Ketika saya berumur 19 tahun, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Nama IPTAnya saya rahsiakan. Terasa berat sekali rasa hati kerana inilah kali pertama saya tinggal berjauhan dari keluarga. Hari pertama saya di IPTA, saya ditempatkan di sebuah bilik asrama penuh khas untuk dua orang pelajar sahaja.
Mak dan adiklah yang telah menghantar saya dari Sibu hingga ke Mukah. Mereka berdua tidak berlama dengan saya. Tak sampai 20 minit pun. Mak dan adik hanya menemani saya setakat di kafe IPT saja kerana bas Mukah ke Sibu hanya ada pukul 2 petang. Saya melihat jam sudah pukul 1.15 petang. Saya hanya melambai – lambai tangan sambil menangis – nagis apabila teksi kian jauh dari pandangan.
Maklum sajalah, pertama kali berjauhan dari keluarga dan paling menyedihkan lagi, keluarga saya tidak bersempatan untuk menghantar saya ke pintu bilik asrama pun tidak seperti ibubapa pelajar – pelajar lain. Malang sungguh saya ini!
Pada hari pertama saya di asrama, roomate saya belum sampai lagi. Biar sajalah. Malas nak fikir banyak – banyak. Pada malam itu, saya seorangan tidur. Saya dengan lena. Letih seharian dah jadi The Rock angkat barang ke tingkat 3. Orang lain bolehlah tarik nafas lega. Saudara - mara banyak, mak bapa pun ada. Saya apa ada?
Lepas masukan pakaian ke almari, susun baldi tepi katil dan bila semua sudah clear tanpa basuh kaki dan gosok gigi, saya terus landing tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Dalam fikiran hanya mahu tidur sahaja. Badan pun sakit – sakit dan perlu rehat dengan segera.
Esoknya, baru roomate saya sampai. Natasha namanya. Manis orangnya. Natasha cakap kampung dia dekat – dekat kawasan IPT itu saja. Itulah sebab dia malas mahu nak cepat – cepat daftar masuk asrama. Lagipun asrama ini ada kisah seramnya tersendiri. Sempat juga Natasha menceritaka kisah – kisah horror asrama IPT sini. Katanya dia dengar dari kakaknya. Kakaknya ialah bekas pelajar IPTA tersebut.
Seminggu sudah saya menjalani kehidupan sebagai siswi IPT, entah siapa yang membawa berita saya tinggal di IPT tersebut kepada ayah. Terkejut saya apabila warden telefon suruh saya turun ke pejabat asrama cakap yang ayah saya datang melawat. Mahu tidak mahu, saya paksakan kaki untuk melangkah menemuai ayah. Ayah hanya datang seorang sahaja. Kedatangannya melawat saya di sini saya rahsiakan dari pengetahuan keluarga.
Setiap bulan, ayah akan kirim wang belanja ke dalam akaun saya walaupun tidaklah sebanyak mana. Hubungan saya dan ayah makin hari makin bertambah baik. Adalah hampir habis semester pertama saya di sini ayah melawat saya setiap hujung bulan. Saya juga mencari kerja sambilan untuk menanggung kos kehidupan harian dan kos pembelajaran saya. Saya tidak mahu membebankan ibu. Cukup – cukuplah tekanan yang dihadapinya selama ini. Kasian Ibu.
Penat dengan tugasan – tugasan kumpulan yang diberikan oleh Mr. Khai iaitu pensyarah kelas Ekonomi, pada malam itu saya tidur agak lewat dari biasa. Natasha pula balik rumah dia pada hari itu. Maklumlah, kampung dekat. Saya lihat jam sudah masuk jam 1 pagi. Nasib baik kelas Pemasaran pada pagi esok dibatalkan waktu ke petang. Kalau tidak, ada kes tak bangun pagi masuk kelas.
Sedar tak sedar, saya tertidur atas meja tulis. Malam itu, mimpi datang lagi. Mimpi kali ini seolah – olah membawa berita kurang baik pada saya. Dalam mimpi itu, saya melihat ayah yang sedang menaiki teksi lalu ia berkata. "Inilah kali terakhir kita bertemu. Ayah terpaksa meninggalkan anak – anak ayah sebab isteri ayah tidak suka."
Saya pun berlari sambil memanggil – manggil ayah yang kian jauh menaiki teksi. Saya terbangun bila rakan sebilik kejutkan. La! Bila masa dia ini balik? Aku bangun dengan bekas air mata yang masih lagi segar di pipi saya. Sampai ke alam nyata saya menangis.
Natasha kata saya tidur sambil menghentak – hentak meja. Jadi dia bangunkan saya melihat saya keadaan begitu. Terkebil – kebil saya melihat wajah Natasha. Pasti selepas ini ada perkara tak diingini berlaku. Sumpah! Saya masih teruma terkesan dengan mimpi saya dengan arwah nenek dulu. Menjadi KENYATAAN! Saya sambung menangis lagi, andai benar ayah pergi dan tidak berjumpa saya lagi. Saya jadi sedih. Natasha memujuk saya. Saya tahu dia pasti tertanya – tanya kenapa saya begitu.
Agak lama juga mimpi itu telah berlalu. Ayah sudah ada perubahannya. Ayah sudah jarang menelefon saya seperti selalu. Ayah tidak lagi mengirim duit belanja seperti selalu. Saya juga sering mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Sakit kepala yang luar biasa. Bisanya sampai saya tidak dapat fokus akan apa yang saya lakukan. Kadang – kadang saya tidak dapat meneruskan kerja sambilan saya. Sehingga suatu hari saya disuruh berhenti oleh taukey cafe tersebut.
Kewangan saya semakin hari semakin merosot. Sampai saya terdesak pinjam duit Natasha tapi saya tak mahu menyusahkan Ibu. Tak mahu Ibu risau. Bila Ibu telefon tanya ada belanja atau tidak. Saya jawab saje ada.
Pernah juga saya mencuba menelefon ayah tetapi malangnya nomber telefon bimbit ayah tidak aktif lagi. Akibat tekanan kewangan, saya memberanikan diri membuat pinjaman PTPTN untuk menampung perbelanjaan di sepanjang 6 semester selama saya di IPT.
Share this novel