Melihat Jasad Sendiri

Spiritual Completed 384

Kejadian ini berlaku, semasa saya tinggal di asrama penuh IPT. Pada hari itu, daripada kuliah saya terus menghadiri sukan antara jabatan tanpa balik terlebih dahulu ke asrama. Memang jadual aktiviti saya agak padat pada hari itu. Kelas saya habis agak lewat kerana penasihat akademik kelas kami ada mengadakan perbincangan beberapa hal penting dengan pelajar – pelajar bawah jagaannya. Tambahan pula saya menyertai beberapa acara sukan.

Saya sampai di bilik asrama pun waktu sudah terlajak senja. Setelah selesai mandi, saya terus terlelap. Kalau di rumah saya tidur senja begini, memang nak kena ketuk dengan ibulah jawabnya. Entah mimpi ke apa. Saya pun keliru. Tahu – tahu saja, saya telah tercegat berdiri di muka pintu bilik asrama saya. Masa saya bermimpi kali ini, saya berada di semester yang terakhir dalam pengajian saya, iaitu semester yang ke enam. Roomate pun dah bertukar.

Apa yang mengejutkan saya ialah saya boleh melihat jasad saya sendiri yang sedang terbaring tidur di atas tilam. Habis saya ini siapa? Roh? Jika yang baring tidur itu ialah diri saya sendiri? Saya berjalan hinggalah ke hujung katil di mana saya berhampiran dengan jasad saya berada. Saya cuba menyentuh jasad saya tetapi malangnya tangan saya seolah – olah hanya bagaikan bayangan saja.

Saya cuba menyentuh berkali – kali dengan harapan saya dapat membangunkan saya sendiri yang sedang terbaring itu. Tidak berjaya! Saya cuba berteriak, suara tidak kedengaran. Saya yang berteriak itu pun tak dengar suara saya sendiri. Macam mana?

Dalam hati saya cuba membangunkan saya sendiri. Saya cuba berusaha sekuat hati untuk membantu saya sendiri. Saya pejamkan mata. Saya gerak – gerakkan hujung kaki saya. Saya berdoa, berdoa dan terus berdoa kepada Allah. Saya cuba gerakkan lagi hujung kaki.

Akhirnya, bagaikan dibangunkan. Mata saya terus celik dan saya terus duduk memandang sekeliling bilik. Saya masih bingung. Saya bersyukur sangat hingga mengalirkan air mata. Atas keberkatan Tuhan saya bagai diberi peluang untuk hidup semula.

Benarlah kata orang tua – tua kita. Jangan sesekali tidur petang. Kelak roh kita sesat. Tetapi saya ini juga dalam golongan yang degil. Saya nasihatkan kepada pembaca kalian semua, janganlah buat perangai macam saya. Nasib baik roh saya kat keliling saya saja, kalau jauh merantau tadi, macam mana? Huhu. Oleh itu, pengajarannya ialah JANGAN TIDUR DI WAKTU SENJA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience