PERMULAAN

Action Series 2668

Senyuman getir terbentuk di bibirnya. Wajah keputihan wanita itu hanya memancarkan kesedihan yang selalu ditutupi dengan senyuman. Selalu menyemangati dirinya supaya jangan terlalu larut dalam kesedihan. Tapi.. sekarang dia gagal, yang tinggal hanyalah kesedihan yang menyesakkan hati dan diakhiri dengan tangisan di pelupuk lara.

"Aidina..,"seruan itu secara langsung mengubah seratus peratus air mukanya. Senyuman nipis melengkung di bibirnya menutupi kesedihan di mata umum.

"Bekal siapa itu?" Anak mata Nicco memandang lurus bekas ditangan Aidina sebelum memandang wajah wanita itu. Aidina tersenyum sayu melihat kembali bekas ditangannya.

"Bekal Aidin.. dia terlupa mungkin," ujar Aidina halus menahan dada yang sesak. Cuba menyedapkan hati yang sudah dilema tangisan dipelupuk lara. Apa Aidin langsung tidak perhati segala usahanya untui menakluki hati lelaki itu dan hasilnya hanya perjanjian contract yang didapatnya.

"Ouh.. kebetulan Zio mahu ke office nya, marilah ikut sekali," pelawa lelaki berusia itu. Aidina berfikir seketika. Apa suaminya tidak marah?

"Bolehkah?" Aidina ragu-ragu dengan keputusannya. Apa dengan mengikuti Nicco, Aidin mahu menerima bekal yang dibuat olehnya kepada lelaki itu. Membayangkan wajah bengis lelaki itu sahaja, sarafnya sudah kejang.

"Apa dia tidak marah?" Soalnya lagi membuat Nicco tertawa kecil.

"Apa kamu telah berbuat kesalahan sehingga dia akan memarahi kamu?" Nicco berbalik soal. Gelengan dari Aidina membuat ia melebar senyuman.

"Dia tidak gila untuk memarahi seseorang tanpa sebab. Sudah, kemari pergi," tutur Nicco berbalik badan membawa langkah lalu Aidina pamit sebentar ingin menukar pakaian.

"Setakat mana kamu sudah mengenali Ace?" Tanya Nicco membahasakan diri Aidin sebagai Ace. Aidina dikerusi sebelah dikerlingnya dengan ekor mata. Dia hanya berpura-pura tanya kerana ingin menguji kejujuran wanita ini.

Wanita muda itu bergumam tidak jelas memainkan anak jari menghilang debaran yang mencanggung di hati. Ah... soalan ini mungkin biasa bagi pasangan lain tapi tidak dengannya. Bagaimana ingin tahu pasangan sendiri jika tidur saja berbeza ruang.

Berbalik kepada Nicco, ia hanya ketawa kecil dengan mata lurus kehadapan memandu kereta.

"Maaf.. jika Ace melayanimu dengan kasar. Mungkin suatu hari dia boleh bercerita tentang masa lalunya mengapa dia begitu," ujar Nicco tanpa melihat lawan bicara.

"Apa kau mencintainya?" Soal Nicco melihat Aidina lalu kembali menatap lurus ke jalanan.

Pertanyaan itu membuat Aidina menunduk kepala melihat jarinya bermain sesama sendiri. Mengapa soalan ini juga yang sering ditanyakan kepadanya. Hatinya patah mengenangkan soalan ini. Benar... manusia itu memang tidak peka.

"Saya mencintainya dan telah berusaha mengejarnya, tapi.. hasilnya hanya perjanjian yang memakan hati saya dapatkan," ujar wanita itu memaksa senyuman. Senyumannya benar-benar diselimuti dengan kepedihan.

Nicco hanya diam terbungkam. Hatinya mula diurungi rasa bersalah. Mulutnya benar-benar lancang dalam soal bertanya. Haduh... sudah. Hati wanita memang lembut dan mudah terasa. Jadi, fikirlah terdahulu sebelum bertanya.

"Maaf jika pertanyaan Zio membuat kamu sedih," lirih Nicco merasa bersalah. Aidina mengeleng kecil. "Kenapa minta maaf? Zio tidak bersalah," tutur Aidina berserta senyuman getir.

"Kamu begitu kuat Aidina.. buktinya sampai saat ini kamu masih bertahan. Kamu berhak bahagia. Fikirkan dirimu dahulu baru mencintai orang lain," balas Nicco menyemangati wanita muda disampingnya.

"Bagaimana mahu mencintai diri sendiri jika kebahagian kita dimiliki orang lain," monolog Aidina di dalam hati kecilnya. Terlalu mencintai dan berharap diakui namun dia lupa yang dia hanyalah sebatas pengganti. Cinta manusia memang tidak adil.

"Aidina," seru Nicco langsung disahut oleh Aidina. "Maaf tentang perjanjian itu," sambung Nicco lagi membuat Aidina mengukir senyuman kecil.

"Sudah banyak nasihat yang aku berikan kepadanya, namun hatinya begitu keras untuk menerima," adu lelaki berusia itu.

"Cinta itu tidak boleh dipaksa tapi harus terima dengan hati yang ikhlas. Terpulang kepadanya mahu mencintai atau membenci. Itu pilihannya," balas Aidina menatap lurus ke jalan.

"Boleh aku bertanya sesuatu padamu Zio? "Celah Aidina bertanya memandang Nicco sepenuhnya. Anggukan kecil diberi oleh lelaki berusia itu membuat senyuman Aidina mengembang.

"Apa Keara cinta pertama suamiku?" Nicco menatap Aidina disebelahnya tidak percaya. Apa wanita ini tidak peduli akan perasaannya sehingga menanyakan tentang wanita lain yang dicintai suami. Benar-benar wanita tabah.

"Jika kau ingin tahu, Keara dan Ace tiada hubungan darah daging. Sudah sejak kecil Keara tinggal dengan keluarga Ace. Ace menyayangi Keara lebih daripada seorang adik membuat hubungannya dengan Ice sejak itu rapuh."

"Heinzander, mertuamu tidak mengetahui cinta mereka dan menganggap Ace hanya menyayangi Keara sebatas adik. Namun ke?ana dendam menguasai, Ice memberitahu kebenaran membuat Heinzander menghukum Ace."

"Ice amat membenci Keara kerana wanita itu segala kesalahan yang Keara lakukan Ace dan Ice yang tanggung. Sejak dari hukuman itu, Ace berubah menjadi seorang yang tidak berperikemanusian. Namun, jauh dilubuk hatinya, masih tertanam rasa cinta terhadap Keara."

"Dan Keara juga diasingkan dengan Ace. Ace dihantar ke Itali meneruskan latihannya dalam dunia gelap. Dahulu, Keara masih kecil, masih bodoh dan masih mentah. Tidak tahu apa itu dunia gelap, pembunuhan dan pelacuran." Nicco memang sengaja mencerita separuh dari rahsia keluarga Heinzander kerana menurutnya Aidina berhak tahu. Lebih baik jujur daripada kecewa dengan kebohongan.

Jantung Aidina mula berpacu laju. Darahnya mula berdesir hebat naik ke kepala. Telinga berdesing kuat mendengar penyataan itu. Benar apa yang difikirnya sebelum ini. Perbualannya dengan Aidan mula melintas di kepala.

"Saya benci penjahat,"

"Walaupun itu suami sendiri? "

Ah... mengapa dirinya ini begitu bodoh. Begitu mempercayai yang setiap orang itu berbeza. Namun sekarang, dia tertampar dengan kenyataan. Harinya kini mula berat dengan berita ini.

Nicco mengerling sekilas Aidina disampingnya. Melihat wanita muda itu diam membuat dia melepas keluhan ringan. Sepatutnya ini tugas Ace untuk menceritakan perihal rahsia ini. Namun, mengharapkan lelaki itu akan dihalangi dengan tembok ego.

"Aidina...," seru Nicco halus membuat Aidina perlahan menoleh kearahnya dengan pandangan buram. Bibirnya melebar senyuman nipis kepada wanita muda itu memberi ketenangan.

"Bantu saya.. bantu Zio mengubah Ace. Sejak kecil dia kekurangan kasih sayang. Hanya kamu yang saya harapkan," rayu Nicco. Mungkin ini adalah rayuan yang bodoh Aidina. Mengharapkan dia meluluhkan Ace yang masih mencintai wanita lain.

Namun tidak dengan Nicco. Dia percaya bahawa Aidina adalah takdir manis yang Tuhan tetapkan untuk Ace. Aidina hanya diam membisu tidak mengiakan dan tidak menidakkan. Fikirannya mula dibelenggu dengan harapan Nicco.

"Saya akan bagi kamu masa," rintih lelaki tiga abad itu. Perjalanan mereka kini dikerumuni dengan keheningan. Perlukah kita menggadaikan hati sendiri untuk kewujudan harapan orang lain? Itu yang difikirkan Aidina.

+

Kereta Mercedes berkilau hitam itu terparkir di garaj kereta khas untuk kerabat direktur utama perusahaan Heinz's. Deringan telefon mengalihkan perhatian dua insan yang berlainan gender itu kearah benda pipih itu.

"Aidina masuklah dulu," arah Nicco melihat Aidina sekilas sambil menggeser ikon hijau. Aidina hanya menurut turun dari kereta memegang kemas bekalan untuk suaminya. Dia membawa langkah ayu masuk ke dalam kawasan perusahaan besar. Sesekali memberi senyuman kepada individu yang terserempak dengannya.

Reception counter ditujunya. Bibir ditarik melebar senyuman kecil dibalas dengan dua orang wanita di kaunter itu. "Puan.. ada apa yang boleh kami bantu?" Soal seorang wanita dalam lingkungan dua abad. Anak matanya naik turun memandang Aidina.

Aidina jelas-jelas buntu mahu menjawap apa. Tangannya mula sejuk melihat pandangan dua insan itu. Dia bergumam tidak jelas.

"Saya mahu jumpa Tengku Aidin," ujarnya menahan gugup. Dua wanita itu saling berpandangan dengan kerutan di dahi. Salah seorang dari wanita itu, iaitu berbangsa Cina ketawa kecil sambil mengusap leher mulusnya.

"Puan.. puan mungkin salah orang. Disini tiada orang yang bernama Tengku Aidin," jelas wanita berbangsa Cina itu dengan senyuman canggung.

"Hah?erm... tapi suami saya bos disini," ucap Aidina memintal hujung baju kurungnya. Debaran dada cuba ditahan. Wanita disisi wanita Cina itu menahan nafas. Aidina direnungnya tajam.

"Puan.. tolong faham sikit. Dekat sini tiada orang yang bernama Aidin. Baliklah puan.. sebelum saya panggil guard heret puan keluar," jelas wanita berbangsa melayu itu dengan sabar.

Aidina berbalik tubuh melihat Nicco diluar yang masih melekap dengan benda pipih persegi. Bibir dikemam memusing tubuh kembali kearah dua wanita itu. Anak matanya turun kebawah melihat bekal yang berada dalam genggamannya.

"Guard! Guard! Heret perempuan ni keluar!" Bahu Aidina terhinjut dengan jeritan nyaring itu. Begitu juga Nicco, segera memalingkan tubuh. Anak matanya memandang dua pegawai yang berlari ke arah Aidina.

Panggilan segera diletakkan sepihak lalu membawa langkah kearah Aidina. "Kenapa ini?" Soalnya memerhati setiap muka yang berada disana.

"Tuan Nicco," sambut keempat-empat pekerja itu dengan menunduk hormat kearahnya yang berada disamping Aidina.

"Tuan, puan itu mahu bertemu dengan Tengku Aidin tapi disini tiada pekerja yang bernama demikian. Katanya Tengku Aidin suaminya bos disini," jelas wanita Cina penuh hormat dengan pandangan menekur lantai.

"Betullah.. dia isteri Tuan Ace, jadi kalian perlu hormat dia," ungkap Nicco datar mengenggam tangan Aidina. "Teliti dahulu kebenaran sebelum membuat sesuatu keputusan," usai berkata begitu Nicco berbalik badan menarik tangan Aidina mengikutinya.

Pintu hitam yang tertampal jelas 'direktur utama' dirempuh masuk tanpa sebarang ketukan membuat insan di dalam ruang itu sudah tahu ketibaannya.

"Zio.." ujar lelaki itu dengan halus mengiringi nada seram dalam suaranya. Matanya masih lagi setia memandang sehelai kertas dengan jari melakar kecil di atas kertas itu.

Nicco tidak menyahut sebaliknya menarik Aidina duduk di sofa di bilik itu. Kaki panjang itu dibawa kembali mendekati meja duduk lelaki yang sibuk berkutik dengan benda pipih.

"Aku membawa isterimu. Dia membawa bekal untukmu yang pura-pura tidak peka akan perhatiannya. Hargailah... jangan keras kepala sebelum adanya sesalan," ujar Nicco lalu meninggalkan pasangan muda itu sendirian.

Pandangan Aidin penuh dengan kedinginan menatap isterinya. Sebaris demi sebaris nasihat Nicco menerpa fikirannya. Kepala didonggak menatap siling lalu keluhan dilepaskan.

"Kemarilah.." Aidina melihat suaminya yang masih mendonggak ke atas. Anak matanya dilarikan mengikut pandangan  suaminya. Perlahan matanya turun kembali membuat ia tenggelam dengan kilauan mata dingin itu.

"Sini.." bagaikan magnet, ia terus mendekati suaminya. "Duduk," langsung punggung dilabuhkan mendengar arahan itu. "Suap aku.." terkedip-kedip Aidina menatap suaminya.

"Suap aku Dina..," ulangnya lagi langsung Aidina turuti dalam keadaan tidak percaya. Apa suaminya ini sakit atau saraf otaknya terputus? Dia benar-benar bingung.

Tergetar-getar tangan mahu menyuapi lelaki sedingin ais batu itu. Aidin yang melihat itu langsung memegang tangan halus isterinya. Dbawa mendekat ke mulutnya lalu dikunyah mi goreng itu dengan mata setia menatap isterinya.

"Sudah makan?" Soalnya. Aidina hanya menggelengkan kepala. Benar... tadi dia belum sempat menjamah makanan kerana sibuk dengan pekerjaannya sebagai suri rumah abadi.

Tanpa dipinta, Aidin menyua makanan di hadapannya membuat ia terkedip-kedip memandang wajah datar itu.

Satu saat, kedip.

Dua saat, kedip.

Tiga saat, kedip.

"Buka mulut kau Aidina..," ucap Aidin separuh sabar. Dengan gerakan kaku, Aidina membuka mulutnya membenarkan suaminya menyuapi mi goreng buatannya sendiri.

"Mahu lagi?" Soal Aidin sambil memutarkan garfu menggulung mi di dalam bekas. Aidina hanya melihat perlakuan suaminya tanpa sebarang bunyi membuat Aidin memangku kepala kearahnya. Kilauan mata Aidina beradu dengan sinaran mata milik suaminya.

Masing-masing diam menyelami anak mata pasangan mereka. Mencari sesuatu yang tersembunyi dalam sinaran sepasang netra itu. Bagaikan tersedar dari lamunan Aidina berdehem ringkas menyentakkan Aidin dari khayalan.

Tanpa aba-aba, Aidina mengambil garfu di tangan suaminya lalu menyua ke arah Aidin membuat lelaki itu mengangkat sebelah sudut kening tebalnya.

"Aaaa.." perlakuan Aidina persis seperti seorang ibu memujuk anaknya membuat Aidin gemas sendiri. Hatinya menyembunyikan senyuman. Mulut dibuka menerima suapan itu. Aidina tersenyum nipis memandang suaminya.

Apa ini benar-benar jatuh cinta?

Hati Aidin kini disuluti dengan kehangatan. Kehangatan yang sudah lama dia tidak rasai kini telah kembali dengan cara yang sederhana. Kehangatan yang dibawa oleh isteri kecilnya.

Apa dirinya terlalu kejam menolak cinta wanita sederhana ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience