SMS 2

Romance Completed 44892

"Argh!!" Erdina memukul stereng keretanya. Walau kecewa mana pun dia, tidak mungkin dia akan menangis hanya disebabkan oleh seorang lelaki.

Hatinya masih cukup kental untuk menerima semua ini.

Dia tidak menyangka, setelah 2 tahun bersama, akhirnya mereka berpisah jua. Dia redha dengan ketentuan-Nya.

Setelah diberitahu oleh Dani tentang hubungan mereka yang terputus itu, Erdina terus berlalu pergi tanpa memandang ke belakang. Laungan dari Dani langsung tidak diendahkan. Emosinya lebih penting tika ini.

Dia membuka plastik gula-gula lalu dikunyah.

'Fuh, tenang sedikit hati.'

DANI menghirup teh yang dibuat olehnya sebentar tadi.

Dia mengeluh panjang. Fikirannya terlampau terganggu. Dia terhimpit di antara Erdina ataupun mummynya.

Dani mencapai frame yang terletak di atas Laci berdekatan dengan katilnya. Lama dia menatap gambar mereka berdua, yang pada masa itu dia sedang melamar Erdina.

"Maafkan bie, Rin. Bie memang langsung tak maksudkan perkara tu, tapi mummy terlalu mendesak. Bie takut mummy alami depression lagi, Rin tahukan perangai mummy macam mana? I'm so sorry, Rin." luahan itu hanya diucapkan untuk diri sendiri.

*****

ERDINA kembali lagi di kedai itu, entah apa yang merasukinya hingga terngiang-ngiang kesedapan di kafe Al-Iskandar ini.

Seperti kelmarin, pelayan yang sama datang menuju ke arahnya bersama ipad dan buku menu.

Erdina memasukkan suapan pertama ke dalam mulutnya. Terhenti kunyahannya, dia pelik, mengapa Nasi Arab hari ini tidak sama seperti yang semalam?

"Waiter, come here." panggil Erdina sambil mengelap mulutnya.

"Yes, miss. Any problems?"

"Saya nak tanya awak, kenapa Nasi Arab hari ini tak sama dengan yang semalam punya?"

"Ouh, maafkan kami atas perkara itu. Kafe ini mempunyai seorang sahaja chef, tetapi jika bos kami punya masa lapang, dia yang akan memasak di dapur."

"Siapa yang masak semalam?" tanya Erdina yang mulai kedengaran dingin di halwa telinga pelayan yang bernama Asyraf.

"Bos kami." jawab Asyraf tenang, dia sudah biasa dengan karenah pelanggan-pelanggan. Jadi tidak hairanlah jika dia hanya tenang menjawab kesemua soalan yang diutarakan oleh Erdina.

"Mana bos awak?" tanya Erdina berang. Memang kena tanya satu-satu ke apa?

"Tu. Dekat cashier." Asyraf menghalakan jarinya ke arah si bos yang sedang mengira wang di tempat pembayaran.

Erdina memandang ke arah lelaki yang sedang ralit mengira wang sambil memegang kalkulator ditangan.

Dia menuju ke arah lelaki itu lalu ditegur. "You're the manager here?"

Lelaki itu memandang ke arahnya. Terhenti perbuatan dia tadi. "Yea, why? Any problem, miss?"

Erdina menunjukkan jarinya ke arah Nasi Arab yang terletak di atas meja makannya.

"I want you to cook Nasi Arab for me, no excuses." pinta Erdina.

"Ouh, sure. Wait a minutes, okay." lelaki itu memakai apron dan berlalu ke dapur.

"Miss, tunggu dulu ya." tambah Asyraf pula.

"Alright." Erdina kembali menuju ke arah mejanya.

"Ni ya, miss."

"Thanks."

Baru sahaja Erdina mahu menyudu nasi ke dalam mulutnya, Dani mengambil sudunya lalu memasukkan ke dalam mulut.

Erdina berang. Ditepuk meja makan itu sekuat hati sehingga tersentak Dani yang masih mengunyah.

"Hei! How dare you, that my food!"

"Okay, I'm sorry. Masih banyak lagi dalam pinggan you, Rin."

"I don't need this food anymore, makanlah sampai habis."

"But why."

"Takde selera bila tengok muka you." datar tapi berbisa.

"Dahlah, I nak balik." Erdina mencapai kasar tas tangannya lalu berlalu keluar dari kafe itu.

"Ee! Geram! Nasi Arab aku, huwaaa." tidak dapat ditahan kemarahannya yang membuak-buak tika ini, Erdina menyepak kasar tayar keretanya. Kesudahannya, dia sendiri yang mengaduh sakit.

ERDINA berlari masuk ke dalam rumah, langkahnya terhenti apabila melihat sekujur tubuh yang berbalut kain putih.

"Umi... Abi kenapa? Abi sakit ke umi?" tersekat-sekat suara Erdina yang bertanya walaupun sudah dia tahu kenyataannya.

Puan Rohaya mendekati Erdina lalu menggosok bahu anaknya lembut.

"Abi, bangun Abi. Kenapa Abi tak buka mata? Abi tak sudi pandang Dina dah ke? Wake up, abi! Wake up!" tangisan Erdina semakin menjadi-jadi.

"Dina, jangan buat macam tu. Sakit, Abi nanti." tegur Puan Rohaya saat Erdina menggoncangkan tubuh suaminya.

"Umi, kenapa Abi tinggalkan kita? Dina tak sempat nak ucap selamat tinggal."

"Dina, redha dengan ketentuan-Nya. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya."

Majlis tahlil berakhir, tetamu-tetamu rata-ratanya sudah beransur pulang. Erdina yang memakai jubah hitam dan tudung shawl yang dililit ala kadar bersama Yasin ditangan termenung sendirian di taman rumahnya.

Dia lelah, dia penat. Sudah tidak mampu ditanggung beban yang dipikul ini.

SEMINGGU KEMUDIAN.

ERDINA menuju ke luar mall Sogo, seperti kebiasaanya, lagu-lagu dinyanyikan oleh penyanyi di luar.

"Cik berbaju merah, awak nak menyanyi?" tawar penyanyi utama di dalam kumpulan itu.

"Sure." tepukan gemuruh dihadiahkan buat Erdina saat dia melangkah menuruni tangga.

"Cik nak nyanyi lagu apa?" soal penyanyi itu lagi.

Erdina membisikkan sesuatu pada penyanyi itu lalu dia hanya mengangguk faham.

"Crashing, hit a wall
Right now I need a miracle
Hurry up now, I need a miracle
Stranded reaching out
I call your name but you're not around
I say your name but you're not around

I need you, I need you, I need you right now
Yeah I need you right now
So don't let me, don't let me, don't let me down
I think I'm losing my mind now
It's in my head, darling, I hope
That you'll be here when I need you the most
So don't let me, don't let me, don't let me down
D-Don't let me down
Don't let me down

Saat dia menarik not, secara spontan air matanya mengalir jernih.

Dia terjelopok jatuh. Itu membuatkan semua orang mulai panik.

"No, it's okay. Saya pergi dulu, ya." ucap Fira lalu meletakkan sekeping duit berwarna merah ke dalam tabung milik penyanyi itu.

*****

ERDINA menolak kasar pintu bilik bosnya, Puan Ainun merangkap mama kepada Dani.

Diletakkan surat berhenti kerja di atas meja wanita berusia 40-an itu.

"Eh, pandai pula kau berhenti kerja, aku ingatkan dah tak faham-faham lagi." kasar Puan Ainun menjawab.

"Eh, taklah. Saya ni perempuan beradab, bak kata orang perempuan melayu terakhir. Tapi kan, saya nak ucapkan takziahlah pada bakal 'menantu' puan tu, sebab bukan apa tau. Takut bala datang. Hahaha!" perli Erdina.

"Ei, kau ingat aku kempunan sangat ke nak jadikan kau sebagai menantu aku dulu? Kalau tak disebabkan Dani, memang taklah!"

Erdina berjalan munuju ke arah belakang Puan Ainun lalu menunduk dan membisikkan sesuatu. "Aku pun tak pernah terfikir nak ada mak mertua sial macam kau."

"Melampau!" Puan Ainun menolak Erdina hingga jatuh terjelopok di atas lantai. Nasib tidak menyebelahinya, karena pada masa itu juga Dani tiba di dalam bilik itu.

"Mummy!" Dani lantas membantu Erdina untuk bangun namun ditolak mentah-mentah.

Erdina bangun dengan kudratnya lalu menyeimbangkan badannya. Dia mengebas bajunya agar semua habuk-habuk jatuh ke lantai.

"Oh ya, satu lagi aku nak cakap, jemputlah datang ke majlis perkahwinan anak teruna aku ni, kalau kau nak menyanyi atas pentas pun boleh. Takde masalah, mungkin sebab kau nak luahkan perasaan kau yang kecewa tu."

Erdina menyambut huluran kad itu."Terima kasih, lah ya puan atas kesemua yang telah kita lalui. Sometimes we do not miss the person, but we miss the memories." dia berlalu keluar kerana tidak mahu terus berlamaan di situ.

[ Saya cuba yang terbaik untuk anda semua. ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience