih duduk di atas tilam berbual kosong dengan saya. Adik bangun dari pembaringannya dan berjalan menuju je arah tepi kanan pintu utama.

"Mak, banyaknya semut hitam masuk rumah kita." Saya dan ibu terus berjalan ke arah adik. Aduh! Tidak sekali lagi!

Banyak semut berbaris panjang berjalan melalui dari celah pintu terus berjalan entah ke mana. Macam hendak pindah ada juga semut – semut hitam ini. Kalau semut – semut ini hendak pindah ke tempat lain, mana telurnya? Selalunya kalau semut ramai begini, hendak pindahlah, kan? Mesti banyak semut yang membawa telur mereka sekali. Tetapi semut ini tidak. Berjalan beramai – ramai tanpa tujuan.

Hujan mula turun dengan lebat. Ditambah pula angin kencang diluar rumah bersama petir yang sesekali memancar jelas kelihatan cahayanya dari cermin tingkap ruang tamu itu. Sesekali dengar hentuman bunyi guruh bagaikan berjalan di dalam tanah. Saya menyuruh lagi adik untuk membaca semula Al – Fatihah, doa angin kencang dan doa petir. Merunggut jugalah budak itu. Tapi apa yang paling utama dalam keadaan seperti itu ialah meminta perlindungan daripada Allah.

Semut hitam semakin banyak berderet – deret berjalan tanpa hala tuju. Ibu mengambil penyembur racun serangga. Banyak juga semut – semut hitam itu mati.

"Kau boleh baca tak buku sembahyang?" Ibu memandang tepat ke arah mata saya.

"Saya datang haid." Jawab saya pendek. Ibu mengalihkan pandangannya ke arah cermin tingkap. Lama.

"Dia buat apa yang kau buat tadi." Ibu memandang pula ke arah Adik. Adik hanya diam seribu bahasa. Saya menoleh ke arah cermin tingkap ruang tamu.

Bagaikan tidak percaya. Melalui cermin tingkap itu, kelihatan satu cahaya sebesar lampu suluh kecil berwarna putih kekuning – kuningan berlegar – legar di tingkap itu. Kelakuannya sama sekali seperti adik yang bergurau dengan ibu sebelum dia masuk ke dalam rumah tadi.

Cahaya itu seolah – olah menyembunyikan diri di antara cermin tingkap dan pintu utama rumah. Semut hitam semakin banyak masuk ke dalam rumah walaupun sudah banyak yang mati akibat semburan racun seranga.

Sesekali cahaya kilat memancar menerangi suasana luar cermin tingkap. Masa itulah kelihatan jelas benda bercahaya satu itu mempunyai bahu seperti manusia. Rupa – rupanya, cahaya itu mungkin ianya adalah mata makhluk tersebut.

Ketakutan usah dicakap. Adik ingin mengambil parang tetapi di halang oleh Ibu. Saya yang rasa tidak selamat dan keinginan untuk membaca Yassin itu sangatlah tinggi. Si mata putih itu bagaikan mengintai – ngintai kami di dalam rumah melalui cermin tingkap walaupun cermin tingkap itu telah ditutup rapat. Sesekali si mata putih menyembunyikan diri di sebalik pintu dan kembali semula ke cermin tingkap.

Ibu berkali – kali memaksa adik untuk membaca doa. Oleh kerana keinginan dan geram dengan si mata putih yang seperti main – main itu, saya berdoa memohon ampun terlebih dahulu kepada Allah kerana saya mahu membaca ayat – ayat perlindunganNya walaupun saya tahu saya dalam haid.

Ampunkan diri saya ya Allah. Saya Cuma mahu melindungi keluarga saya dan memohon perlindungan dari Allah sebarang perbuatan sihir, perbuatan syaitan dan penindasan orang.

Setelah saya membaca Al – Fatihah, saya terus membaca tiga Qul sebanyak tiga kali. Ayat Kursi pun saya baca tiga kali dan akhir sekali saya baca Yassin. Nak tahu apa yang jadi lepas itu?

Bagaikan tidak percaya, semut hitam yang banyak masuk dari celah pintu tadi bagaikan dihalau. Pandai dia patah balik keluar melalui celah pintu. Hujan, petir dan angin semakin lama semakin berkurangan. Si mata putih? Ketika saya menamatkan bacaan Yassin saya tadi, saya sempat memandang ke arah cermin tingkap. Si mata putih mula berlegar – legar dengan pantas. Dari pintu sampailah ke cermin tingkap dia ulang – alih. Lama – kelamaan, cahaya putih kekuningan si mata putih semakin menjauh dan bagaikan terbang bersama angin yang kian perlahan rentaknya.

Saya percaya itu kerana Tuhan telah melindungi saya dan keluarga serta menunaikan doa saya. Sejak pada malam kejadian itu, saya dan ibu semakin percaya bahawa Islam itu benar dan agama yang paling luar biasa.

Harus diingati, setiap apa yang berlaku pasti ada disebaliknya. Apa saja yang berlaku adalah dengan izin Allah. Saya sayang Allah. Saya rasa selamat bila saya dekat dengan Dia. Saudara – saudari di luar sana, jangan pernah sia – siakan hidup ini dengan perkara yang sia – sia. Allah akan selalu melihat kita walaupun kita tidur dengan lenanya. Bila ditimpa sesuatu, janganlah berlengah – lengah, terus saja minta perlindungan daripadaNya.

Saya tidak tahulah, kadang – kadang bila saya di tempat kerja, saya pernah rasa rindu yang teramat sangat pada Allah. Perasaan itu memang semula jadi dia datang. Cara saya menunaikan rasa rindu itu ialah pada waktu malam, saya akan membaca ayat – ayat yang ada dalam Al – Quran walaupun dalam penjelmahan bahasa melayu saja.

Saya memang tidak fasih baca dalam bahasa arab. Saya Cuma baca terjemah bahasa melayu saja. Nasib baik ada Al – Quran itu adalah hadiah pemberian Khatijah dulu.

Saya yakin, saudara dan saudari sekalian lagi berilmu daripada saya dalam soal agama ini. Saya mohon maaf jika saya ada tersilap bahasa yang ayat saya disini.

Ketika saya menaip ini pun saya terasa lain macam saja. Radar semula jadi mula tegak berdiri. Seolah – oleh seperti ada yang mengintai dan memerhati. Atau, hanya perasaan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience