Special chapter - 2

Romance Completed 44892

"Amboi Aira, sedapnya makan kuih raya tu. Sampai tak paling kiri kanan." teguran dari Datin Suria membuatkan Aira tersengih malu.

"Tok ma nak? Meh Aira suapkan." sebaik sahaja Datin Suria membuka mulut, Aira memasukkan kuih dahlia kedalam mulut tok manya.

"Amboi, jealous lah atuk ni. Nak jugak." Datuk Razzaq pula mencelah sambil tangannya diselang ke belakang.

Aira mencebik. "Atuk suruhlah tok ma suapkan, baru sweet. Aira nak makan dengan papa.."

"Tok ma taknak suap atuklah." membulat mata Datin Suria mendengarkan tuduhan Datuk Razzaq.

"Betul ke tok ma taknak suap atuk? Tak baik tau macam tu, nanti Aira report dekat papa, biar papa punish atuk dengan tokma." Aira mengecilkan matanya sebelum tubuhnya dipeluk erat oleh Datin Suria.

"Taklah, mana ada. Nanti tok ma suap atuk samapi pengsan." pujuk Datin Suria, bimbang juga dia.

"Hahaha, lawaklah tok ma ni."

*****

"Aira nak berapa duit raya?" sengaja Faris bertanya.

"Semua yang papa pegang tu." Aira tersenyum menampakkan giginya.

"Amboi, bankrup lah papa kalau macam tu. Satu je boleh?"

"Hmm, satu pun satulah."

"Good girl, nanti Aira bagi satu sorang dekat tetamu yang datang eh?"

"Orait papa."

"Mama pun nak jugak." Erdina duduk di sebelah Faris lalu menghulurkan tangannya.

"Nah. Tak padan dengan tua mama ni, kan Aira?" Erdina mendengus marah.

"Abang! Dina muda lagilah!"

"Ala sayang ni, gurau sikit pun tak boleh..."

Erdina tergelak. Dia duduk melutut di atas lantai lalu menyalami tangan Faris. "Selamat Hari Raya, abang. Maafkan Dina kalau ada salah eh? Kosong-kosong boleh?"

"Boleh sayang. Selamat Hari Raya too."

"Mama, papa! Tok umi panggil makan!!" laungan Aira dari meja makan membuatkan mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum tertawa.

'Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya, terima kasih kerana telah menganugerahkan insan-insan istimewa yang menjadi penyeri hidup buatku.'

°Happy reading!! TAMAT!!!°

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience