Epilog

Romance Completed 44892

Faris memandang sekeliling ruang bilik Erdina, kemas dan tenang mata memandang. Tiba-tiba matanya tertancap pada beg plastik yang agak besar.

Dituju langkahnya ke situ, oleh kerana plastik itu adalah jenis lut sinar, jadi dia bisa melihat isinya dari luar. Sekilas pandang saja, dia sudah terlopong.

Dibuka ikatan plastik itu dan... tepat tekaannya. 'Baju bayi'. Tidak cukup dengan itu, Faris mencari bukti-bukti berkaitan tentang apa yang dilihatnya. Matanya tertancap pula pada buku berwarna pink di atas meja perhiasan.

Tanpa sedar, bibir Faris melakar senyuman bahagia.

*****

"Sayang, wait!" Faris tersenyum kemenangan apabila dia sempat mencapai lengan Erdina.

"Let me... go! Sakitlah bie!"

"Then, jangan buat perangai. Tak baik tau sangka buruk dekat suami macam tu." keras Faris memberi amaran.

"Dah jelas depan mata Dina abang dating dengan perempuan tu, takkan Dina tak nak percaya kot?" Erdina masih menegakkan kebenaran di fikirannya.

"Are you sure that I'm dating?" sengaja Faris menduga Erdina dengan cara sebegitu.

"Y-Yeah, I'm pretty s-sure." Erdina meneguk liurnya, kalau aku salah... memang malulah.

"That's my client, sayang. How can I do something that make you mad?" terang Faris, nada suaranya cuba untuk dilembutkan sebagai langkah berjaga-jaga. Emosi wanita mengandung mudah tewas.

"Client kepala otak you!!! Bos kafe, but jumpa client?" Erdina berang, baginya ianya langsung tidak logik.

"Siapa cakap sebagai bos kafe?" Faris tersenyum senget. Cemburu buta juga isterinya ini.

"Habistu? Tukang sapu?"

"Hahaha, apalah sayang ni. Me as a CEO of Eve Company. Sayang ni, suka sangat buat andaian sendiri."

"CEO? Kenapa Dina tak pernah tahu? Habistu kafe pula macam mana?" Erdina tercengang, boleh masuk metro ni. Seorang isteri tidak mengetahui pekerjaan suaminya sendiri.

"Bie serahkan pada Dani, lagipun dia pandai memasak... sayang sendiri pernah rasa masakan Dani kan?"

"Haah, sedap... sangat!" teruja lebih pula Erdina ni. Tak sedar si suami yang sudah kelat semacam.

Bie masak tak sedap ke macam tu ya?"

"Alololo, comel je merajuk."

"Bie... Comel?" berdekah ketawa mereka berdua.

*****

3 tahun kemudian

Erdina menutup Yasin seusai dibaca kemudian dipegang kejap batu nisan kedua-dua abang kembarnya.

"Aira, meh sini duduk kat mama." Aira melepaskan pelukannya pada kaki Faris lalu berlari menuju ke arah mamanya.

"Cakap dekat Uncle Amar dengan Uncle Amir, Assalamualaikum." bisik Erdina perlahan di telinga anaknya.

Aira mengangguk lalu duduk mencangkung di tengah-tengah antara kubur itu. "Assalamualaikum, Uncle Amar dengan Uncle Amir. Nanti Aira datang lagi. Tidur kat dalam tu diam-diam tau, nanti Aira tak nak belanja aisykim." petah Aira berbicara bersama pelatnya.

"Dah jom balik." Erdina memimpin tangan Aira. Mereka bertiga menuju ke kereta, selepas ini akan bertolak terus ke Melaka.

'Cause it's holiday time!'

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience