SMS 11

Romance Completed 44892

Aakif memandang wajah Erdina yang sudah lena disebelahnya. Ditenung wajah polos itu sepuasnya. Bunyi ketukan pintu pada kaca tingkap keretanya membuatkan dia berpaling.

Dengan malasnya dia dia membuka pintu.

"Amboi, anak dara mana yang kau bawak balik ni? Siap berdua-duaan lagi." Aleeya bercekak pinggang sambil mengecilkan matanya.

"Tadi aku jumpa kat stesen bas seberang sana tu, bila aku tanya dia cakap nak cari rumah sewa. So aku bawaklah dia kat sini."

"Iya, ya je engkau ni. Habistu yang kau tenung dia macam nak tembus tu macam mana pulak?" Aleeya masih tidak berpuas hati dengan jawapan Aakif.

"Kau elok sikit eh, betullah apa yang aku cakap. Dah lah, baik kau bawak dia masuk. Hujan ni kan."

"Hmm, ya."

*****

Cahaya mentari pagi menerobos masuk ke dalam pandangan Erdina. Diangkat tangannya bagi menghalang cahaya itu menghalang wajahnya.

Erdina memandang sekeliling. 'Aku ada dekat mana ni?'

Meskipun tubuh masih lemah, digagahkan jua untuk bangun dari pembaringan.

Dengan bantuan dinding-dinding, perabot dan juga tombol pintu, dia keluar dari bilik.

Aroma masakan menerjah rongga hidungnya. 'Laparnya.'

"Erm, awak ni siapa ya?" Erdina bertanya pada wanita yang sedang memasak membelakanginya.

Aleeya berpaling, riak wajahnya tampak terkejut. Terus diterpa ke arah Erdina. "Eh awak, kenapa awak tak panggil je akak tadi? Badan awak masih lemah, awak tahu tak!" ucap Aleeya tegas.

Erdina tersentak. Air matanya memberes laju. "S-Saya minta maaf."

"Eh, eh. Akak tak marah pun. Dah dah, jangan nangis lagi. Akak cuma risaukan awak."

"T-Tapi tadi akak m-marah Dina." Erdina menekup mukanya menahan tangisan yang semakin kuat.

Aakif yang menjinjit beg plastik menjadi panik. "Eh, eh kak. Kau buat buat apa dengan dia ni? Kau jangan macam-macam kak!" kata Aakif yang sedikit berang.

"Aku buat apa! Bukan aku buatlah gila!" marah Aleeya.

"Tak, bukan akak yang salah." selepas mengucapkan kata-kata itu, pandangan Erdina terus kelam. Dunianya hitam.

Hanya sayup-sayup jeritan yang kedengaran di halwa telinga.

*****

Tok Tok Tok.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, eh Faris. Kamu rupanya." Puan Rohaya tersenyum senang dengan kehadiran Faris di rumahnya.

"Dina mana?"

Lidah Faris kelu. "Erm, umi. Boleh kita borak dekat dalam?"

"Boleh, masuk-masuk."

Faris menghirup teh yang dihidangkan kepadanya untuk menghilangkan kegusaran di hati. "Umi, sebelum tu Faris nak minta maaf atas kesilapan Faris." kata Faris gugup.

"Maksud kamu? Umi tak faham. Belit-belit kamu cakap." Puan Rohaya mengerutkan dahi tanda masih tidak mengerti akan kata-kata Faris.

"F-Faris h-halau Dina semalam, umi Faris minta ampun sangat-sangat. Ini semua salah Faris, Dina langsung tak salah umi." teresak-esak Faris menangis meminta ampun, diambil hujung baju Puan Rohaya bagi mengelap air matanya.

Puan Rohaya tersenyum simpul sambil menggosok kepala menantu lelakinya yang satu. "Takpe, umi maafkan kamu. Tak elok nangis macam ni. Seorang suami kena kuat, tak boleh lemah macam ni."

"Umi, terima kasih sangat-sangat sebab sudi maafkan Faris."

"Bukan umi yang sepatutnya pohonkan kemaafan, tetapi Erdina." ujar Puan Rohaya mengingatkan.

"Umi doakan yang terbaik untuk Faris, boleh?"

"Boleh, nak. Umi selalu berdoa untuk kesejahteraan ahli keluarga umi. Cepat-cepat berbaik ya, Faris. Tawan hati isteri kamu semula."

"Insyaallah umi."

*****

Maira berjalan kehulur-kehilir di dalam bilik. Dani hanya menundukkan kepalanya seperti pesalah yang bersedia menerima hukuman.

"Dani, you ke yang sebarkan gambar-gambar tu? You masih tak boleh move on dengan Kak Dina ke?" soal Maira ragu-ragu.

"Ya Allah Maira, I tak buat perkara macam tu. I cintakan you Maira. Erdina hanya kenangan hidup I, I dah terima kenyataan tu. You tak percayakan I ke?"

Maira terkedu. Tidak sepatutnya dia menuduh sebegitu pada suaminya. Berdosakah dia, ya Allah?

"I-I, I'm sorry. I tak maksudkan yang I tak percayakan you, but I just sedih dengan kehilangan Kak Dina."

"I tahu, but kita sama-sama doa, supaya Kak Dina cepat-cepat pulang. Okay?" pujuk Dani sambil memegang bahu isterinya.

Maira mengangguk lalu tersenyum setuju.

----------

Author's Note: °You can't always act because some people will act like they love you, just to get what they want from you.°

[Anis sentiasa cuba yang ter 'baik' untuk pembaca semua. Korang jangan ragu-ragu dengan Anis tau, stay safe!]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience