SMS 7

Romance Completed 44892

Faris menguak pintu, dengan berhati-hati dia membawa dulang berisi bubur, air kosong dan juga Panadol. Diletakkan dulang itu disisi Erdina lalu mengutip baju-baju kotor yang berterabur di sekitar bilik.

Faris menuju ke arah Erdina lalu mengacau bubur di dalam mangkuk. "Sayang, bie dah masakkan bubur ni. Kalau tak sedap sayang telan jelah, ya." Faris membuat jenaka namun reaksi Erdina seperti tiada apa yang berlaku.

"Sayang, buka mulut ni abang nak suapkan."

Erdina langsung tidak mendengar apa-apa. Dia hanya dapat merasakan sesuatu yang menyentuh bibirnya, lantas dia membuka mulutnya. Selamat sesuap bubur ditelan Erdina.

"Bertuahnya tingkap tu, kan? Hari-hari sayang pandang, tapi abang langsung tak pandang." menurut doktor, Erdina mengalami kemurungan. Jadi dia haruslah kerap berbual dengan isterinya, agar dapat membawa kebaikan.

Sudah hampir sebulan Erdina bersikap sebegitu, Faris hanya berharap agar keajaiban menjelma. Dia rindu ingin mendengar luahan Erdina, celoteh Erdina, ragam Erdina dan kesemuanya tentang Erdina.

Apa yang dia perlukan sekarang ialah... kesabaran. Jika tidak, hancurlah riwayat rumahtangga mereka berdua.

"Sayang, makanlah sikit lagi. Nanti perut kosong macam mana?" sudah kerap kali Erdina mengalami gastrik oleh kerana menolak hidangan yang disediakan oleh Faris.

Erdina memegang kepalanya yang terasa berat, secara tidak sengajanya dia menepis kasar mangkuk ditangan Faris. Habis kesemuanya berterabur di atas lantai.

Faris mengetap bibir menahan sabar, kata mama dia harus kuat. Ya, itu sajalah jalan yang terbaik. SABAR.

Dia turun ke bawah lalu mengambil kain basah dan mula mengelap lantai. Erdina hanya mendiamkan diri, tetap kaku tidak bereaksi.

*****

Faris menghela nafas panjang, mahu tidak mahu dia terpaksa bekerja hari ini oleh kerana kafe Al-Iskandar yang semakin sarat dengan pelanggan. Dia masih tidak punya waktu lapang untuk mengambil pekerja tambahan lagi-lagi pada keadaan keluarganya yang sebegini.

"Sayang, abang terpaksa pergi kerja hari ni, tau. Kafe tak cukup kakitangan." terang Faris sambil menghulurkan tangannya, berharap agar disambut oleh Erdina.

Mahu tidak terkeluar jantungnya saat Erdina mencium tangannya. Syukur alhamdulillah, isterinya sudah memberi reaksi. Cukup membuatkan hatinya seperti dihiasi kelopak mawar merah.

Sebelum keluar dari rumah, Faris sempat menitipkan pesanan buat kedua-dua bodyguard yang diupah olehnya untuk mengawasi Erdina sementara dia tiada.

*****

Setibanya di kafe, dilihat penuh dengan manusia yang sedang menjamu selera. Terus Faris menyarung apron lalu berlalu ke dapur untuk memasak.

Selepas 7 jam mereka semua bekerjasama bertungkus-lumus melayan ragam pelanggan-pelanggan sekalian, akhirnya dapat juga bersandar di dada kerusi. Namun tidak lama merehatkan diri, Faris mengangkat telefonnya yang berdering. Terterang nama bodyguard nya, tidak membuang masa dia terus mengangkat panggilan itu.

"Hello, bos!"

"Ha, ya. Ada apa?"

"Puan Erdina, dia... hilang!!!"

Serta-merta Faris bangun dari duduknya. Kerusi tadi sudah terlentang di atas lantai. Jantungnya berdegup kencang.

'Ya Allah, selamatkanlah isteriku.'

*****

Prang!

Puan Rohaya memegang dadanya sambil menunduk ke bawah. Kakinya penuh berlumuran darah dek kerana gelas itu jatuh di atas kakinya. Adakah sesuatu perkara buruk menimpa keluarganya?

Segera didail nombor Erdina. Beberapa saat menunggu, talian dimasukkan ke peti suara. Didail nombor Faris, tertulis 'on another call'. Kesudahannya, Puan Rohaya hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik saja.

Dia mengambil membasuh kakinya lalu membalutnya dengan kain. Usai dengan itu, dia beralih ke katil pula. Dicapai minyak gamat kemudian disapu disekeliling kakinya.

Akhirnya, Puan Rohaya terlelap bersama hati yang resah.

*****

Erdina termenung sambil memandang kanak-kanak yang sedang bermain di taman berdekatan rumahnya. Dia tidak tahu bagaimana dia bisa keluar dari rumah itu.

Kenangan zaman kanak-kanaknya terimbau kembali.

"Angah, Along, jom main gelongsor tu. Adik dah bosan main jongkat-jongket ni." ajak Erdina sambil tangannya menghala ke arah gelongsor yang berwarna-warni.

"Ala, taknaklah! Angah dengan Along nak main memanjat dekat sana tu, kan Along?"

"Haah, gelongsor tu dah selalu main. Bosanlah..."

"Hmm, yelah yelah."

"Mula-mula, Along main lepastu Angah main pula."

Sebaik sahaja Amar sudah bergayut, dia meluru ke arah Erdina.

"Adik, kalau kau panjat palang besi tu sampai penghujung, Angah belanja gula-gula. Nak?"

Hasutan Amar berjaya menawan hati Erdina. Terangguk-angguk kepalanya tanda setuju.

Pada awalnya, elok saja Erdina bergayut. Namun apabila dia ingin mencapai palang yang terakhir, badannya terjelopok jatuh. Kalut Amar dan Amir datang menolong.

"Eh adik, kau ok tak?" Amar bertanya risau.

"Wei Angah, darahlah!!!" serentak itu Erdina menangis teresak-esak. Bau darah membuatkan dia loya.

"Kau lah ni suruh dia main palang besi tu! Kan dah jatuh!" Amir menyalah Amar kerana memberi cadangan tidak masuk akal kepada Erdina tadi.

"Eh aku pulak!"

Erdina yang menangis itu semakin kuat meraung apabila abang-abangnya bergaduh, dia pula terselit di tengah.

----------

Author's Note: °Anybody deserve to be happy even it's for once.°

[Maaf jika terkurang atau typo. Enjoy sajalah hehe.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience