Pembuka Bicara

Spiritual Completed 384

Salam sejahtera dan perkenalan kepada semua pembaca. Saya berasal dari Borneo dan saya juga bukan beragama Islam. Cukuplah saya memperkenalkan diri secara ringkas – ringkas saja ya?

Sejak saya berumur awalan remaja, saya sering mengalami perkara aneh dan sering bermimpi yang bukan – bukan. Bagi saya ianya sesuatu yang aneh, merisaukan, menakutkan serta tidak dapat diterima oleh diri saya sendiri. Jalan penyelesain pada awalnya ialah saya sekadar buat – buat tak endah saja.

Mimpi ialah sesuatu yang seolah – oleh di alami oleh seseorang atau sesuatu yang dilihat sewaktu tidur. Ada juga pendapat menyatakan mimpi juga difinisikan sebagai khayalan atau angan – angan. Bagi sesetengah orang, mimpi hanyalah mainan tidur dan tidak perlu terlalu difikirkan. Selain itu, ada juga berpendapat mimpi itu selalu membawa mesaj yang akan menjadi nyata dan bukan sekadar 'fasa rehatkan badan'.

Apa yang peliknya bagi saya bila bermimpi? Perkara normal, bukan? Iya! Tetapi ianya perkara luar biasa bagi saya. Saya sering didatangi mimpi dan mimpi itu selalunya akan menjadi realiti dalam masa sehari, seminggu kemudian, sebulan kemudian dalam kehidupan saya. Kadang – kadang apa yang saya mimpikan itu sekadar penyampaian dan hal yang akan terjadi yang perlu saya ambil perhatian agar mengambil langkah untuk 'berhati – hati'.

Oleh kerana asyik didatangi oleh mimpi yang bagi saya luar biasa dan mungkin bagi orang lain ia adalah perkara biasa, saya telah merajinkan diri untuk membuat beberapa kajian, mencari tahu dan melakukan sendiri soal selidik dengan beberapa orang yang berilmu dan mengekses tentang mimpi di dalam internet.

Hasil yang saya perolehi ialah memang sukar untuk diterima dan ketidakpuasan hati itu tetap ada. Kebanyakkan jawapan yang saya perolehi ialah menyatakan mimpi hanyalah main tidur saja. Dimana manusia di tahap alam separa sedar.

Saya juga telah membeli sebuah buku bertajuk "Fail Sulit Mimpi" yang ditulis Ustaz Abdullah Bukhari Bin Abdul Rahim Al-Hafiz. Dan saya berasa amat teruja dan berminat dengan setiap ulasan yang diterangkan oleh beliau melalui buku tersebut. Paling saya tertarik ialah apabila Ustaz Abdullah menyatakan bahawa mimpi mempunyai tiga maksud dalam islam.

Salah satunya yang saya tertarik dalam karya beliau hingga ke hari ini ialah, 'Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Apabila waktu (kiamat) semakin dekat, hampir sahaja mimpi seorang muslim tidak mendustainya. Orang yang paling benar mimpinya ialah orang yang paling benar lidahnya. Mimpi orang Islam ialah satu satu bahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada tiga jenis : (1) Mimpi yang benar ialah perkhabaran gembira dari Allah, (2) mimpi gangguan daripada syaitan (untuk menyedihkan) dan (3) mimpi yang dipengaruhi oleh jiwa seseorang (psikologi). "Sekiranya kamu bermimpi sesuatu yang tidak kamu sukai, maka bangunlah bersolat dan usahlah diceritakan mimpi itu kepada manusia." (Hadith riwayat Muslim).

Salah satu alam mimpi yang masih saya alami hingga kini ialah 'lembaga perempuan yang bermata satu' dan 'perempuan berjubah hitam.' Mimpi ini terjadi apabila keluarga saya dalam keadaan krisis yang sangat memberikan tekanan yang hebat kepada setiap ahli keluarga. Tambahan pula pada masa yang sama, saya bakal menduduki peperiksaan SPM. Sungguh saya tidak tahu, dari mana dan apa yang perlu saya lakukan pada waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience