Pengenalan

Spiritual Completed 384

Setiap tingkahlaku mu,

Setiap tutur bicara mu,

Setiap niat hati mu,

Setiap perancangan diatur oleh dirimu,

Sentiasa ada yang memerhati dan mencatatnya.

Diri – Nya di sana sentiasa terjaga,

Tidak pernah tidur dan mengantuk,

Meskipun kau memejamkan mata,

Dia sentiasa mengampuni dan memelihara setiap ciptaan – Nya,

Walaupun dirimu seorang penderhaka.

Dunia ini adalah ujian bagi mu,

Jangan dilupa wujudnya alam yang kekal abadi,

Alam yang kekal adalah 'keputusan' bagi dunia sementara mu,

Di mana catatan dunia telah dipercatat semasa hidup dan akan di tayang dihadapan mu ketika dirimu di alam yang kekal,

Maka berbicaralah tangan dan kaki mu memberi kesaksian atas perbuatanmu di dunia.

Di hadapan malaikat Nya dirimu berdiri,

Maka terbentanglah catatan duniawi dirimu,

Amalan kebaikan dan kejahatan akan ditimbang,

Perbuatanmu akan di hakimi,

Mengikut apa yang dahulu dirimu dahului.

Sesungguhnya Dialah Maha Agung,

Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengampun,

Maka bertaubatlah wahai kaum ku selagi ada peluang,

Meskipun diri mu telah lama meninggalkan diri - Nya,

Semoga ada keinsafan diri mu mohon keampunan,

Taubat itu tidak pernah mengenal masa dan usia.

Wahai manusia,

Lupakanlah hal keseronokan dunia,

Dekatkanlah kepada Sang Pencipta,

Jangan pernah meninggalkan Dia,

Seperti mana Dia setia pada mu.

Bila dirimu dalam kesusahan,

Apabila dirimu dilanda kesunyian,

Bila dirimu diuji dengan kesabaran,

Berdoalah, jangan hanya berharap,

Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani atas setiap hamba - Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience