SMS 10

Romance Completed 44892

"Hei perempuan! Kau tak payah nak acah-acah baik sangatlah! Aku tahu disebalik lakonan muka kau ni, penuh dengan muslihat syaitan!!!" merah mata Faris.

"B-Bie, kenapa ni? Dina ada buat salah ke? I'm sorry, kita boleh bincang elok-elok kan?" Erdina menggigit bibir menahan rasa. Dia terasa hati, namun pada masa yang sama dia tidak mahu menimbulkan perbalahan diantara mereka berdua.

"Bincang? Kau cakap apa tadi? Cuba kau ulang sekali lagi?" Faris ketawa menganjing disambung dengan senyuman sinis.

"Bie, pls la... Kenapa ni?" pening muntah pagi tadi belum hilang, ditambah pula dengan amarah Faris yang seperti dirasuk jin.

"Kau nak tahu sangat kan?" Faris menuju ke begnya lalu diambil sampul surat berwarna coklat. Dikeluarkan isi didalamnya lalu melemparnya kepada Erdina.

Foto-foto yang kelihatan Erdina bersama Dani menjamah matanya. Dia terduduk sambil mengucap buat seketika. Hamba Allah manakah yang telah membuat perkara sebegini?

"Aku ni... Penat-penat bekerja untuk tanggung kau... tapi ini yang kau balas?" jerkah Faris.

"Bie, sumpah. Ini semua bukan apa yang bie nampak." Erdina menidakkan.

"Habistu, kau nak cakap yang kau buat lebih teruk lagi? Macam tu ke?"

"B-Bukan m-macam tu. Hiks. Hiks." air matanya memberes jatuh.

"Kau tahu tak, kau aku rasa yang kau ni... perempuan MURAH!"

Hening.

Tiada lagi kedengaran sayup-sayup tangisan. Erdina bangun lalu mendongakkan kepalanya.

"Awak cakap saya apa? Saya perempuan murah? You're too much, Faris Iskandar. You're too much!" lantang Erdina menjerit.

"But saya faham... kalau saya tidakkan benda tu sekalipun, awak tetap akan tuduh saya, KAN?"

"And yes, saya dalam gambar tu. Saya tak nafikan but..." tidak sempat Erdina ingin menyambung kata-katanya, Faris menjerkahnya lagi.

"Keluar."

"Aku cakap keluar!!!"

*****

Hujan renyai-renyai menaikkan bulu roma Erdina. Dia memeluk tubuh sambil menggigil kesejukan.

Sentuhan tangan pada bahunya dari belakang membuatkan Erdina terkejut, dengan tidakan refleksnya dia menolak tubuh lelaki hingga terjelopok jatuh.

"K-Kau siapa? Jangan dekat!" jerit Erdina ketakutan.

"Jangan risau, saya takkan apa-apakan awak. Saya cuba nak tolong awak." Aakif meyakinkan Erdina.

"B-Betul ni?" ketakutan dalam dirinya masih menghantui.

"Hmm." Aakif mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Saya nampak sendirian kat sini, sebabtu saya datang. Takut awak dalam bahaya ke, kan? Siapa tahu." tutur Aakif jujur.

"S-Saya, nak cari rumah sewa yang terdekat. Awak ada tahu rumah sewa di sini?" soal Erdina janggal.

"Tahu." ujar Aakif bersahaja.

Erdina mengukir senyuman gembira. "Betul ke? Dekat mana?"

Aakif terpaku. Betapa indahnya senyuman wanita di hadapannya ini, sungguh dia terjatuh 'CINTA'.

"Jom ikut saya."

"Haa, ikut awak? K-Kenapa saya kena ikut awak?"

"Laa, tadi cakap nak cari rumah, so jomlah saya tunjukkan cik adik manis oi."

Erdina tersengih, nyanyuk betul.

*****

"Apa!" suasana di rumah Datuk Razzaq menjadi sunyi.

"Mama tak kira, apa-apapun kamu kena cari Erdina sampai dapat! Mama nak menantu mama balik! Apa mama nak jawab pada Puan Rohaya? Kamu nak ke dia labelkan kamu sebagai suami tak guna?" kemarahan Datin Suria sudah mencapai kemuncaknya.

Faris di hadapannya hanya mendiamkan diri sambil menundukkan wajahnya ke bawah.

"Kamu sebagai seorang suami, sepatutnya perlu bincang elok-elok. Bukannya dengan cara yang macam ni! Mama betul-betul kecewa dengan kamu!"

Maira di sebelah Faris menjeling tajam so abang yang seperti tunggul tiada perasaan.

"Mama tak nak cakap banyak, selagi kamu tak jumpa menantu mama... jangan jejakkan kaki ke sini! Pandai-pandailah kamu jawab pada Puan Rohaya."

Riak wajah Faris berubah tanda tidak puas hati.

"Kenapa? Nak cakap yang mama letakkan semua beban pada bahu Faris? Macam tu? Dah memang betul pun macam tu."

Maira mula bangun dari duduknya lalu naik ke bilik, sempat dia memijak kaki Faris hingga lelaki itu mengaduh sakit. Rasakan!

----------

Author's Note: °Once you feel you're avoided by someone, never disturb them again.°

[Tangan ni gatal nak menaip. Hehehe, enjoy.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience