SMS 1

Romance Completed 44892

ERDINA keluar dari bilik air, ditekan suis hair dryer lalu mula mengeringkan rambut. Terganggu perbuatannya seketika apabila mendengarkan panggilan telefon.

"Haish, tak boleh nak tunggu aku habis dulu ke, apa?" dengan terpaksa, ditutup suis hair dryer dan menuju ke arah meja kerjanya yang juga terletak di dalam bilik.

Hatinya terus berbunga apabila ternyata Dani yang menelefon. Laju jarinya menekan butang hijau pada skrin telefonnya.

Rambut yang separuh basah dibiarkan begitu. Kekasih hati menelefon, tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja, lagi-lagi kerana sejak kebelakangan ini Dani sibuk sepanjang masa.

"Hello, Rin. Amboi laju pick up call bie." suara Dani dari corong telefon membuatkan Erdina tersenyum gembira.

"Memanglah, dah bie tu lately ni, asyik sibuk sepanjang masa. Sampai I pun kesepian." manja Erdina bersuara.

"Sorry lah sayang. Ni I call,kan? Rin, you sendiri yang cakap you faham keadaan I sekarang ni." sedaya upaya Dani memujuk. Dia tahu, bukan senang untuk memujuk seorang Nurin Erdina.

"Yes, I know. I just miss you a lot, bie."

"I miss you more. And.. I call you ni sebab I ada good news."

"Good news? What's that, tell me! Faster!" jerit Erdina yang sudah teruja.

"Calm down. Okay, next week I dah boleh balik Malaysia! Projek dekat sini dah nak hampir siap."

"Omg, I'll waiting, okay."

"Ok, Rin. I letak dulu, eh. Ada hal lagi ni. See you next week, baby."

"You too, bie."

Tut Tut Tut

FARIS melepaskan penat lelah bekerja tanpa cuti selama satu minggu ini. Dipejam mata, hatinya terasa damai dan tenang.

Namun selepas beberapa saat, dia bangun semula. Hembusan nafas berat dilepaskan.

Dia keluar dari bilik kerja lalu turun dan memandu ke rumah ibubapanya.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Maira, bunyi tangisan membingitkan telinganya.

Datin Suria yang menyedari kepulangan anaknya terus tersenyum senang.

"Sampai pun kamu, ini Maira dari tadi menangis cari kamu, mama dah tak tahu nak cakap apa lagi. Kamu pujuk dia, ya." Datin Suria berlalu keluar.

"Abang, lambatnya abang datang. Lama Maira tunggu. Abang, mama jahat, dia nak kahwinkan Maira dengan orang lain. Maira taknak, Maira nak kahwin dengan Abang!!!" tersedu sedan Maira berkata.

Faris cuba bersabar. "Maira, Maira ingat, kan status kita berdua? Kita tak boleh kahwin." ujar Faris yang cuba berlembut.

Sejak mereka berdua diberitahu oleh Datin Suria dan Datuk Razzaq, tentang berita yang membuatkan kehidupan mereka menjadi kucar-kacir.

Imbas kembali peristiwa 2 tahun yang lalu.

"Mama, papa, ada apa ajak berkumpul ni? Ada good news ke?" Maira bertanya.

"Maira, Faris, kami ada sesuatu yang hendak diberitahu. Sudah sekian lama mama dan papa menyimpan rahsia ini tanpa pengetahuan sesiapa. Sebelum itu mama dan papa nak minta maaf sangat-sangat."

"What's wrong?" Faris pula mencelah, pelik dirasakan apabila mamanya berkata sedemikian.

"Kamu berdua adalah adik beradik yang sah. Mama minta maaf sebab tipu kamu berdua selama ini, mama tiada niat pun masa tu, cuma mama tidak mahukan anak perempuan. Pada mulanya, mama nak hantar kamu ke rumah anak yatim tapi papa berkeras tidak mahu." terang Datin Suria dengan perasaan yang serba-salah.

"Tipu! Mama tipu! Tak mungkin, mama cakap Maira bukan anak mama dulu! Kenapa sekarang baru mama nak jelaskan pada Maira? Why, ma?" tangisan Maira pecah.

"Tak sayang, mama tak tipu. I'm so sorry." Datin Suria segera memeluk bahu anak daranya.

"Mama, Maira sayang Abang Faris, Mai-Maira cintakan Abang Faris. Maira tak kira, Maira nak kahwin dengan Abang Faris jugak walau apapun yang terjadi! " tegas Maira, namun dia tidak berani dia bertentang mata dengan sesiapa pun.

"Maira! Perbuatan kamu ni salah! Kamu tahu,kan adik beradik kandung tidak boleh berkahwin. Gunalah cara apa sekalipun, ianya tetap salah!" memerah mata Datuk Razzaq memandang ke arah anaknya.

"Maira benci mama! Maira benci papa! Maira benci abang! Kenapa mama tak bunuh je Maira dulu? Kenapa! Kenapa!" terus sahaja Maira berlari mendaku tangga menuju ke biliknya dan menhempas pintu.

Bam!

Dan sejak daripada itulah, hubungan antara Maira dan Faris menjadi renggang, walaupun hati Maira masih mengharapkan cinta daripada Faris.

Kerap kali Maira menoreh pergelangan tangannya dan melempar semua barang-barang serta perabot di dalam biliknya.

Hati keibuan Datin Danisha luluh, dan itulah yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk mencari teman hidup buat Maira. Rasa serba-salah mencengkam jiwa dan raganya.

'Ya Allah, bantulah aku.'

HARI ini Erdina bersiap awal dari jangkaannya. Debaran jantung membuatkan dia singgah di pantai dahulu sebelum menuju ke airport.

Di pesisir pantai, Erdina termenung seorang diri. Secara tiba-tiba sahaja kepalanya berdenyut, hatinya tidak tenang. Dia asyik memikirkan bahawa perkara buruk mungkin berlaku.

Perutnya berkeroncong hebat. Lantas dia bangun dan menuju ke kedai makan yang berdekatan.

"Aku lapar gila ni, nak makan dekat mana? Eh tu macam ada kedai makan, ah pergi sajalah. Yang penting perut senang hati."

Masuk sahaja di dalam kedai itu, Erdina melihat sekeliling. Dia memilih untuk duduk di tempat yang paling hujung untuk keselesaan dirinya sendiri.

"Hello, miss. May I take your order?" pelayan kedai yang membawa ipad menuju ke arahnya bagi tujuan mencatat order.

"Erm, I just want to order Nasi Arab and hot coffee." kata Erdina yang ralit membaca buku menu.

"Anything else?" pelayan itu bertanya lagi untuk kepastian.

"No, thanks."

"Alright."

Hampir 10 minit menunggu, hidangan yang ditunggu tiba. Aroma Nasi Arab itu membuatkan nafsu makan Erdina menjadi semakin membuak-buak. Tanpa menoleh, Erdina menjamu selera.

[ Thanks for all comments, I really appreciate it. Happy reading.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience