SMS 5

Romance Completed 44892

Bangun dari pembaringan, Erdina melihat ke sebelah. Kosong. Dia mengeluh lagi.

Dicapai tuala lalu mula membersihkan diri.

Sebaik sahaja turun, kelibat Puan Rohaya sedang menyediakan sarapan di dapur.

"Umi."

Puan Rohaya berpaling melihat Erdina yang monyok.

"Dah kenapa pula?" digelengkan kepala tanda bosan.

"Umi ada nampak Faris?"

"Dah suami kamu, tanya umi buat apa?"

"Oi dik, laki kau baru je pergi kerja tadi. Dia kirim kau ni, kau pergilah jenguk kat luar. Kot kot dia belum pergi." Amar melemparkan kotak berwarna merah, untung saja Erdina tangkas menyambut.

Lantas Erdina keluar melihat sekeliling, dia menyelitkan senyuman kecil di hujung bibir. Dicapai selipar lalu meluru ke arah Faris yang sedang memakai helmet.

"Bie!!!"

Tersentak Si Faris tatkala disenggah begitu. Dipandang wajah masam Erdina, seketika dia mencubit pipi si isteri hingga menjerit kesakitan.

"Auch."

"Jangan buat muka macam tu lagi."

"Kenapa? Tak cantik ke?"

Faris mengetap gigi menahan geram, Erdina selalu menduganya. Cukup membuatkan dia hilang arah.

"Bie pergi dulu eh, sayang. Bye."

Tidak sempat Erdina menyambung kata-katanya, bunyi ekzos motor milik Faris mengaum kuat.

"Angah." Erdina yang menjelma di belakang membuatkan Amar mendecit. "Apa dia yang kau nak? Kau tak nampak ke aku tengah main game ni? Pergi sana!"

"Erm, Faris tu kan... Dia kerja apa eh?"

"Sekarang ni si Faris tu kahwin dengan aku ke dengan kau?"

"Ei, cepatlah. Kau tahu tak dia kerja apa?"

"Tahu."

"Kerja apa?"

"Tak naklah aku cakap, aku dah janji dengan dia tak nak cakap dengan siapa-siapa. Kau tanya sendiri."

Erdina mencebik lalu menapak naik ke atas, sengaja dihentakkan kaki semasa menuju ke atas tanda protes.

*****

Faris memakirkan motorsikalnya, dilihat Puan Rohaya sedang menyiram pokok di halaman rumah.

"Umi." tegur Faris.

"Eh, dah balik kamu." ujar Puan Rohaya seraya menutup pili air.

"Dina mana?" Faris melilau lilau mencari kelibat Erdina biarpun tidak kelihatan.

"Ada kat atas. Buat apa entah."

"Kalau macam tu Faris naik dulu, ya."

"Ha, yelah."

Tok Tok Tok.

Dijenguk ke dalam bilik, terlihat si isteri sedang ralit membaca novel.

"Bie, dah balik. Sorry la tak perasan tadi." untunglah, balik saja dihadiahkan senyuman manis sang isteri.

"Sayang, kita balik rumah mama, nak? Tadi mama call, cakap rindu sayang." Faris merebahkan diri ke atas katil.

"Boleh. Sayang pun rindu mama."

Melihatkan Faris yang penat bekerja, terbatal niatnya ingin bertanya tentang pekerjaannya.

"Bie nak makan apa-apa, tak? Sayang panaskan lauk, eh." Erdina mengeluh apabila melihat seraut wajah bersih suaminya yang sudah lena dibuai mimpi.

*****

"Sayang." Faris menyentuh lembut bahu Erdina.

"Ish, pergi sana." lantas Erdina menepis kasar. Hatinya masih sakit.

Hanya bunyi kipas kedengaran di dalam bilik.

Kriuk.

"Sayang lapar? Jom turun."

'Ei, dia main tawar menawar pula. Perut ni pun satu, tak mahu beri kerjasama langsung.' desis Erdina perlahan.

"T-Tak, saya tak lapar. Kalau saya lapar sekalipun saya boleh pergi turun makan sendiri. Ada laki macam takde laki."

Uish, ibarat larva menyimbah bumi serasa dengan sindiran Erdina.

"Sorry lah, sayang pasal tadi tu." Masih lagi di dalam mood memujuk seorang Nurin Erdina biarpun si dia memalingkan wajah membelakanginya.

"Bie ingat, sayang saja-saja ke nak pengsan tadi?" tegas Erdina memarahi suaminya.

"Bukan macam tu maksud bie."

"Habistu, sebab apa? Jealous?" Erdina menebak.

"Of course lah."

Perlahan-lahan, Erdina mengukir senyum.

"Eleh, merajuk konon. Dah jom makan." diraih tangan Erdina lalu turun.

Saat mereka berdua melangkah menuruni tangga, kelibat Dani sedang menghirup kopi buatannya.

Semakin kemas genggaman tangan Erdina pada Faris. Disebabkan inilah yang membuatkan dia timbang tidak sedarkan diri tadi. Tidak disangka olehnya bahawa Dani adalah 'adik iparnya sendiri.

Dan apa yang membuatkan Faris cemburu adalah pada masa Erdina pengsan, Dani pula yang terlebih cemas. Mahunya diangkat tubuh isteri abang ipar sendiri. Terus kelat wajah Maira.

Dani menjeling tangan pasangan suami isteri itu. 'Aku yang sepatutnya berada di posisi kau, Faris!' kata-kata itu hanya mampu bergema di dalam hati.

Tidak mahu berlegar di sekitar dapur ini, Dani lantas menuju ke biliknya.

Erdina berdehem lalu mula mengeluarkan lauk dari dalam peti sejuk.

*****

"You buat apa kat bawah tadi?" soal Maira dingin. Dia berpeluk tubuh sambil memandang balkoni.

"I turun minum air." Dani menjawab ala kadar.

"Serious? Or you pergi menggatal dengan perempuan tu?" dia masih marahkan Dani atas kejadian tadi.

"Dah lah, Maira. I dah penat nak bertekak dengan you. Almost hari-hari you tahu, tak?"

"You ingat I suka?"

Soalan itu dibiarkan seperti angin berlalu.

Tubir mata Maira mengeluarkan pertama. Dia mengesat kasar.

----------

Author's Note: °Once I hate you, my attention are not to you anymore.°

[Maaf jika kurang memuaskan hati pembaca semua. Saya cuba yang terbaik.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience