SMS 8

Romance Completed 44892

Krek

Faris menarik hand break kemudian meluru keluar, dengan terburu-buru dia mencengkam baju Harith iaitu salah seorang bodyguardnya.

"Kau buat kerja betul ke tak, hah? Aku upah kau ni aku bayar kau tahu, tak!"

"M-Maafkan saya, bos. T-Tapi puan dan balik tadi, sekerang ni dia ada dekat atas."

Faris menghembuskan nafas lalu berlalu naik ke atas. Dipulas tombol pintu namun hampa oleh kerana dikunci dari dalam.

"Sayang buka pintu ni, ni hubby."

Senyap.

Faris buntu. Idea datang menjelma, dia turun ke bawah lalu membuka laci tempat letaknya kunci pendua.

Cis, ternyata Erdina lebih licik daripadanya. Gugusan kunci yang selama ini tersimpan elok malahan hilang, tidak perlu berfikir karena dia sudah tahu bahawa itu adalah angkara Erdina.

Huh, penat juga berulang alik naik turun tangga dari tadi.

Tok Tok Tok.

"Sayang, bukalah pintu ni. Or kalau bie terdesak sangat, bie pecahkan ya?" sumpah dia risau sesuatu yang buruk bakal menimpa Erdina.

Erdina menekup kuat mulutnya menahan tangisan.

Satu surat muncul dari bawah pintu. Diambil kertas itu, tangisannya hampir pecah saat foto perkahwinan mereka berdua dan tertulis 'I MISS YOU' di tengahnya.

Erdina menggigit bibirnya sambil mengusap rambutnya.

Nafasnya semakin kasar kedengaran.

"Tolong tinggalkan saya sendirian. Jangan datang dekat dengan bilik ni, jangan telefon saya, jangan risau tentang saya, jangan ambil berat pasal saya." ucap Erdina sambil memperketatkan pegangan kertas itu.

Dia meraup rambutnya kasar. "Awak buatkan saya jadi isteri terburuk yang pernah ada!" tangisannya pecah jua.

"Tak, sayang... Bie tak pernah pun fikir macam tu. Ya Allah sumpah sayang! Jangan dera bie macam ni!" Faris menidakkan kata-kata Erdina. Tidak pernah terlintas dek akalnya untuk berfikir sebegitu.

"Bagi saya ruang, please... 3 minggu je saya minta." esakan Erdina sudah semakin berkurangan.

Masing-masing bersandar di pintu yang menjadi penghalang di antara mereka berdua. "Kalau itu yang sayang harapkan, abang izinkan."

*****

Sudah seminggu Faris tidak bersemuka dengan Erdina, dia hanya dapat melihat wajah isterinya melalui rakaman CCTV yang dipasang lengkap di sekeliling rumah.

Klak. Faris menelan butang video rakaman CCTV, dilihat wajah pucat dan cengkung Erdina.Hmm, tidak ubah seperti dirinya saat ini. Jika Erdina begitu, dia juga begitu, dan jika Erdina begini, dia juga begini.

Diulang berkali-kali video itu bagi mengubati rindu pada sang isteri. Hanya tuhan yang tahu betapa menggunung tingginya rindunya.

Apa yang membuatkan dia sedikit kecewa adalah kerana syarat yang telah ditetapkan oleh Erdina.

1. Faris tidak dibenarkan untuk mendekati tingkat atas malahan tangga juga dilarang.

2. Hanya bodyguard yang dibenarkan untuk menghantar hidangan santapan dan juga barangan keperluan Erdina.

Sadisnya hidup. Namun dia juga turut bersyukur akan perubahan diri Erdina, kerana Erdina yang sekarang sudah bisa bercakap dan ketawa jika berbual dengan bodyguardnya.

'Huwaa, siapa suami Erdina sekarang ini? Dia atau Harith!'

*****

Faris duduk bersantai di ruang tamu. Cuti-cuti layan movie sorang-sorang, ibarang orang single walaupun...

Derapan tapak kaki dari tingkat atas menarik perhatian Faris, dia berpusing.

"Err..." Erdina terkaku, kantoi sudah. Dia baru saja mahu acah-acah suprise gitu.

"Eh sayang, kenapa ni? Nak apa-apa ke? Meh bie ambilkan. Ke sayang nak keluar shopping?" bertalu-talu pertanyaan keluar dari bibir Faris.

"S-Saya... Eh tak tak. Sayang nak cakap sesuatu ni." eh tersyasyul gitu, cute je Erdina yang tersipu.

"Ouh, nak cakap apa? Meh lah duduk sini."

Erdina duduk bersila di atas sofa. Dia memandang wajah suaminya yang semakin hari semakin cengkung, malah lebih teruk berbanding dirinya.

"Erm, tadi Maira ada call sayang. D-Dia cakap yang dia nak datang sini tengah hari esok." Erdina membuka bicara.

"Aik, laki dia si Dani tak marah ke?"

"Dia cakap Dani outstation dua minggu dekat Shah Alam, lepastu dia tak nak ikut. Takut bosan katanya, sebab tulah dia nak datang sini." terang Erdina bagi pihak Maira.

Faris mengecilkan matanya sambil memandang ke arah Erdina. "Hmm, something fishy here. Sejak bila pula dah berbaik ni?" soalan yang diajukan oleh Faris membuatkan Erdina sedikit gugup.

"Err... Adalah, rahsia! Ni hal perempuan."

"Kalau macam tu biar bie jadi perempuan jugaklah. Lepastu boleh story-morry kan?" kata Faris bercanda.

"Bie!!!" Erdina menghempapkan bantal di tangannya beberapa kali ke arah Faris bagi melampiaskan kegeraman di hati.

"Hahahaha! Okay okay, gurau jelah."

*****

Maira turun dari kereta grab setelah memberi uang yang secukupnya, sempat juga dia memberi tips sebagai tanda amal jariah duniawi.

Dia memandang rumah banglo abangnya sambil tangannya masih setia memegang batang bagasi miliknya.

Ting Ting Ting.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam, sekejap!" tergopoh-gopoh Erdina menuruni tangga bagi menyambut kedatangan adik iparnya.

Serentak itu mereka berpelukan seketika, tersengih sengih wajah masing-masing.

"Maira dah sampai rupanya, marilah masuk." sapa Faris pula yang menjelma dari dapur sambil memegang secawan hot chocolate buatan Erdina.

"Mari akak tolong angkatkan bagasi ni."

"Eh takpayah, akak! Berat ni..." Maira menepis tangan Erdina, dia risau nanti naik lenguh pula Erdina.

Erdina tersenyum mengalah. Didaki tangga bersama Maira bagi menunjukkan bilik tetamu.

"Ni bilik tetamu, Maira berehatlah dulu ya." belum sempat Erdina berlalu turun, tangannya dipegang oleh Maira.

"Akak, kenapa bilik ni macam ada orang duduk aje? Sebab katil ni bersepah lagi. Akak dengan Along tidur asing-asing ke?" tanya Maira curiga.

'Ops...'

----------

Author's Note: °Everybody can get up after fall, it is an option if you want or not.°

[Deng Deng Deng! Habislah Erdina dengan Faris kekeke.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience