CONFESS

Action Series 2668

Rintik demi rintik air hujan mula turun membasah bumi membuat keadaan kafe di luar kota tersebut mula dipenuhi ramai orang untuk berteduh. Aidina yang merupakan pekerja di situ bersyukur kerana dengan kehadiran orang ramai yang berteduh dari hujan boleh juga menambahkan rezeki para pekerja disitu.

"Terima kasih. Sila datang lagi." Baki dihulur kepada pelanggan dengan seucapan terima kasih kerana telah mendatangkan rezeki di kafe tersebut. Anak mata menghantar pelanggan tadi yang berumur dalam lingkungan 60-an melabuhkan punggung di sudut kafe itu.

Senyuman manis dilemparkan kepada seorang pembeli yang mula menghadirkan diri di kaunter untuk melakukan pembayaran. Walaupun pembeli tersebut tidak menampakan wajahnya akibat dilindung oleh topi, senyuman tetap dilemparkan bagi menghormati pembeli.

"Berapa?" Muka diangkat dengan senyuman yang menakutkan membuat senyuman di wajah Aidina terus lentur. Melihat ketakutan di muka Aidina membuat dirinya terasa puas. Entah mengapa dia amat suka membuat gadis pujaannya ini takut akan dirinya.

"I tanya ni berapa?" Soalan ditekan membuat Aidina secara mendadak menjawab dengan laju. Dia tidak tahu mengapa dia boleh takut dengan lelaki ini. Mungkin kerana bayangan lelaki ini sering bermain di kehidupannya. Mungkin?

Dan dia juga tidak tahu mengapa setiap kali lelaki ini masuk ke kafe ini barang yang sama sahaja yang dibeli oleh lelaki ini. Dan sentiasa juga bertanya tentang harga makanan yang dibeli. Walhal harga makanan sentiasa sama tiada apa yang berubah walaupun sen.

"RM 2.50" Duit bernot RM1 dikeluar tiga keping dan dihulur kepada gadis pujaannya. "Keep the change." Sambungnya lagi apabila ternampak Aidina berura-ura ingin memberinya baki. Senyuman nipis dihadiahkan.

"Hi Ikhwan. Seruan yang berasal dari kawan sekerja Aidina membuat perhatian kedua insan itu jatuh kepadanya.

"You baru sampai ke? Sorry la I dekat dalam tadi tengah kemas stor sebab bias air hujan. You datang ni mesti nak beli roti favourite you kan? Atau pun you nak jumpa dengan Aidina ni." Bahu Aidina ditepuk lalu dipeluk dari tepi. Aidina menyumpah seranah di dalam hati mendengar ujaran dari Syira.

Ikhwan tersenyum nipis mendengar celoteh Syira. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Syira tadi tapi hanya separuh sahaja. Dia bukan datang kesini semata-mata mahu membeli roti favourite nya tetapi mahu melihat gadis favourite nya semata-mata. Roti ini saja-saja dia beli untuk buat sebab dia datang, nanti dia sedekah kan lah roti ini dekat pengemis yang ada di lorong sana.

"Sebenarnya I datang ni sebab i nak cakap sesuatu dengan Aidina. Boleh I pinjam dia sekejap?" Tanya Ikhwan berterus-terang. Senyuman terbit dibibir Syira. Ditoleh muka kearah kawannya dengan wajah yang ceria tapi hampa dibalas dengan muka sayu.

"Bo-boleh kot..." Jawab Syira dengan tersengih sumbing. Dia keliru melihat kedua pasang anak mata Aidan dan Aidina yang seperti terlalu bergantung kepada keputusannya.

Aidina menunduk kepala mendengar jawapan dari Syira. Kawan siapakah ini? Kawan laknat, mengapa dia dapat berkawan dengan Syira yang tidak dapat meneka air mukanya langsung. 

Aidan pula beria suka mendengar jawapan yang dilontarkan oleh Syira. Nampaknya boleh dia berterus terang dengan Aidina tentang perasaannya secara berdua.

"Kau pergi la Aidina, kedai biar aku jaga." Aidina mengangguk perlahan. "Aku pergi dulu." Pinta diberi sebelum berlalu dari situ. Aidan memberi senyuman nipis sebelum turut mengekori langkah Aidina.

Punggung dilabuhkan di kerusi yang berada di sudut kafe itu. Kedudukan mereka kini adalah saling berhadapan tetapi dihalangi oleh meja bulat. Mata memerhati keadaan sekeliling. Tidak ramai dan tidak sunyi sangat. Pandai Aidina pilih tempat, sesuai untuk dia bercakap dan boleh menjauhkan fitnah.
Pujian nipis diberi kepada gadis pujaannya walaupun hanya dinyatakan di dalam hati. 

"Erm awak nak cakap apa dengan saya?" Kepala menunduk dan jari jemari dimain antara satu sama lain untuk menghilangkan gugup. Walaupun dia tahu isi bicara yang akan disampaikan oleh lelaki ini.

Aidan tersenyum nipis melihat kegugupan gadis itu. Entah mengapa dia amat menyukai melihat ketakutan gadis itu. "Jadi girlfriend i" Ucapnya terlebih gembira. Harap-harap gadis pujaannya ini setuju dengan cadangannya buat kali ini. Erh! Bukan cadangan tapi desakan.

Mengapa desakan? Kerana setiap kali kehadiran Aidan kesini hanyalah untuk mengajak Adina menjadi teman wanitanya walaupun setiap kali ajakannya tidak diterima oleh Aidina. Kerana dia tahu, Aidina menolak pelawaannya disebabkan 'kuasa' keluarganya atas negara ini.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Aidina. Perkara sama yang sentiasa berulang pada setiap kehadiran lelaki ini. "Awak, kenapa setiap kali awak datang sini perkara sama yang awak cakap walaupun awak dah tahu jawapan dari saya." Anak mata menentang anak mata lawan bicaranya.

Aidan mengangkat bahu acuh. "Awak tak suka saya ke?" Soalan sama tetap diacukan. Aidina mengeluh lemah. "Saya tak nak!" Tegas Aidina menyatakan jawapanya. Harap lelaki ini faham.

"Kau cakap apa?" Aidina terkedu mendengar nada dingin dalam soalan itu. Dipandang lelaki itu yang terkekeh sinis sambil menepuk tangan.

"Baik kau terima kalau kau tak nak ada mayat terbaring atas lantai ini." Aidina terkejut melihat Aidin yang tiba-tiba bangun dan menyekat laluan seorang budak dengan muncung pistol dilekapkan di tepi kepala budak lelaki tersebut.

"Kau cakap Aidina sebelum aku tembak budak ni!" Tengking Aidan tanpa menghiraukan tangisan budak itu dan jeritan orang ramai di kafe ini. Yang penting gadis ini terima lamarannya.

Aidina terkejut dengan tengkingan itu. Dipandang pistol dan budak itu bersilih ganti. Keputusan sekarang di tangan kau Aidina. Fikir secara waras. Terima lamaran itu atau nyawa budak itu melayang secara sadis.

Anggukan ragu diberi sebagai tanda terima. Dia tidak mampu berkata lidahnya kelu melihat pistol itu. Dan bukan boleh bawa main dengan orang seperti Aidan, silap-silap nyawa setiap orang ramai di kafe ini juga diangkut oleh lelaki ini.

BANG!

Tubuh budak itu jatuh menyembah lantai. Aidina terkejut melihat darah yang memenuhi lantai simen itu. Dipandang muka Aidan yang selamba tersenyum riang.

"Saya pergi dulu. Jumpa esok sayang." Lambaian selamat tinggal diberi kepada Aidina yang berdiri terdiam kaku. Terkejut dengan tembakan tadi mungkin?

"Aidina..." Seruan itu tidak mengubah kedudukan Aidina walaupun dia tahu asal sumber suara itu dari mana. Dipandang mayat kaku yang terbaring dilantai itu.

Syira dari tadi menyorok di bawah meja kaunter dan secara sembunyi menyelinap keluar kepala untuk melihat aksi yang berlaku di dalam kafe itu. Dia agak terkejut dengan perlakuan Aidan yang bersikap kejam itu.

Ting!

Telefon yang berada di dalam genggaman tangan Aidina berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterima. Tergetar-getar tangan dia membaca butir mesej itu. Syira mendekati kawannya apabila melihat Aidina terdiam. Dia turut terdiam selepas membaca pesanan itu.

'Sayang tak payah tanamkan mayat tu, nanti orang-orang aku datang tolong bakarkan!' Mesej dari Aidan. Apa salah budak itu? Kenapa kejam sangat sikap Aidan?

Hi readers! Macam mana okey tak cerita ini? Sorry la kalau penggunaan bahasa tak memuaskan sebab saya budak sekolah. Please vote and comment okey! Bye??!

?Typo merata-rata??

Maaf sekali lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience