TRAUMA

Action Series 2676

"Awak juga pembunuh kan?" Teka Aidina sambil mengadap muka, berlawanan mata dengan Aidin.

Sejujurnya, dia lelah bermain dengan teka-teki perihal Aidin, suaminya sendiri. Cik otak mengeluh penat  kerana tidak berjaya menyusun puzzle ini secara sempurna. Rumit sekali!

Mengorek lubang rahsia Aidin tidaklah mudah. Tambahan dia juga baru mengenali lelaki itu. Keperibadian Aidin juga dia tidak dapat teka apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu. Aidin sangat pandai dalam menyembunyikan emosinya dengan ketenangan wajahnya.

"Emosi adalah kelemahan. Tenangkan diri supaya musuh tidak dapat 'cium bau' kelemahan kau." Nasihat seseorang untuk Aidin yang sentiasa dia selitkan dalam fikiran.

Perlahan tangan kasar turun menjauh dari terus mengusap pipi licin isteri. Kedua netra mata beradu dengan sepasang anak mata yang lunak memandangnya. Aidin membasahi bibir sebelum dia kembali berujar.

"Sono ancora più pericoloso di lui." Lidah dibelit berujar dalam Itali dengan nada tenang. Bahu Aidina ditepuk ringan sebanyak dua kali lalu melangkah pergi naik ke lantai atas, meninggalkan Aidina yang masih diam mencerna ayat Aidin yang langsung tidak dapat difahaminya.

"Merda! " Carut Aidin dalam Itali. Punggung dihempas kasar atas sofa. Uratnya mula kelihatan ketegangan dan rahang mula mengeras. Tangan dikepal lalu dihentak kuat atas meja.

Mengingat tangisan wanita tadi, entah mengapa hatinya mula terenyuh kesakitan. Hatinya mula lemah. Kepala didongak keatas lalu muka diraup dengan tangan melepaskan nafas kasar. Tindakan spotan tadi, mula melayang di fikiran.

"Don't let your heart fall in love Ace. Love make people feel weak." Kata-kata itu selalu mengusiknya untuk tidak masuk dalam hal yang melibatkan perasaan.

"Shibal! "Desisnya melepaskan geram. Perasaannya kini tidak tenang mengingatkan tindakan yang ia lakukan tadi. Tindakan lembut  menyalurkan perasaan yang ia sendiri tidak tahu hadirnya perasaan itu.

"Aku taknak kau jatuh dalam lubang harapan yang paling dalam."  Kata-kata yang dia ucapkan pada Aidina yang ia sendiri lupa. Lupa bahawa tindakan yang ia lakukan sebentar tadi dapat memberi harapan pada Aidina.

Mata dipejam lalu jari sibuk mengurut pelipis, cuba mengurangkan  pening yang menjalar di kepala. Satu perjanjian mula berlegar dalam fikirannya.

"Aku tak cintakan dia Aidan! "

"Berikan dia pada aku dalam keadaan baik."

Keluhan dilepaskan. Fikirannya kini mula ditumbuhi dengan pelbagai masalah yang datang tanpa dipinta. Fikiran mula rumit, badan sudah remuk dan isi hati mula kacau.

Apa yang ia lakukan hanyalah diam. Diam seperti air di lautan namun otak sentiasa mengalir seperti air memikirkan jalan untuk menutup masalah.

"Tutup hati kau Aidin. Dia akan kembali pada orang yang tepat walaupun dalam keterpaksaan. Kau hanyalah peran pengganti. " Batinnya bermonolog.

"Sir Henry?"

"Ice?"

Pertemuan tanpa sengaja di hadapan sebuah banglo putih mengejutkan kedua-dua insan yang saling berhadapan kini.

"Bila Sir sampai Malaysia?" Tanya lelaki bernama Ice kepada lelaki yang berusia lebih tua daripadanya.

Wajah yang sudah berkedut itu ditilik namun tidak mencacatkan kekacakan lelaki tua itu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Sir Henry, hampir lima tahun dan dia sendiri tidak sangka mereka akan bertemu disini.

"Kemarin. Kamu buat apa kat sini? Tinggal dekat sini juga ke?"

"No... cuma nak jenguk pengantin baru mulakan kehidupan bahtera rumah tangga." Balas Ice tertawa halus. Ayat yang dilempar hanya dia yang memahami.

Sudut kening yang hampir beruban keputihan itu terjungkit keatas.

"Siapa kahwin?"

Tawa halus Ice mati.

"You don't know sir? " Soal Ice pura-pura terkejut. Walhal, reaksi ini yang dia inginkan.

Sir Henry geleng kepala perlahan. Dalam hatinya timbul perasaan mendesak ingin tahu. Curious. Perasaan inkuari yang tinggi dalam diri tuanya itu tidak terpisah sejak dulu lagi hingga kini.

"My..... I'm sorry sir. I should not tell you about this." Mulut ditekup dengan telapak tangan. Lakonan dimulai. Dalam hati mula ketawa suka.

"Tell me what? Ada apa-apa yang aku tidak tahu ke Ice?" Nada mula serius namun noktah masih dikawal tenang. Tidak mahu gelabah.

"You need to ask Ace about this. He knows better than me."

Mendengar ujaran yang dikatakan oleh Ice, laju kaki dibawa mendekati pintu utama banglo putih. Langsung dirempuh masuk tanpa mengetuk dan memberi salam.

Mata Ice menghantar tubuh tua itu berserta senyuman sinis dibibir. Dalam hati mula bersorak gembira. Kakinya juga dibawa masuk ke dalam banglo putih, mahu melihat drama yang akan bermula.

"Who are you babygirl? " Soal Sir Henry sebaik figura seorang wanita jatuh dalam indera pandangannya. Berkain batik dan bertudung menyejukan mata. Namun masih tidak dapat menjawab soalan dalam fikirannya kini.

"She is Ace's wife.  Is that right Aidina? " Bukan suara wanita yang bersuara namun lelaki. Ice, ice yang menjawab soalan itu.

"You..."

"Sir Henry, Ice, what are you doing here? " Suara itu, suara yang berasal dari seorang lelaki yang sedang menuruni tangga.

"Nicco?" Seru Sir Henry agak tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Nicco, bukankah dia sedang menjalani hukuman dalam penjara tapi mengapa masih boleh berada disini?

"Bukankah kau dalam penjara?"

Nicco hanya ketawa halus mendekati ketiga orang yang berada dalam ruangan itu. Senipis senyuman dilempar kepada Aidina yang masih berdiam diri tidak mengerti perkara yang berlaku di lantai kedua itu.

"Thanks to Heinz, dia yang ikat jamin aku." Tutur Nicco lalu berjabat tangan dengan Sir Henry. Persahabatan yang lama kekal hingga kini.

"Macam mana dalam penjara?" Soal Sir Henry.  Senyumannya tidak luntur sejak bertemu dengan sahabat lamanya. Rindu akan gurau senda mereka yang dulu-dulu.

"Seperti penjara." Jawab Nicco berbaur gurauan. Terdengar ketawa kuat di lantai kedua itu. Dua orang sekadar pemerhati. Saksi bagi pertemuan dua sahabat.

"Ice.. sihat?" Nicco bertanya khabar bila tawanya sudah reda. Rindu berbual dengan anak saudaranya. Sudah tinggi lampai budak ini.

Ice memutar bebola mata ke atas. Tidak suka dengan nama panggilan yang digelar kepadanya. Benci dengan nama singkatan itu.

"Seperti yang kau tengok." Balas Ice kasar. Intonasi suaranya kosong. Tidak hirau dengan perkataan yang digunanya itu sedikit menghiris hati tua bapa saudaranya.

Nicco tersenyum kecut sebelum berdehem menghilang perasaan kecewa di dalam hati.

"Aidina, buat air teh lepastu hantar dekat atas. Henry dan Ice jom naik atas. Kita bersembang rancak. "
 
Aidina mengangguk lalu beredar dari situ menuju dapur kering. Ketiga anak mata menghantar figura wanita itu sebelum hilang dimakan jarak.

"Kau berhutang dengan aku Nicco." Tutur Sir Henry menatap wajah tua sahabatnya, Nicco. Seperti faham apa yang dimaksud oleh Sir Henry, Nicco hanya berbalas senyuman.

"Aku akan cerita lepas ni." Ujar Nicco berserta senyuman lalu ketiga-tiganya berlalu menaiki tangga menuju ke lantai tiga. Mata Ice tidak lepas memandang ke lantai dua sambil kaki dibawa melangkah anak tangga.

"Ace?"

"What else do you want this time Zio? " Ace mengeluh lemah berkata tanpa melihat kepada Nicco yang tersenyum halus dihadapan meja kerjanya. Tangan menari kecil di atas kertas dengan secangkir kopi di atas meja bersebelahan dengan tablet.

"Someone wants to see you." Tutur Nicco menyimpan separuh rahsia.

"Perempuan tu, suruh jela dia masuk." Ujarnya tanpa melihat pihak lawan. Nicco mengguling mata ke atas lalu mendekati anak saudaranya yang terlalu sibuk dengan kertas-kertas kerja.

"Ikut uncle." Ditarik paksa tangan Ace. Tidak dihirau dengan tempikan bantahan anak saudara lelakinya itu.

"I'm busy uncle. Please.. understand my situation." Lengannya di dalam genggaman tangan tua cuba dileraikan. Tapi semakin kuat genggaman Nicco menyebabkan dahi licin Ace berkerut menahan sakit. Tua-tua masih lagi berbisa.

"Masuk." Bahu Ace ditolak kasar ke dalam sebuah bilik. Ruang itu nampak gelap kerana langsir hitam menghalang sinar matahari dari menembusi ruang tingkap dibilik itu.

"Kau nak apa lagi perempuan?" Datar suaranya berserta wajah yang beku. Mata nampak ada sesusuk tubuh sedang duduk disofa bersaiz L, satu pendek, satu panjang dalam ruangan itu. Tanpa mengetahui siapa itu.

"Hey relax.. he's not Aidina."

"He? " Sebelah kening Ace terangkat menunggu kepastian dari Nicco.

"Come on, Henry." Suara Nicco sudah letih.

Terdengar dengusan kecil. Dengusan geli hati membuat Ace yang berada dalam ruangan itu terkedu seketika. Suara ini, suara yang lama tidak menyampai gegendang telinganya.

"Sir Henry? "Soal Ace tidak percaya. Matanya masih tidak lepas memandang susuk tubuh yang berdiri mendekatinya.

"Ya ya.. it's me, Henry. " Tubuh Ace dibawa masuk dalam pelukannya. Ditepuk sedikit bahu kekar tubuh lelaki muda itu dan dibalas juga dengan Ace.

"Bila Sir sampai Malaysia?" Soal Ace selepas pelukan dirungkai. Bibirnya menguntum senyuman nipis kepada guru pelatihnya dalam dunia kegelapan.

Sir Henry memutar bebola mata ke atas. Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, hanya soalan sama yang dituju untuknya. Hampir bosan juga menjawab soalan yang sama.

"Hari Selasa pukul dua setengah pagi baru aku jejak dekat bumi Malaysia." Balas Sir Henry malas namun dengan jawapan yang padat.

Ace ketawa halus diikuti dengan tawaan Nicco.

"I'm sorry uncle, silakan duduk Sir and Zio." Ace mengaku salah atas ketidaksengajaannya dalam menyambut tetamu. Pelawanya dituruti oleh Sir Henry dan Nicco yang telah berlabuh punggung atas sofa berkembar di dalam bilik itu. Langsir yang menutupi cendela disilang lalu membiarkan sinar matahari menembusi tingkap memberi cahaya dalam bilik itu.

"Mana Ice?" Soal Nicco kepada Sir Henry di sebelahnya. Ace baru sahaja melabuhkan punggung di sofa tunggal.

"Ice datang? Dia dekat mana?" Suara Ace mengambil alih menyoal semua kepada mereka yang berada di situ. Hatinya mula mendadak terkejut tapi cuba dikawal untuk tidak terlalu gelisah.

"Dekat lantai satu. Nak buang hajat."

Ace hanya diam tidak bersuara walaupun sepatah. Matanya memandang Nicco di hadapan. Nicco hanya memejamkan mata memberi isyarat melalui gerakan tubuh supaya Ace tidak terlalu menunjukkan perasaan dihadapan guru pelatihnya.

Nafas lembut dihela perlahan.

"So Sir Henry, why did you suddenly come to Malaysia? "Soal Ace dengan mata menatap penuh kepada lawan bicaranya. Jarinya bersilangan antara satu sama lain dengan diletakkan di tengah-tengah peha. Menunggu jawapan.

Sir Henry berdehem sekali sebelum menepuk telapak tangan. Lelaki muda dihadapannya dipandang serius.

"Sebelum itu, siapa Aidina? " Serius nada suara Sir Henry.

Berdesing telinga Ace mendengar soalan maut itu. Jantungnya mula laju mengepam darah seluruh badan. Inilah soalan yang akan ditanya kepadanya bilik semua rahsia yang disimpannya mula terbongkar satu persatu.

Dipandang dulu Nicco dihadapannya sekali sebelum menjawap yakin.

"She's my wife. Ace's." Balasnya mantap.

Kakinya dibawa perlahan menuju dapur kering lalu sisi tubuh disandar pada tiang dengan tangan disilang didepan dada. Diperhati elok seorang wanita yang termenung jauh sedang mengacau air dalam teko.

Kaki yang mula melangkah perlahan mendekati wanita itu. Lalu bibirnya dibawa perlahan mendekati daun telinga yang tersorok disebalik kain tudung.

"I miss you sweetheart.."Bisiknya halus.

"Astaghfirullahal'adzim. Ouw! " Tumpahan air panas akibat bisikan halus membuat Aidina menempik kesakitan. Dipandang lengan yang melencur. Pedih!

Begitu juga Ice yang turut terkejut dengan jeritan kecil itu. Langsung diheret Aidina ke singki. Dibasuh lengan wanita kesayangan yang tidak dapat dimiliki dengan air yang meluncur dari pili air.

Dalam hati menyumpah seranah akan tindakannya.

Bila desahan kesakitan Aidina sudah tenang, ditutup pili air lalu lengan halus itu dibawa ke mulutnya. Ditiup perlahan tempat melencur itu. Menghilang kepedihan.

Seolah-olah baru sedar akan perbuatan mereka. Ditarik kasar tangan halus dari genggaman lelaki itu. Ditambah jarak antara mereka. Lelaki dihadapannya dipandang tajam.

Laju kaki dibawa kearah teko lalu tiga cawan disediakan di atas dulang. Tanpa menoleh sedikit pun ke arah lelaki itu, dia berbalik pandang menaiki tangga menuju lantai tiga.

Ice melepas keluhan dengan muka yang sayu. Namun hanya sebentar sahaja, bibirnya melengkung kembali. Matanya mula bersinar dengan gelakan kecil.

Kakinya dibawa mengekori langkah wanita tadi. Sebaik tiba di muka pintu sebuah bilik, mukanya mula tegang tanpa senyuman. Namun wanita yang dicarinya tidak ada dalam bilik itu. Kemanakah dia?

Tanpa berniat ingin berbalik badan, dia melabuhkan punggung di sofa tunggal. Ketiga-tiga kaum Adam hanya diam dari perbualan mereka sebaik Ice masuk.

Sebelah keningnya terangkat apabila mendapati tiga pasang mata merenungnya.

"What? "

"Kau jumpa Aidina?"

Seperti dapat mendengari seruan suaminya, terus terdengar ketukan pintu sebelum pintu dikuak dari luar. Muncullah seorang wanita berkain batik dengan adab tertibnya mendulang air teh kepada mereka berempat. Langsung tidak diangkat wajahnya walaupun dia dapat rasai renungan tajam kearahnya.

"Jemput minum." Ujarnya bernada lembut. Menghormati tetamu suaminya.

Baru sahaja dia berdiri ingin berlalu dari situ, namun lengannya ditarik lembut oleh Ace. Membuat dia mengaduh kepedihan akibat lencuran. Ace juga turut terkejut dengan aduhan itu.

"Lepas... sakit." Dia memandang Ace dengan mata kemerahan meminta simpati. Matanya mula berair. Ace terkejut dengan pandangan itu, terus melepaskan lengan isterinya.

"Aidina, kenapa ni sayang?" Nicco mendadak bangun dari duduknya menuju ke arah Aidina yang sedang mendesis kesakitan. Ice dan Sir Henry sekadar memerhati manakala Ace memalingkan wajah ke arah lain.

"Sss.. tidak apa-apa. Sikit saja ni." Aidina menyedapkan hati. Namun yang rasa dia sahaja.

"Kenapa boleh melencur macam ni?" Nicco menunjuk kasihan.

Sejujurnya, dia sudah menganggap Aidina sebagai anaknya sendiri. Dia terlalu rindu akan anaknya yang telah meninggal dunia dalam buana kegelapan dan berniat ingin mengambil Aidina sebagai anak angkat.

"Melencur sikit saja ni." Tutur Aidina lembut. Matanya melihat Aidin mengharapkan lelaki itu menggantikan tempat Nicco. Nicco hanya mampu geleng kepala mendengar Aidina menutupi kesakitannya.

"Keluar." Ace bersuara dingin tapi Aidina dapat merasai amaran lelaki itu. Dia tersenyum nipis seperti senyum yang dibuat-buat menutupi kesedihan hatinya. Harapannya kini tinggal angan-angan.
"Saya beransur dulu." Pinta Aidina sebelum meninggalkan mereka dalam bilik itu.

Bunyi katukan pintu membuat Ace memejamkan matanya. Dia ingin mendekat dengan Aidina namun disebabkan kehadiran Ice dan Sir Henry membuat niatnya terhalang. Hatinya terasa nyeri melihat kelompak mata Aidina yang dipenuhi cecair jernih. Dia tidak sanggup melihatnya.

Begitu juga Aidina yang berada di sebalik dinding bilik itu. Menyandarkan kepala ke dinding membiarkan air mata yang ditahannya tumpah buat kali kedua. Dadanya dipegang. Sakit!

Jangan biarkan anganmu terbang tinggi jika tidak ingin jatuh dalam lubang harapan yang paling dalam.

"I'm sorry for what happened three weeks ago." Pohon Ice perlahan. Kepala menunduk melihat tangan dalam genggaman sendiri.

"Awak tak patut minta maaf kepada saya."Balas Aidina dingin. Langsung tidak ditoleh wajah lelaki dihadapannya.

Deruan angin di taman mini itu membuat Aidina memejamkan mata. Tenangkan hati yang kacau dan fikiran yang rumit.

"Saya buat awak trauma tapi awak tak akan faham kenapa saya berbuat demikian." Kepala diangkat membuat kedua pasang netra mata beradu.

"Maksud awak?" Soal Aidina ingin tahu. Hatinya dikuasai dengan inkuari yang tinggi. Curious lagi.

"Budak tu pencuri Aidina itu sebab saya bunuh."

"Tapi itu bukan caranya." Bantah Aidina tidak setuju langsung dengan tindakan itu.

"Awak terlalu naif Aidina. Dunia ini kejam."

"Dunia tidak kejam tapi manusia yang jahat lalu menyalahkan dunia fana ini."

"Sebab itu bunuh salah satu cara untuk kurangkan penjahat atas muka bumi ini." Balas Aidan tenang membuat Aidina tersulut emosi.

"Saya benci penjahat!" Ujar Aidina memaling muka ke arah lain.

"Suami sendiri pun benci?"

"Apa maksud awak Aidan?"

Ice angkat bahu acuh. Pertanyaan Aidina itu membuat dia tertawa halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience