SMS 3

Romance Completed 44892

BUNYI jam loceng membingitkan telinga Erdina, dicampaknya ke dalam tong sampah. Hatinya mendongkol geram oleh kerana tidak cukup tidur. Itulah, semalam sibuk sangat layan drama. Kan dah kena tempiasnya.

Dengan langkah yang longlai, Erdina melangkah menuju ke bilik air. Jika diikutkan, dia langsung tidak mahu menghadiri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, namun teringat akan Puan Ainun. Nanti pelbagai sindiran pula yang diludahkan pada dirinya. Penat mahu menadah telinga kelak.

Entah mengapa, buat pertama kalinya dia ingin memakai gaun. Jika mengikut pemakaian yang kebiasaannya dipakai, dia hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang dan jeans.

Namun, lain pula pada hari ini. Ah, lantaklah.

Rambutnya ditocang tinggi seperti biasa.

*****

Dengan lengkok kaki yang perlahan, Erdina melangkah masuk ke dalam dewan. Dia melihat sekeliling jika punya tempat duduk yang masih kosong, namun kesemuanya sudah penuh. Matanya tertancap pada kerusi kosong, tetapi... mengapa perlu di tengah-tengah. Aduh, bala menyinggah betullah!

Saat majlis bermula, Erdina dilanda kebosanan tahan gaban.

"Hai, miss."

Erdina berpaling, alangkah terkejut dirinya saat jejaka itu ternyata...

Erdina menekup mulutnya. "You... You're the manager at that cafe, right. Erm, I mean... Al-Iskandar cafe."

"Yup, I am. Nice to meet you."

"Nice to meet you too."

Mereka berbual tentang kafe Al-Iskandar, sesekali Erdina tersenyum kecil dek gurauan dari lelaki itu.

Kini tibalah masanya bagi upacara membatalkan air sembahyang serta menyarung cincin.

Erdina cuba mengawal riak mukanya agak tidak keterlaluan.

Saat acara menari santai, nama Erdina disebut. Dia mendecit, perasaan marah dan geram bercampur-aduk.

Sudahlah perlu menyanyi secara berpasangan! Puan Ainun memang sengaja berbuat sedemikian padanya!

Untung saja, mamat di sebelahnya sudi membantu. "You wanna dance with me? I know you're lonely here." tawar lelaki itu.

Tidak menunggu lama, Erdina pantas menyambut huluran tangan lelaki itu. Mereka berdua melangkah naik ke atas pentas. Secara kebetulan pula, warna pakaian mereka berdua juga sama, kelihatan sepadan.

"We're not in love
We share no stories
Just something in your eyes

Don't be afraid
The shadows know me
Let's leave the world behind

Take me through the night
Fall into the dark side
We don't need the light
We'll live on the dark side
I see it
Let's feel it
While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side

Fall into the dark side
Give into the dark side
Let go of the light
Fall into the dark side

Beneath the sky
As black as diamonds
We're running out of time (Time, time)

Don't wait for truth
To come and blind us
Let's just believe their lies

Believe it
I see it
I know that you can feel it
No secrets worth keeping
So fool me like I'm dreaming

Take me through the night
Fall into the dark side
We don't need the light
We'll live on the dark side
I see it
Let's feel it
While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side

Fall into the dark side
Give into the dark side
Let go of the light
Fall into the dark side

Take me through the night
Fall into the dark side
We don't need the light
We'll live on the dark side
I see it
Let's feel it
While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side"

Dengan gembira, mereka yang menari di bawah serta mereka berdua kelihatan gembira dan ceria menari di atas pentas sambil mengikut rentak lagu yang dipasang.

Faris melutut dan membuka kotak cincin yang disimpan di dalam poket seluarnya.

"Will you marry me?" pertanyaan dari Faris berjaya membuatkan Erdina terpana.

Seketika, Erdina memejamkan mata dan menghembuskan nafas. Lama.

"Why not, right?" balas Erdina tenang.

Kali ini, Faris pula yang terperanjat. "Do you mean that y-you a-accept it?"

"Yes."

Lantas Faris memberi kotak cincin itu kepada Erdina, tidak mungkin dia akan menyarungnya kerana mereka berdua adalah bukan muhrim.

ERDINA tersenyum kecil melihat uminya dan kedua-dua abangnya yang membelek-belek kotak yang berisi cincin di dalamnya.

"Dik, serious ah ada orang lamar kau tadi? Amir, bak sini sekejap kotak tu, aku nak snap gambar. Nanti bila si Dina ni dah kahwin boleh kita tunjuk, acah-acah throwback gitu." Amir, si sulung yang ralit membelek cincin itu mejeling ke arah si kembarnya, Amar.

"Ish, nah ambiklah! Aku belum habis tengok lagi!" decit Amir.

"Ish, tak payahlah nak gaduh. Kalau macam tu Along dengan Angah pakailah cincin tu. Dina hadiahkan, nampak macam berkenan sangat, kan." celah Erdina geram. Macam tak pernah tengok cincin pula.

"Dik, bagi lah kitaorang tengok-tengok sekejap. Kitaorang ni mana pernah dilamar." ujar Amar diikuti pula dengan anggukan Amir.

"Memanglah korang tak pernah kena lamar, sebab kau orang berdua tu lelaki!" cantas Puan Halimah, pening dia dengan sikap kebudak-budakan anak kembarnya ini. Si adik tidak pula begitu, kerana Erdina seorang yang tegas, dingin dan matang.

"Dah lah, Dina nak naik mandi. Tak selesa pakai gaun ni." Erdina mengorak langkah menaiki tangga.

"Nanti dah habis belek Angah dengan Along pulangkan balik, tau!" laung mereka berdua.

PUAN Ainun mengetap bibir, oleh kerana Erdina, dirinya disindir teruk oleh teman-temannya. Dia fikir bahawa Erdina akan menyanyi di atas pentas sendirian sambil menangis mengenangkan nasib sendiri. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Dia malas mahu memikirkan tentang perempuan itu, lebih baik jika dia melayan tetamu-tetamu yang sedang menjamu selera.

[Mood korang on ke? Sebab mood Anis tengah on sekarang ni. Hehehe.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience