SMS 12

Romance Completed 44892

Erdina menggenggam erat tangannya, matanya berlari ke pelusuk bilik. Jiwanya kacau bilau dek kerana berita yang disampaikan oleh Aleeya sebentar tadi. 'Tahniah, Dina. Doktor tu cakap yang awak... pregnant 4 minggu!' kata-kata Aleeya masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya.

'Aku, pregnant? Patut ke aku bagitahu Faris? Atau aku harus menyimpan rahsia ini? Mungkin saat aku melahirkan anak ini, Faris masih bencikan aku. Tetapi, kalau anak ini bertanya tentang ayahnya... aku nak jawab apa? Runsingnya!' hatinya berbelah bahagi, sudahlah... dia mahu menenangkan diri dahulu.

"Faris... masih cintakan aku? Atau dia sudah punya pengganti aku?"

Dia malas mahu menyelam bersama dengan masalahnya, jadi dia keluar untuk mengambil angin.

Erdina mendepakan tangannya, menghirup udara segar yang mendamaikan. Terasa bagai masalahnya beterbangan, meninggalkannya bersama kebahagiaan. Alangkah indahnya jika begitu.

Sapaan dari belakang membuatkan dia berpaling. "Eh, akak rupanya. Terkejut Dina tadi." Erdina tersenyum kecil memandang wajah manis Aleeya.

"Dina buat apa kat luar malam-malam ni? Teringatkan encik suami ke?" soalan itu membuatkan Erdina tergelak kecil.

"Eh taklah, ada-ada je akak ni. Dina tak boleh tidur tadi. Sebabtu ambil angin dekat luar ni, sejuk sikit." sejak mengenali Aleeya, Erdina terasa dilindungi. Tambahan pula Aleeya dan Aakif melayannya dengan sangat baik. Dia harus berterima kasih kepada kedua-dua insan ini.

"Hmm, kalau macam tu takpelah. Akak dah masuk tidur ni, Dina jangan lama sangat kat luar tau."

"Baiklah, akak."

Selang beberapa minit, si Aakif pula menjelma. "Belum tidur?"

Erdina melarikan matanya ke arah lain. Seperti biasa, dia akan terasa janggal dengan keberadaan Aakif. "Belum."

"Kenapa?" soalnya lagi, dipandang wajah Erdina yang kalut. Semacam je minah ni aku tengok.

"Erm, takde sebab." banyak tanyalah pulak dia ni. Aku dah jawab tu bersyukur sajalah.

"Saya nak tanya awak, kenapa setiap kali saya borak dengan awak... mesti awak seolah-olah nak menjauhkan diri dari saya? Kalau saya tanya sepatah, sepatah jugalah awak jawab." jawapan yang diberikan oleh Erdina membuatkan dia tidak berpuas hati.

Diam.

"Atau awak masih mengelak dari saya sebab... luahan saya haritu? Macam tu?" tebak Aakif.

Erdina mengangguk lambat. Mulutnya masih terkatup rapat.

"Aakif, awak tahu kan yang saya ni isteri orang... saya tak boleh terima lamaran awak. Awak kena faham tu!"

"Ya saya tahu, tapi saya tak boleh menidakkan perasaan saya. Semakin lama, semakin saya sarat dengan cinta pada awak, Erdina." kata-katanya ikhlas dari hati. Dia cintakan Erdina.

"Sudahlah, Aakif. Saya dah penat ulang benda yang sama. Tapi satu je yang saya nak awak faham. Saya... ISTERI ORANG! Tolong faham, lumatkan perkara tu dalam kepala awak. Jangan paksa saya untuk cintakan awak! Dan awak tak perlu untuk tagih cinta yang tak mungkin awak dapat." tegas Erdina memberi amaran, dia lelah mengingati perkara yang sama.

"Habistu, awak masih cintakan suami awak? Dan awak yakin dia masih cintakan awak?"

Erdina tersentap. Ya, dia juga perlu ingat tentang perkara itu. Perlahan, dia bangun. "Saya tiada jawapan untuk soalan awak tu. Saya masuk tidur dulu, selamat malam."

*****

Boleh dikatakan sejak ketiadaan Erdina, Faris sudah menjadi 'Workaholic'. Balik pagi, tengah hari pergi kerja semula. Bagitulah rutin hariannya, sangat membosankan.

Walaupun begitu, sang isteri tidak pernah dia lupa. Selalu bermain di kotak fikirannya, sudah makankan dia? Selamatkah dia? Masih ada tempatkah dihati Erdina buatnya?

Sejurus selesai menyiapkan kerjanya, Faris memicit pelipisnya. Lenguh satu badan, tetapi itu adalah perkara biasa buatnya.

Tok Tok Tok

"Come."

Harith menunduk tanda hormat lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Faris.

Lantas Faris mengambilnya lalu ditilik skrin telefon itu. Erdina, ya itu isteri dia! Disentuh wajah Erdina pada skrin telefon itu, dia rindu wajah itu. Senyuman itu, senyuman yang membuatkan dia angau setiap waktu.

Wajah Faris berubah. Kenapa perlu ada lelaki disamping Erdina. Siapa lelaki itu, kekasih Erdina? No no no! Dia tidak percayakan itu!

Erdina hanya miliknya! Miliknya seorang, titik!

*****

Aakif menjerit kuat, memanggil nama Erdina dan kakaknya. "Akak! Dina!"

Brang!

Pintu biliknya diterjah masuk oleh kedua-dua wanita dihadapannya.

"Aakif, kenapa ni? Muka kau lesu semacam saja ni." penuh priharin Aleeya bertanya, dibelek wajah Aakif yang sudah terbaring di atas katil, tidak bermaya.

"Aakif, awak demam ke? Kita pergi klinik nak?" soal Erdina pula.

"Akak, aku dah tak lama kat dunia ni. Aku nak kau jaga Dina, jaga diri kau sendiri. Aku minta maaf atas kesalahan yang munkin aku pernah buat pada kau selama ni. Aku bersyukur ada kakak macam kau." diusap wajah Aleeya yang berkerut tanda tidak faham.

"Kau ni dah kenapa, dik? Kau jangan main-main boleh tak! Tak kelakar langsung, sial!"

"Tak, aku tak main-main. Aku... disahkan sakit kanser otak tahap empat. Aku rahsiakan dari kau selama ni sebab aku taknak kau risaukan aku. Kau dah cukup banyak berkorban untuk jaga aku selama ni."

"Aakif, kenapa kau tak cakap pada aku! Ya Allah, aku kakak kau! Aku patut tahu perkara ni!" air matanya berguguran jatuh, menitis satu per satu di atas bucu tilam yang digenggam erat olehnya.

"A-Aku minta maaf."

Mata Aakif beralih pada Erdina pula. "Dina, aku nak minta maaf sebab paksa kau untuk terima cinta aku. Aku tahu semua tu salah tapi, aku teringin untuk merasakan bahagia. Aku cemburu dengan orang lain, yang boleh bahagia, boleh bergembira."

"Dan aku... adalah orang yang sebarkan gambar kau tu. Aku terlalu sayangkan kau, sampai aku sanggup hancurkan rumah tangga kau untuk kepentingan aku sendiri."

Erdina kaku tidak bereaksi. Air matanya bergenang laju. Pantas dia mengangguk. "Saya maafkan awak, Aakif. Saya sentiasa maafkan awak."

Aakif tersenyum tawar. "Terima kasih sebab berikan aku rasa cinta. Terima kasih sebab sudi menumpang hidup dengan aku biarpun cuma sekejap. Daripada kau, aku belajar bahawa... cinta tidak semestinya memiliki." tersekat-sekat Aakif berbicara.

'Terima kasih untuk segalanya. Selamat tinggal.'

----------

Author's Note: °If my presence hurts you, then i'm willing to go to see you happy.°

[Korang nak novel ni sad ending or happy ending? Komen je, jangan malu-malu macam Sana tau! #Sanashyshyshy]

Share this novel

pikahhhh
2021-11-13 14:09:13 

happy Ending le baru best baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience