Pertemuan Dengan Wanita Bermata Satu

Spiritual Completed 384

Adik saya baru masuk Tahun 1. Kalau adik balik dari sekolah, pasti badannya lebam sana sini. Saya dan ibu jadi risau melihat keadaan adik sedemikian. Entah apa dibuatnya disekolah sana. Jadi mangsa buli? Atau ada orang jahat menganggu adik semasa pulang dari sekolah? Persoalan sesak di dalam fikiran. Bila di tanya, adik hanya berdiam diri.

Pernah saya dan ibu intai adik di sekolah semasa tamat sesi persekolahan. Lebam – lebam itu rupanya adik bermain bertumbuk – tumbuk dengan seorang kawan dia sama kelas. Nama dia Daniel. Bila di tanya kepada adik dan Daniel kenapa bertumbuk – tumbuk.

"Ikut cerita Power Rangger!" Alamak.... paduhal. Adus!

Teruk juga adik kena ceramah ibu pada malam itu. Saya pun jadi penceramah tanpa berbayar malam itu. Dah tanggungjawabkan. Kita tak mahulah adik kita hari – hari bertumbuk kan? Nanti mak bapak orang datang atau kena tindakan disiplin? Lagi parah. Cegah sebelum terlewat.

Malam itu saya ada bermimpi. Mimpi ini memang paling menakutkan bagi saya. Dalam mimpi itu, saya tengah tidur. Dalam mimpi tersebut, saya bagaikan di alam nyata. Antara sedar. Ya, saya pasti saya sedar masa itu.

Saya baring di atas tilam yang sama. Di dalam bilik saya yang sama. Semua serupa. Saya terjaga dari tidur apabila merasakan seolah – olah ada sesuatu yang memandang ke arah saya. Badan saya terasa panas bahang. Saya pun alih pandangan saya ke pintu bilik tidur saya.

Di situ saya melihat berdirinya seorang perempuan muda kira – kira sekitar umur dia 30-an. Ciri – ciri dia agak menakutkan. Memakai pakaian putih sampai ke bawah. Tiada kaki. Mata hanya ada satu di tengah – tengah dan bebola mata berwarna putih. Gigi ada taring sebelah kiri saja. Rambut berwarna hitam pekat dan panjang.

Saya nak berteriak atau berdiri tetapi saya tidak dapat bergerak. Badan bagaikan terkunci. Suara pun tidak dapat keluar. Hanya kepala saya saja dapat digerakan. Saya ingin membaca surah Al-Fatihah yang telah berjaya saya hafal di dunia nyata.

Akan tetapi, satu potongan ayat pun saya tidak ingat. Lemah! Sungguh saya lemah menghadapi semua ini. Perempuan itu merenung tajam ke arah saya. Saya ketakutan. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu.

"Aku datang bukan hendak berjumpa dengan kau. Kau tidak perlu halang aku."

Suaranya garau. Suara itu sudah mampu membuatkan saya rasa nak terkencing dalam seluar. Apa yang saya dah buat? Saya halang dia pasal apa? Saya kenal diakah? Bila masa saya kacau hantu ini? Banyak soalan demi soalan dalam minda saya dalam mimpi tu. Macam normalkan? Saya dapat berfikir dengan betul. Sebab itu saya cakap saya sedar tetapi ia tetapi dalam mimpi.

"Aku cuma mahu bertemu dengan ibu kau nanti. Kau tidak perlu halang aku!" Dia pun hilang di pintu. Saya? Terjaga sampai berpeluh – peluh. Kalah orang joging. Takut! Cemas! Risau! Semua ada.

Petang esoknya, adik masih main tumbuk – tumbuk lagi. Buktinya, banyak sungguh kesan lebam pada lengannya. Tengah saya dan ibu berleter kat adik, tiba – tiba abang dan nenek kepada Daniel datang ke rumah kami. Nak tuntut keadilan kononnya. Abang dia paling aku geram. Nak belasah adik aku depan mata kami. Memang huru – hara malam tu.

Kalau masih juga adik saya tumbuk adik dia, dia cakap dia tidak teragak – agak akan bunuh adik saya. Ingat senang ke nak bunuh orang. Malaysia tak ada undang – undangkah?

Saya nak lawan cakap laki kurang ajar itu tetapi ibu bagi jelingan maut. Saya diam saja. Pada esok hari juga, saya dan ibu saya uruskan pemindahan sekolah adik saya ke sekolah rendah lain. Tak mahu gaduh – gaduh kata ibu.

"Ibu tak mahu report poliskah? Kalau jadi apa – apa, kita ada bukti buat laporan polis." Saya tersangatlah risau masa itu.

"Tak mengapa. Biar sahaja dulu." Kadang – kadang geram juga saya sama ibu. Semua perkara buat endah tak endah sahaja. Macam – macam benda buruk saya bayangkan. Minta jauhlah.

Adakah ini yang dikhabarkan oleh mimpi saya perempuan bermata satu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience