SMS 9

Romance Completed 44892

"Akak, kenapa bilik ni macam ada orang duduk aje? Sebab katil ni bersepah lagi. Akak dengan Along tidur asing-asing ke?" tanya Maira curiga.

"E-Eh, err tak tak." Erdina meneguk liurnya yang terasa terasa kesat.

"Semalam umi tidur sini, pagi tadi baru balik. Mungkin umi lupa nak kemas sebab tergesa-gesa." celah Faris bagi menyelamatkan keadaan yang sedikit tengang.

"H-Haah." di dalam hati dia sudah bersorak gembira, hampir saja terkantoi. Ini semua Faris punya angkaralah, tadi kalut sangat nak pindahkan baju-baju dalam bilik utama.

"Kalau macam tu Maira masuk bilik dulu, eh."

"Silakan-silakan." tersengih pula Erdina.

Selepas saja pintu ditutup, Erdina mendengus marah. "Bie lah ni, nasib baik tak kantoi!"

"Benda dah settle kan? Chill-chill jelah sayang." Faris masih kekal bertenang, tidak tergugat langsung dengan pandangan tajam isterinya.

"Ish, bencilah!" Erdina menggenggam tangan tanda geram. Terus dia menghayun kaki turun ke bawah.

"Jangan benci sangat, nanti terlebih cinta!" terkekeh Faris ketawa, dia senang hati dengan perubahan Erdina.

"Diamlah!"

*****

"Sayangku."

Erdina yang sedang mencukur jambang Faris mengangkat sedikit kepalanya.

"Ya."

"Sayang dah boleh terima dengan pemergian arwah?" takut-takut Faris bertanya.

Erdina terdiam sejenak. "Lebih kurang macam tulah."

"Baguslah, sekurang-kurangnya sayang boleh redha dengan takdir tuhan."

Erdina tersenyum nipis mendengarkan kata-kata Faris.

"Misai ni, sayang nak potong boleh?" tersengih Erdina bertanya.

"Kenapa? Tak hensem ke?" pertanyaan dari Faris membuatkan Erdina ketawa. Cute lah!

"Tak, bukan macam tu. Cuma bagi sayang macam... tak clear Hehehe, jangan marah."

"Akak, ada tak..." terhenti kata-kata Maira apabila melihat pasangan suami isteri itu sedang bersweet-sweet sembang, dahlah tu sambil cukur menyukur. Ya ampun apa ini mishkah. Laki aku, cepatlah balik. Rasa macam single balik.

"Eh, Maira. Kenapa?" kalut Erdina keluar dari bilik air.

"Erm takde papelah, bye." Maira terus menutup pintu bilik utama itu.

"Lah, lari pulak dah." Erdina mengeluh.

Sementara di dalam bilik air pula, Faris terpekik memanggil isterinya yang mencukur tidak complete. Ada ke buat kerja setengah macam tu.

*****

Erdina memengu kepalanya ke arah Maira yang sedang merasa masakannya.

"Macam mana? Sedap?" soal Erdina, ini sudah ibarat pertandingan MasterChef.

"Sedaplah akak. Nanti kalau Maira buncit, Maira salahkan akak, tau." ujar Maira bergurau.

"Hahahaha, eh apa pasal pulak akak?"

"Sebab akak masak terlebih sedap! Kikiki."

"Lah, masak sedap pun salah, masak tak sedap pun salah. Marajuk lah macam ni."

"Ala akak... Maira gurau je.." Maira sudah mencapai tangan Erdina lalu digosok perlahan.

"Dah, dah sambung makan tu.. Nanti..." Erdina berlari menuju ke dapur.

Uwerk!

"Eh akak! Kenapa ni?" Maira di bawah terus menepuk belakang badan Erdina.

"Haa, takpe-takpe. Akak naik atas dulu boleh? Sakit kepala pula tiba-tiba ni."

"It's okay, kak. Nanti Maira kemas semua ni."

*****

Sudah hampir seminggu Maira pulang ke rumah, terasa sunyi tanpa celoteh suara dan gelagat Maira yang seperti anak kecil.

Faris pula semakin lama semakin sibuk hinggakan langung tidak tahu bahawa dia menanggung sakit. Setiap hari pasti akan muntah-muntah atau sakit kepala.

"Assalamualaikum."

"Ya sekejap abang."

Baru saja Erdina mahu menyalami Faris, namun ditepis oleh suaminya. "Kenapa ni abang? Abang tak sihat ke?"

"Hei perempuan! Kau tak payah nak acah-acah baik sangatlah! Aku tahu disebalik lakonan muka kau ni, penuh dengan muslihat syaitan!!!" merah mata Faris. Jin mana yang rasuk ni?

----------

Author's Note: °As deep as our fall, no matter what we need to climbing untill the top.°

[I'm sorry sebab beberapa hari ni tak update becauze I'm busy with new book. My account: @anisinsyirahh]

Share this novel

sylyayabia
2022-09-06 12:10:35 

knapa x jpa novel anis kn ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience