SMS 14

Romance Completed 44892

"Kenapa awak datang sini? Saya ingatkan awak tak jumpa kat mana saya tinggal." dingin Erdina memulakan bicara.

"Bie datang... sebab nak ambil sayang baliklah."

"Senang awak cakap, kan? Bila awak nak, awak kutip. Tapi bila awak tak nak, awak buang saya macam tu je. Awak ingat saya ni sampah ke!" syukur saja dia dapat mengawal kemarahan.

"Bukan macam tu, sayang. Bie cuma..."

"Cuma apa! Saya dah penat menunggu kedatangan awak, setiap hari, setiap minit dan setiap saat! Saya macam takde masa depan, awak tahu kenapa? Sebab saya menunggu orang yang tak cintakan saya! Oh ya, kalau awak pasang lagi satu pun... saya tak kisah." datar Erdina berkata.

"Sayang! Kenapa cakap macam tu? Bie tak pernah terfikir pun nak menduakan sayang, ya Allah." Faris meraup mukanya sekejap.

"Dahlah Faris, awak baliklah. Tak guna kalau awak masih kat sini, sebab awak hanya akan menambahkan luka pada saya." Erdina mengelap kasar air matanya.

"Esok bie datang lagi, sayang." Faris ingin menyentuh pipi mulus Erdina, namun ditepis kasar oleh si dia.

*****

Faris melangkah berat masuk ke dalam rumah.

"Dah kenapa pulak dengan kamu ni, Faris?" tegur Datin Suria saat melihat langkah longlai anaknya.

"Entahnya kau ni! Dah macam orang mati bini je aku tengok." Maira pula yang bersungguh-sungguh menyampuk.

"Diamlah kau!" jerkah Faris, seisi rumah mendiamkan diri. Maira juga turut membatu, terkejut barangkali.

"Itulah, kan I dah cakap. You tak nak dengar. Hihihi." kata Dani separuh berbisik pada isterinya. Inilah peluangnya untuk mengenakan Maira, kalau tidak memang dia jadi pendiam selalu.

"You ni jahatlah, pergi mampuslah korang dua."

"Maira, tak baik cakap macam tu. Bahasa tu jaga sikit, mama dah lama tak cili mulut manusia. Kamu nak?"

"Tak nak, tak nak. Ok my husband, Maira sorry-sorry tau. Untuk abang Faris pun Maira sorry-sorry."

*****

"Dina." Aleeya muncul disebalik pintu.

"Ya, akak." Erdina menghadiahkan senyuman simpul, dia tiada mood untuk berbual.

"Dina nak makan buah? Kalau nak akak potongkan."

"Eh takpelah akak, Dina dah kenyang makan aiskrim tadi."

"Kalau macam tu, akak keluar dulu ya. Kalau Dina nak apa-apa, panggil je akak."

Erdina mengangguk perlahan.

Aleeya menutup pintu bilik Erdina kemudian bersandar di situ. 'Salah aku ke? Dina marahkan aku ke sebab aku izinkan Faris tu masuk?'

'Dina, akak minta maaf kalau semua ni salah akak.' gumam Aleeya sendirian, kemudian dia berlalu menuju ke biliknya.

*****

"Akak, Dina nak ke taman hari ni. Akak nak ikut, tak?" Erdina hanya berpakaian santai tetapi longgar.

"Taknaklah, akak nak duduk rumah je. Lagipun akak baru balik dari pasar tani pagi tadi." tolak Aleeya, badannya juga masih lenguh kerana memborong sayur-sayuran dan ikan di pasar. Biasanya arwah Aakif yang akan menemaninya, tapi begitulah...

"Kalau macam tu Dina pergi dulu tau, Assalamualaikum." kasut sneakers dicapai Erdina lalu disaut laju.

"Waalaikumussalam."

Erdina berjalan-jalan di sekitar taman berdekatan rumahnya. Tenangnya... tidak semena-mena, seorang budak kecil datang memeluknya.

"Mama!" Evelyn memeluk Erdina yang disangka mamanya itu dengan erat.

Erdina yang masih terkejut hanya membiarkan dirinya berada di dalam dakapan si kecil itu. Dia dapat merasakan aura keibuan yang timbul pada dirinya.

"Aunty bukan mama awak, sayang." terlerai pelukan mereka berdua apabila Erdina berkata sedemikian.

"Eh, haah lah. Aunty bukan mama. Lyn nak mama! Huwaa..."

"Shuu... Sayang nama apa?"

"Evelyn."

"Cantik nama sayang aunty ni. Meh sini kita duduk dulu, beli aiskrim. Nak?"

"Nak! Nak!" terus ceria wajah Evelyn apabila Erdina menyebut tentang makanan yang digemari oleh kanak-kanak.

"Nanti bila mama Lyn datang sini, Lyn peluk mama Lyn eh."

"Ok aunty!"

Erdina tersenyum sambil membelai rambut Evelyn yang sedang enak menjilat aiskrim. Jika anaknya lahir nanti, pasti akan secantik ini kan? Mama akan lindungi anak mama sampai mama mati sayang.

----------

Author's Note: °I love hard so many feelings die slow but once I stop caring, you'll never get that back.°

[Korang, Dina ni spesies jual mahal. Mesti korang dendam sangat dengan Faris uhuk uhuk.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience