Mula Percaya

Spiritual Completed 384

Bermula dari mimpi saya diajak kali ke-2 ke masjid itu, saya mula percaya bahawa saya perlu buat sesuatu. Saya dapat rasakan Allah mahu menyampaikan hidayah pada saya, bak kata Khatijah. Dari situlah saya mendalamkan lagi menyelidik, merujuk banyak buku, bertanya dengan rakan – rakan muslim, nasihat daripada ibu dan rakan – rakan yang boleh dipercayai.

Saya mula mengamalkan bacaan Al-fatihah dan doa tertentu pada setiap malam kecuali saya dalam haid. Mula saya mengamalkan perkara baru ini, saya sering diuji. Contohnya seperti menguap, mengantuk teramat sangat, terasa sakit kepala bagai nak pecah, semasa saya membaca helaian demi helaian Al – Quran saya akan menguap tidak berhenti – henti, terasa gatal badan, sakit perut tiba – tiba, rasa malas dan nak perasaan tu nak cepat saja habis membaca dan ada juga dengar ibu saya panggil tetapi bila datang jumpa ibu. Ibu saya dah tidur pun. Bagi saya ini adalah perbuatan syaitan dan sekutunya.

Dalam proses saya menghafal Al-Fatihah, saya sering sakit kepala. Kadang – kadang saya tak boleh baca langsung sebab mata saya kabur akibat sakit kepala. Menangis saya. Ujian apakah ini? Sampai bila saya harus menanggung sakit kepala begini? Saya urut – urut belakang leher saya untuk kurangkan sakit kepala. Tetiba tangan saya terjumpa benda asing. Ada ketumbuhan kecil sebesar telur cicak di bawah tulang tengkorak bahagian belakang leher saya.

Saya cepat – cepat bagi tahu ibu. Saya di bawa ke hospital. Masa ini saya masih mengaggur lagi. Bila doktor buat X-Tray, tiada apa – apa ketumbuhan dikesan. Ibu tak berpuas hati, discanning lagi di hospital swasta. Kosnya jangan ditanya, semua ibu yang tanggung. Keputusannya tetap sama. Tiada apa – apa. Semuanya baik – baik saja.

Atas nasihat kawan – kawan ibu dan saudara mara, saya dibawa berubat tradisonal. Macam – macam ubat tradisonal saya minum. Akhir sekali, saya dan ibu jumpa dukun seperti yang dicadangkan oleh kenalan terdekat keluarga kami. Dukun cakap, ketumbuhan itu ialah perbuatan santau dari orang dekat dengan keluarga kami. Memang kami tak percaya. Tapi macam – macam gangguan yang kami terima. Hanya Allah Maha Kuasa yang tahu.

Gangguan, sakit kepala yang saya hadapi dan ketumbuhan itu masih ada hinggalah kini. Segalanya saya serahkan kepada Allah. Setiap apa yang berlaku, pasti ada jalan penyelesaiannya. Manusia diuji kerana Allah sayang kita. Jangan sesekali mengalah sebelum berjuang, ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience