SMS 6

Romance Completed 44892

Erdina memperlahankan langkah, dia tunduk lalu memegang lutut. Nafasnya tercungap-cungap mencari oksigen.

"Bie, you teruskan jelah jogging. I penat." sungut Erdina.

Faris yang turut memperlahankan langkah menuju ke arah Erdina. Dipandang kaki langit tanda mengatur nafas agar kembali normal.

"Laa, baru 2 round sayang oi. Tadi ajak race sangat, kan?" terbahak-bahak Faris ketawa, seketika dia mengaduh sakit saat jejari ketam Erdina selamat masuk ke pinggangnya.

"Auch, sakit-sakit!"

"Haa, ni makan dia! Bie, I dah lama tak jogging sebab tulah jadi lemah macam ni." sungut Erdina lagi.

"Kalau macam tu, sayang tunggu dekat kerusi tu. Nanti bie dah habis lagi 3 round, bie datang balik eh?" Faris menundukkan badannya bagi menyamakan ketinggiannya dengan Erdina.

"Ok, bos." Erdina mengangguk setuju.

Erdina memandang sekeliling sambil menyedut udara segar. Nyaman seluruh badannya dirasakan.

Matanya yang terpejam perlahan-lahan dibuka apabila dirasakan nafas seseorang disebelahnya. Lantas diengsotkan sedikit agar jarak mereka berdua lebih jauh.

"D-Dani. A-Awak buat apa kat sini?" soal Erdina pelik.

"Saya datang ni untuk jogging la... Kenapa, awak ingat saya stalk awak ke?"

'Adui lah kau ni Erdina, sudah terang lagi bersuluh dia datang sini nak jogging. Takkan nak solat pula...' sumpah Erdina di dalam hati.

Kelibat Faris dan Maira mendekati mereka berdua yang sedang rancak berbual.

Erdina mengecilkan matanya apabila melihatkan Faris yang datang bersama Maira di sini. Faris pula apa kurangnya, di dalam hati segala sumpah seranah diluahkan.

Haa, eloklah tu. Isteri cemburu dengan suami, suami pula cemburu dengan isteri. Tak ke dua kali lima namanya?

Maira memaniskan mukanya di hadapan Erdina. "Wah, rancaknya you berbual dengan Dani. Borak pasal apa? Or kutuk I?" jegilan mata dari Dani dibiarkan.

"Eh taklah, kami borak kosong je. Ni pun dah nak balik, kan bie?" Erdina memberi isyarat mata kepada suaminya berharap agar segera berlalu dari situ. Dia malas berhadapan dengan perlian berbisa si adik ipar.

"H-Haah. Kami minta diri dulu lah, ya." Faris memaut tangan si isteri lalu pamit pergi dari situ. Dia gusar sekiranya perang besar bakal dimulakan di tempat awam sebegini.

Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta, masing masing mendiamkan diri, hanya kedengaran bunyi penghawa dingin.

"Dia borak apa dengan sayang tadi? Dia ajak kahwin ke? Or sayang sendiri dah terpikat dengan dia?" soalan yang dilontarkan Faris seolah-olah memperkecilkan martabatnya sebagai seorang isteri.

"Eh kenapa pula macam tu? Bie fikir sayang ni perempuan murahan ke apa? Suka hati je tuduh melulu dekat orang macam tu!" Erdina berpeluk tubuh sambil mendengus geram.

Faris yang sedar akan keterlanjurannya terus berubah riak muka. Dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Sayang janganlah marah-marah macam ni... I'm sorry, okay?"

"Ye, ye. But lagi sekali bie tuduh sayang macam tu... Sayang kerat 14 lepastu buat gulai!"

Faris menelan air liur yang terasa kesat. Adui, seram juga amaran Erdina ni.

"Ha, ya ya."

*****

Erdina menghempaskan dirinya di atas sofa ruang tamu. Penat juga 3 hari 2 malam di rumah Datuk Razzaq dan Datin Suria.

Tidak tunggu lama, dia terus dibuai lena mimpi. Namun tidak sampai setengah jam terlena, bunyi deringan telefon membuatkan Erdina terjaga.

Terpisat-pisat Erdina bangun, ditekan butang hijau pada skrin telefonnya.

"Assalamualaikum, Erdina. Ni umi." suara dari hujung corong itu kedengaran cemas.

"Oh, umi. Ada apa call ni?" Erdina yang masih mamai hanya bertanya untuk kepastian.

"Abang kamu... Dia... Accident!!!" kata-kata yang keluar dari bibir Puan Rohaya menyentakkan jiwa Erdina.

"A-Apa! Sekarang ni umi dekat mana?"

"Umi masih dekat rumah. Ni umi call sebab nak minta adik bawakkan umi ke hospital." ujar Puan Rohaya bersama suara seraknya.

"Haa, ya ya. Ni adik tengah bersiap, nanti dah sampai adik call."

"Ha, ok."

Erdina dengan tergesa-gesa menaiki tangga menuju ke bilik.

"Bie, Along dengan Angah..." Erdina memegang dadanya. Penat menaiki tangga tadi menjelma.

"Kenapa dengan Along Angah?" Faris memegang bahu Erdina.

"Accident!"

*****

Erdina menyentuh tanah merah itu, air matanya menitis satu demi satu.

"Sayang, jom balik." Faris menegur Fira yang sedari tadi hanya termenung.

Erdina mula mengibaskan tikar lalu menggulungkan agar senang dibawa. Yasin masih kekal ditangan.

Dia memandang lama kedua-dua pusara itu sebelum bajunya ditarik perlahan oleh Faris.

----------

Author's Note: °Sometimes people will stay only in your heart but not in your life, don't expect too much.°

[Selamat pagi, dah breakfast ke belum? Anis belum lagi hehehe.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience