Makanan yang siap dimasak dihidang di atas meja. Walaupun penat dan lenguh terasa di badan tetap diabaikan untuk menyiapkan tugasnya di rumah. Makanan mudah sahaja disediakan kerana rasa penat yang terasa membuat dia rasa malas untuk memasak.
Teringat juga perbualan bersama Syira semasa pulang dari kerja. Luahan kecewa dari Syira terhadap Aidan membuat dia yang turut mendengar seperti tidak memiliki perasaan. Jika Syira kecewa, tapi apa yang dia rasa.
Perasaan menyesal kerana telah setuju menjadi teman wanita lelaki itu. Terima dalam keterpaksaan. Adakah hubungan ini dengan kerelaannya? Sudah tentu tidak! Dia terpaksa setuju tanpa kenyakinan untuk menyelamatkan nyawa budak tadi. Tetapi tidak disangka dengan sadisnya, Aidan memanipulasikan keadaan. Aidan tipu tanpa berjanji.
"Pa.. jemput makan." Aidina mempersilakan Malik untuk menjamu selera sebaik sahaja melihat Malik melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
"Mana mama dengan kakak kamu?" Malik bertanya. Tangan kanan dibasuh dengan air yang berada didalam bekas yang tersedia.
"Kat atas kot. Kejap Dina panggilkan." Nasi yang siap dicedok ke dalam pinggan disusun mengikut kedudukan kerusi sebelum berlalu ke atas untuk memanggil keluarga tirinya.
Kini mereka berempat berada di meja makan untuk makan malam. Hanya bunyi sudu belaga dengan pinggang yang memenuhi ruang makan itu. Malik makan menggunakan tangan, katanya enzim yang berada di tangan akan mempercepatkan proses percernaan.
Aidina memerhati suasana makan malam tersebut. Dia keliru kenapa makan malam pada malam ini tidak seriuh makan malam pada hari-hari lepas. Selalunya ada juga buah mulut yang dibawa topik perbualan oleh mama dan kakaknya. Tetapi malam ini hanya bisu dan muka tidak puas hati ditayangkan oleh dua beranak itu.
Diperhati pula muka papanya. Mendatar. Riak biasa sahaja tayangan muka papanya. Ada masalah yang aku tidak tahu ke? Malas hendak ambil tahu, dia meneruskan makan dengan fikiran berserabut. Serabut memikir nasib kehidupan dia selepas ini! Nasib menjadi teman wanita bagi seorang psycho.
Ini kalau ditambah pula dengan masalah keluarga, mahu kang naya hidup dia. Boleh pecah kepala memikirkan masalah yang tidak habis. Mujur lah dua beranak itu diam boleh lah juga dia menenangkan fikiran.
"Ehem, Dina esok kamu tak payah pergi kerja. Duduk je rumah, kalau boleh tak payah keluar langsung buat beberapa hari ini." Malik berdehem sekali sebelum memulakan bicara.
Aidina memangku kepala kepada papanya apabila pesanan itu ada terselit namanya. Dicerna baik-baik pesanan dari papanya itu. Papa minta aku cuti esok? Tapi kenapa? Nak cuti boleh tapi kena minta izin awal-awal lah dengan bos. Dan papa baru cakap sekarang. Damn! Kena bebel sampai bernanah lah telinga aku.
"Kenapa papa?" Tanyanya. Mungkin ada sebab disebalik apa yang papa pesan tadi. Mungkin papa nak buat majlis dekat rumah ini. Positif Aidina. Positif!
"Esok papa dengan mama serta kakak kamu nak pergi ke suatu tempat. Dan kamu tolong jagakan rumah. Tapi kalau ada tetamu yang datang kamu jangan buka pintu. Duduk diam je dalam rumah." Terselit amaran tegas dalam ucapan Malik.
"Papa, mama dengan kakak nak pergi mana? Nak ikut boleh?"
Yelah. Tak kan dia seorang sahaja yang tinggal dekat rumah. Yang lain nak pergi mana sampai tak nak ajak dia. Kalau nak tinggal dia keseorangan pun, tak payah lah nak berahsia sangat. Sekurang-kurangnya bagitahu nak pergi mana.
"Tak payah mengada nak ikut. Kalau kamu pergi pun menyusahkan sahaja" Sinis Zurina berkata. Memang dia benci akan anak tirinya ini. Menurutnya, Aidini hanya sok-sok an alim. Munafik!
Sebab itu hubungan Aidina dan Zurina tidak baik sampai ke hari ini. Kalau mahu berbual pun, perlu lah perkara penting untuk diperkatakan. Kerana Zurina pernah berkata kepada Aidina bahawa Aidina hanya membuang masanya sahaja kerana bercakap mengenai perkara tidak penting.
Tetapi, pada Aidina dia berbual dengan mama tirinya hanya untuk mengeratkan hubungan mereka untuk bergaul mesra. Tambahannya pula, Zurina hanya menganggap dia sebagai pembantu rumah untuk mengemas rumah dan menguruskan segala keperluan mereka. Sama ada dari segi pakaian dan makanan.
Aidina diam mendengar ujaran dari mamanya. Dia hanya mampu menurut dan tidak mampu melawan. Kalau dilawan juga, pasti malam ini dia akan dalam kesejukan di luar. Dia sudah serik dengan perkara itu. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Balqis mencuit paha yang berada di bawah meja. Bisikan halus diberikan kepada mamanya supaya tiada yang dengar.
"Jangan la garang sangat!"
Zurina mencebik tetapi ada dia peduli. Langsung tidak, yang penting sekarang ini dia kena rancang baik-baik untuk kebaikan dia bersama anaknya.
Balqis merupakan satu-satu anak perempuannya. Malah satu-satu anak yang dia ada. Jadi jika berlaku apa-apa terhadap anaknya ini, dia akan berjuang tidak menghiraukan kepentingan orang lain.
"Bila kau sampai?" Pertanyaan dari adik kembar hentikan langkahnya untuk menuju ke dapur.
"Semalam." Jawabnya sepatah dan terus menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka lalu dikeluarkan jus delima dan dituang ke dalam gelas sebelum diteguk sehingga habis.
Kaki melangkah kembali ke ruang tamu dimana adik kembarnya berada.
"Kau dari mana?" Dipandang adik kembar dari atas hingga bawah yang selamba menonton televisyen tanpa menghiraukan kotornya sofa akibat lumpur yang memenuhi pakaiannya.
"Paya bakau. Baru lepas bakar orang. Hajat dihati ingin bagi dimakan buaya tapi tengok mayat dah kaku tak berdarah aku bakar je la. Kalau dibagi makan buaya kasihan juga dekat buaya makan tanpa perisa." Perhatian penuh pada kaca televisyen tanpa melihat sedikit pun muka si abang.
Aidin mengeluh nipis mendengar pernyataan dari mulut adik kembar sendiri. Buat hal lagi budak gila ini. Mental!
Aidin melabuh punggung di atas sofa bersebelah dengan adik kembarnya. Aidan memandang sekilas muka abang sebelum jatuh semula ke arah kaca televisyen.
"Kau pergi mana masa adik kena rogol?" Soalan dari abang bertanya kepada adik.
Aidan angkat bahu acuh. Malas nak menjawab kerana itu bukan tanggungjawab dia.
"Aku tanya kau ni!" Terjerit Aidin bertanya sambil tangan mencengkam kolar baju adik. Bengang melihat perangai tidak peduli dari adik kembarnya terhadap adik perempuan mereka.
"Yang kau nak marah aku ni asal? Dia bukan adik aku bodoh! Dia bukan siapa-siapa dekat kita. Yang kau sibuk nak jaga dia kenapa?" Aidan menolak abang kembar sendiri membuat Aidan mengundur beberapa langkah.
Mata bertentang mata. Api kalau dilawan api semakin marak. Aidin menghela nafas perlahan cuba mengawal emosi amarah di dalam diri. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Adik ada dekat rumah mama. Dia trauma." Sambungnya lagi setelah melihat adik kembar tenang mendudukan diri dengan perhatian hanya di kaca televisyen.
"Peduli apa aku." Jawab Aidan mendatar tanpa melihat muka si abang.
Sejujurnya Aidin sedikit terkesan dengan ketidak pedulian Aidan terhadap adik mereka. Walaupun hanya adik angkat bagi Aidin dia tetap mengangap adik angkatnya sebagai adik kandung cuma berbeza bagi Aidan yang tidak nampak langsung kewujudan adik mereka.
Dan disebabkan kehadiran adik angkat mereka, hubungan mereka secara perlahan semakin renggang. Ibarat kata seperti orang asing. Tiada langsung ikatan talian persaudaraan.
Aidin menghela nafas nipis sebelum angkat kaki berlalu dari situ. Dia perlukan rehat. Memikirkan majlis perkahwinannya esok bersama betina itu membuat dia mengeluh lemah. Dia memang malas berhubungan dengan makhluk yang bernama wanita ini.
Dan majlis itu pula hanya berlangsung untuk orang terdekat yang hanya dihadiri oleh wali, dua orang saksi dan dua orang anak buah yang menjaga keselamatannya pada majlis itu.
Tubuh direbahkan di atas katil bersaiz king. Sangat luas untuk dia berguling-guling di katil tersebut. Tenang Aidin. Tenang. Rehatkan minda. Esok ada perkara yang paling besar kau kena pikul.
Share this novel