"Kenapa tangan Aidina melecur Ice?" Pandangan Nicco beralih pada Ice, lelaki yang sedang duduk tenang di atas sofa tunggal dengan kaki bersilangan.
"Why you ask me? "
"Sudah-sudahlah engkau berpura-pura Ice. Jangan jadi munafik." Ujar seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari sebuah bilik dalam ruangan itu dengan selebar fail hitam di tangannya. Tuturnya begitu halus tapi seperti mencabar dalam diam.
"Duduk Alexei." Pelawa Nicco lalu dituruti oleh lelaki berbangsa rusia atau nama sebenarnya Alexander yang merupakan sepupu kepada Alex.
"Aku nampak Aidina keluar dari dapur dalam keadaan menangis." Sambung Alexei sambil memeriksa selebar kertas dalam fail hitam di tangannya.
"So? "
"Berhenti menjadi iblis menyerupai manusia Tuan Ice. Engkau turut berada di dapur mengilai ketawa bagai orang mental." Tutur Alexei halus mengangkat kepala ke arah lawan bicaranya.
"I miss her.." Ujar Ice memandang Ace dengan satu sudut bibir tersungging ke atas. Sinis senyuman dilempar kepada Ace yang turut memandangnya dengan garisan datar dibibir.
"You will get her soon, Ice,"ujar Ace tenang. Ice mendengus sinis. Memaling wajah ke arah lain sembari menggaru puncak hidung yang tidak gatal.
Padanya, Ace benar-benar kejam menolak cinta seorang isteri yang turut mengharapkan untuk dicintai. Memang benar, dia dilanda kasmaran namun tidak pantas untuk Aidina cintai.
Tetapi untuk mengukir kisah ini dengan terapi, dia harus turut bermain dalam padang permainan ini. Jika sudah sempurna dengan kemenangan dia akan menyerah diri. Prinsipnya saat ini adalah....
TERUSKAN MENJADI MUNAFIK!
"Apa maksud semua ini Ace? " Soal Sir Henry. Dahi tuanya bertambah kedutan.
"Alexei." Seperti dapat faham arahan dari Ace, fail hitam itu dihulurkan kepada Sir Henry. Kini fail hitam bertukar tangan. Matanya fokus membaca dengan akal mula memahami setiap butir perkataan yang tercetak di atas kertas itu.
Kepala diangkat kehadapan meminta perjelasan kembali.
"Surat pertama adalah surat perceraian Tuan Ace dengan isterinya selepas Keara selamat melahirkan anak yang sedang dikandungnya kini. Boleh dikatakan perkahwinan ini berlangsung secara kontrak."
" Ada juga surat kedua yang berkait dengan surat perceraian itu. Merupakan surat perjanjian peribadi antara Tuan Ace dengan Tuan Ice dan surat itu telah disimpan rapi oleh Tuan Ace. "
"Dan untuk menyetujui kedua-dua surat tersebut, Tuan Ace dan isterinya serta Tuan Ice wajib menandatangani surat perceraian ini. Tuan Ice akan menjadi saksi atas perceraian mereka."
"Selepas proses perceraian itu selesai, Aidina akan menjadi hak Tuan Ice atau lebih tepat menjadi isteri kepada Tuan Ice dan Keara menjadi hak Tuan Ace atas dasar perkahwinan."
"Are you insane? Ace! Ice! Apa yang perempuan itu ada sehingga kamu sanggup terjebak dalam perjanjian ini? Pandir!" Nicco menggosok perlahan bahu Sir Henry.
Nicco sudah lama mengenali sahabatnya hingga kini dan sudah menghafal sikap orang tua ini. Mendengar carutan kasar yang dilepaskan oleh lelaki ini, dia tahu kesabaran lelaki itu sudah tipis kulit bawang.
"Kalian mahu gunakan Keara sebagai boneka dalam permainan ini?" Herdik Sir Henry sedikit memerli kedua anak didiknya.
"Almeno, Keara è abituata a essere un burattino in questa danza del mondo oscuro. Mentre Aidina? "Bidas Ice. Panas hatinya bila manusia bersikap tidak adil dalam membela sesuatu. Apa mereka rasa Keara sahaja digunakan? Lalu Aidina?
Kedua-duanya turut menjadi boneka dalam tarian ini.
"Turutlah setia menjadi boneka yang berguna,"sindir Sir Henry halus dengan lengkungan disudut bibir.
Sinaran mata Ice mula tajam memandang guru didiknya. Namun, apa yang boleh ia lakukan. Duduk diam hanya menahan bara di dalam hati. Menghormati guru didiknya sendiri.
Ace perasaan akan adiknya. Dia tahu apa yang Ice sedang rasakan bila melibatkan orang yang tersayang disembur oleh orang dalam sendiri. Jari didekatkan kebibir menyembunyikan senyuman sinisnya.
'Sembra un demone umano. Continua ad essere il burattino che chiedo di ballare nella mia scultura del racconto. In realtà, ero un fuoco nel mezzo di esternermi dal bruciare.' Batinnya bergumam.
Translate: Muncul sebagai iblis menyerupai manusia. Teruskan menjadi boneka yang ku ajak menari dalam ukiran kisahku. Nyatanya aku adalah api ditengah-tengah menahan bara.
Tidak tahu mengapa, hatinya tiba-tiba berdetus merasai akan ada masalah pengkhianatan pada masa hadapan. Apa ini cuma terlebih berfikir? Tidak mengapa jika terlalu overthinking, kerana itu akan membuatmu lebih bersedia menghadapi masalah yang belum berlaku.
"Mama kamu sudah tahu?" Nicco bersuara mengalih pandangan pada Ace.
Nicco sudah mengetahui hal ini dari mulut Ace sendiri dan pada mulanya agak terkejut dengan perihal ini. Namun, sebaik mungkin Ace menjelaskan kepadanya perkara yang sebenar telah berlaku.
"I will tell her soon."
"Heinzander?" Soal Nicco lagi dengan persoalan yang sama.
"Kenapa orang tua tu perlu tahu?" Ketus Ice. Mengaitkan Heinzander dengan perihal ini, hatinya merasa panas.
"He still our Dad, Ice."
"Dengan semua yang dia lakukan kepada kita, kau masih mengaku dia bapak kau? Ya.... Aku lupa.... orang yang tamak akan kekayaan akan sanggup lupakan segala kejahatan manusia terhadapnya. Dasar bangsat!" Bidas Ice.
"Ice!" Tengking Niçco. Perlian halus yang Ice lemparkan kepada Heinzander dan Ace membuat dadanya berombak.
Ice sekadar memutar bebola mata ke atas. Tengkingan itu langsung tidak menggetarkannya.
"I'm going to Italy this weekend.." Ace memandang adiknya sesaat."With Ice," sambungnya tenang. Perlian Ice tadi sekadar angin yang menerpa di kulit.
Ice memandang tajam abangnya yang terkesan tidak takut akan renungannya. Baginya, prinsip hidup Ace tidak suka dibantah dan lebih suka membantah.
"Apa kaitan Keara dengan perjanjian ini Ace?"Soal Sir Henry setelah lama berdiam diri menenangkan hati. Ace membasahi bibir sebelum berkata.
"Like what Alexie said, Keara is pregnant."
"And Ace told me to marry her," pintas Ice memotong percakapan sembari menjeling Ace dengan ekor mata.
"Sì, perchè Keara è traumatizzata. "
Translate: Ya, sebab Keara trauma.
"Trauma?"
Ace angguk sekali lalu melepaskan keluhan.
" Keara dirogol oleh Zacky menyebabkan dia trauma dengan peristiwa itu," tutur Ace memandang guru didiknya.
"Zacky? My nephew? "
Ace angguk ringan dengan mata tidak lepas memandang tuan gurunya. Sir Henry mula menunduk menahan malu terhadap keluarga Heinzander. Kepalan tangan mula terbentuk bila terbit rasa marah di dalam hati. Malu! Marah! Dua perasaan yang bercampur baur dalam dirinya kini.
"You don't need sorry to me. I had killed him," ujar Ace tenang. Sir Henry angkat kepala dengan sinaran di mata. Tidak percaya tambah terkejut. Begitu sekali tindakan Ace.
Suasana di antara mereka kini sunyi. Sir Henry kelip mata sesaat.
"Bene! Questo è un regalo per lui,"balas Sir Henry menahan getaran dalam suaranya. Dalam hati hanya dia dan tuhan yang tahu.
Translate: Bagus! Itu adalah hadiah untuknya.
"Aku beransur dulu,"pamit Sir Henry bangun dari duduknya diikuti dengan Ace, Ice, Nicco dan Alexei yang turut berada di dalam ruangan itu. Keempat pasang mata setia menghantar figura Sir Henry keluar dari bilik itu.
Kini hanya tinggal empat orang lelaki yang saling berlaga mata antara mereka.
Alexei berdehem ringkas membuat perhatian teralih kepadanya. "Tuan Nicco boleh tinggalkan kami sebentar?" Soalnya dengan nada sopan.
Nicco hanya angguk ringan lalu melangkah keluar dari bilk itu. Kini ketiga-tiga lelaki itu sudah melabuhkan punggung. Alexei mula membuka fail hitam itu semula lalu membelek beberapa helaian kertas dalam fail untuk ditunjukkan kepada Tuan Ace dan Tuan Ice.
"Ini adalah syarat untuk pembatalan kedua-dua perjanjian yang saya kemukakan tadi. Jika salah seorang dari pada kalian meninggal dunia maka, perjanjian ini dikira terbatal secara sah,"terang Alexei padat.
Ice mula memandang Alexei dengan satu sudut kening terangkat.
"Maksudnya?"
"Perjanjian ini dikira tidak adil jika salah satu pihak tidak mendapat hak yang telah kalian janjikan,"jelas Alexei lagi.
Ace dan Ice yang mendengar hanya angguk ringan tanpa bersuara apa-apa. Sudah setuju dengan semua yang dikatakan oleh Alexei.
"Mahu tambah apa-apa lagi?" Soal Alexei langsung mendapat gelengan dari Ice.
"No, aku dah setuju,"pen langsung dikepit dijari lalu diukir pena diatas kertas itu membentuk coretan ringkas menandatangani persetujuan surat tersebut. Diikuti oleh Ace, melakukan benda sama dengan adiknya.
"Sekarang, kita perlukan tandatangan Puan Aidina dan Puan Keara,"
"Biar aku yang lakukan,"ujar Ice ingin mengambil fail hitam. Alexei ragu-ragu mahu menyerahkan fail itu kepada Ice. Dipandang Ace di sisi yang turut memandangnya.
"Biarkan dia,"tutur Ace datar.
Fail kini bertukar tangan. Lantas, kaki dibawa keluar dari bilik itu tanpa sebarang pamitan.
"Tuan,"panggil Alexei hormat. Ace jungkit kening.
"I respect you." Ace hanya angguk sekali mendengar penghormatan dituju kepadanya.
Kini dua insan yang berlainan gender sedang ralit menikmati angin yang menerpa di kulit. Menghayati deruan angin lembut di taman mini yang berada di halaman belakang sebuah rumah banglo.
Sinaran mata menjadi lunak memandang bunga yang menghiasi taman kecil itu. Pelbagai jenis bunga kecil yang jatuh dalam labuhan mata membuat bibir ini juga melengkung senyuman. Namun lebaran bibir itu hanya sementara bila mengingatkan lelaki di hadapannya.
"I miss your smile,"ujar Aidin tersenyum nipis, namun tidak dihirau oleh Aidina.
"I'm sorry for what happened three weeks ago." Pohon Ice perlahan. Kepala menunduk melihat tangan dalam genggaman sendiri.
"Awak tak patut minta maaf kepada saya."Balas Aidina dingin. Langsung tidak ditoleh wajah lelaki dihadapannya.
Deruan angin di taman mini itu membuat Aidina memejamkan mata. Tenangkan hati yang kacau dan fikiran yang rumit.
"Saya buat awak trauma tapi awak tak akan faham kenapa saya berbuat demikian." Aidina menoleh membuat kedua netranya beradu dengan kilauan mata hitam Aidan.
"Maksud awak?" Soal Aidina ingin tahu. Hatinya dikuasai dengan inkuari yang tinggi. Curious lagi.
"Budak tu pencuri Aidina itu sebab saya bunuh,"lirih Aidan lembut.
"Tapi itu bukan caranya." Bantah Aidina tidak setuju langsung dengan tindakan itu.
"Awak terlalu naif Aidina. Dunia ini kejam."
"Dunia tidak kejam tapi manusia yang jahat lalu menyalahkan dunia fana ini," herdik Aidina.
"Sebab itu bunuh salah satu cara untuk kurangkan penjahat atas muka bumi ini." Balas Aidan tenang membuat Aidina tersulut emosi.
"Saya benci penjahat!" Ujar Aidina memaling muka ke arah lain.
"Walaupun itu suami sendiri?" Tanya Aidan dengan lengkungan di satu sudut dibibir.
"Apa maksud awak Aidan?" Soalan berbalas soalan.
Aidan angkat bahu acuh. Pertanyaan Aidina itu membuat dia tertawa halus. Lebih kepada memerli.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, dia kembali kepada tujuan asalnya bertemu dengan wanita itu. Fail hitam yang telah berada di atas meja ditolak ke arah Aidina.
Aidina memandang lama fail yang dihulur lalu pandangannya dipangku ke arah Aidan. Dagu diangkat memberi maksud kepada Aidina untuk membuka fail itu.
"Buka dan baca,"ulangnya dalam bentuk suara.
Aidina hanya menuruti arahan. Satu persatu perkataan yang tercetak dibaca dan diproses oleh otak untuk memahami setiap butir kalimat.
"Perjanjian apa ni Aidan?" Soal Aidina. Tiba-tiba jadi bengang. Hatinya kacau, fikiran mula rumit lalu badan juga turut terkena biasnya. Remuk!
"Tandatangan,"arah Aidan lagi. Tidak peduli dengan kolam mata Aidina yang dipenuhi cecair jernih.
"No..." kepala digeleng perlahan. Air matanya sudah meluncur jatuh mengalir dipipi.
"Please Aidina.."rayu Aidan lembut. Lagaknya seperti memohon.
"Apa salah saya Aidan?" Isak Aidina. Pandangannya mula bilis kerana air berlian yang memenuhi empangan matanya.
Kepala digeleng."Awak tak salah." Aidan memejam mata sesaat. Nafas ditarik lalu dilepas perlahan.
"Jangan jadi bodoh untuk terus rela mencipta asmaraloka jika pada akhirnya, hanya kesedihan dan kesakitan yang awak dapat. Tolonglah Aidina, jangan berharap. Jangan sia-siakan tangisan awak."
"Saya lelah Aidan. Boleh tidak kalian berhenti sebentar memberi waktu untuk saya berehat tanpa ada rasa takut dan cemas dengan kehidupan yang kejam ini." Suara Aidina semakin bergetar ditambah lagi dengan isakan yang kuat.
"Jika kalian mahu menggunakan saya sekalipun, beri saya waktu untuk siapkan tenaga dan kuatkan mental,"sambung Aidina lagi menundukkan kepala sembari menggigit bibir bawah menahan suara tangisnya.
"Bertahanlah untuk sementara Aidina. Ketahuilah, saya cintakan awak. Sangat! Sungguh! Percayalah Kita akan hidup bahagia bersama bila semua ini sudah berakhir,"tekan Aidan.
"Please.. do it," rayu Aidan memohon.
Bibir Aidan melebar senyuman bila Aidan menuruti rayuannya. Walaupun dalam keadaan terpaksa, dia tahu Aidina seorang yang lembut hati.
"Puas!?" Soal Aidan keras. Punggung diangkat kasar lalu berlau pergi dengan linangan air mata.
Sesudah figura Aidina hilang dimakan jarak, dia tersenyum nipis. Jarinya mengusap kertas basah kesan sisa air mata Aidina. Tidak dapat memeluk pemilik air mata ini pun tidak apa, asalkan dapat usap sisa air mata wanita dengan penuh cinta. Aidina juga akan menjadi miliknya. Tidak cepat. Tidak lambat. Tapi itu PASTI.
Semua yang berlaku di antara Aidina dan Aidan sudah dilihat oleh mereka yang berada di balkoni. Setiap butir perkataan yang keluar dari mulut adik dan isterinya sudah di dengar melalui cip yang dilekapkan pada baju Aidan tanpa diketahui pemilik.
Ace masih berdiri membelakangi Nicco yang sudah melabuhkan punggung di kerusi. Lurus pandangannya melihat taman mini atau lebih tepat kearah seorang lelaki yang masih setia tersenyum tanpa sebab.
"Bukalah hati kau Ace,"ujar Nicco lalu menghirup perlahan air teh yang masih panas.
"Itu tidak mudah,"balas Ace datar tanpa menoleh ke arah lawan bicara.
"Hargai apa yang berada di depan mata. Jika sudah berbalik badan yang tinggal hanya masa silam,"nasihat Nicco singkat.
"Aku sendiri tidak faham dengan perasaan aneh ini,"ujar Ace berbalik badan menghadap Nicco. Bibir Nicco melebar senyuman nipis mendengar itu.
"Cinta kau hanya terhalang dengan tembok yang kau bina. Cuba turunkan sedikit egomu. Kau hanya gengsi,"tutur Nicco sambil bangun dari duduknya mendekati Ace yang berdiri menyandar tubuh di balkoni.
"Aku tahu, kau sangat ingin mendekat. Mendakap erat tubuhnya seraya menghapuskan cecair bening di pipinya. Hanya ingin menyakinkannya bahawa dia tidak sendiri tenggelam dalam syair nestapa ini. Ingin kau hanya sederhana namun usahamu itu terbatas-- "
"Dengan egoku yang terlalu tinggi membuat diriku sulit untuk mengungkap dan menghampiri,"pintas Ace memotong percakapan Nicco.
Nicco angguk ringan menyetujui pernyataan itu.
"Cintailah dia seperti mana nama seseorang yang masih melekat di hatimu."
"Keara?"
Nicco angguk sekali.
"Percayalah,dia takdir mu. Bahagiakan dia jangan pula kau toreskan luka dalam hatinya,"ujar Nicco sambil menggosok lembut lengan Ace.
Share this novel