KASTA

Action Series 2668

Kini Aidina berada di dalam kereta mewah milik Aidin yang dipandu oleh Alex, iaitu orang kanan dan merupakan orang kepercayaan Aidin. Kesunyian yang melanda di dalam kereta itu membuat Aidina menghela nafas lembut. Hanya bunyi deruman enjin kereta yang menyampai gegendang telinga insan yang berada di dalam kereta itu

Aidina memandang ke samping melihat suaminya sedang sibuk dengan kertas dan laptop. Dia yang melihat pun merasa pening, sekejap dengan pen dan kertas, sekejap dengan laptop. Penting sangat pekerjaan suaminya ini sampai langsung tidak melihat dia yang kebosanan ini.

Aidin yang merasa dirinya diperhatikan menoleh ke sisi. Aidina yang terkejut langsung melarikan mata ke sembarangan arah. Kantoi! Usha suami sendiri. Eh! Tapi apa salahnya kan.

Aidin hanya menghiraukan dan menyambung semula mencatat sesuatu di kertas kerjanya. Laju jari menari di atas papan kekunci

Disebabkan kepuasan yang melanda, Aidina melihat jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin berlian. Cincin diputar kekiri kekanan lalu diperhati pula jari manis suaminya dari ekor mata. Kosong. Aidina tersenyum hambar.

"Dia tidak terima ke aku dalam kehidupannya. Dina kau kena sedar kau hanyalah sebatas isteri pengganti." Keluhan dilepaskan.

Namun itu semua tidak betul sama sekali. Aidin membiarkan jari manisnya kosong kerana jawatannya sebagai CEO bagi Heinz's Company menjadi penyebab.

Oleh kerana jawatan yang dipegang membuat dirinya sering kali berkejaran dengan pihak-pihak media yang ingin tahu perihal kehidupannya. Tetapi, kebijakannya menyembunyikan identiti yang sebenar membuat dunia tidak mengetahui sisi gelapnya.

"Alex, I have meeting in five minutes." Ujar Aidin memecahkan kesunyian. Alex yang faham dengan arahan tuan mudanya langsung melajukan kereta membelah jalan.

Kelajuan kereta yang dipandu oleh Alex membuat Aidina memejamkan mata rapat. Dia takut. Takut kejadian tiga tahun berulang lagi. Peristiwa kematian ibunya berulang kembali di ingatan.Tangan digenggam erat sampai keputihan warna kuku.

Aidin memandang sekilas wajah ketakutan isterinya. Senyuman sinis menghiasi wajah jejaka itu.

"Ini tidak seberapa.. ada banyak lagi benda yang akan kau lalui." Monolog Aidin dalam hati.

Lutut saling dirapatkan. Bibir bawah digigit menahan suara ketakutan terluah dihadapan suaminya.

Aidin berdecit geram lalu mendekati isterinya. Aidina membuka mata perlahan apabila merasa seseorang menghimpitnya. Jantungnya berdegup laju melihat Aidin diatasnya.

"For your safety.." Ujar Aidin. Mata diputar ke atas apabila melihat Aidina terpana dengan aksinya. Tangan terangkat lalu dijentik dahi licin wanita dihadapannya itu.

Seperti tersedar dari mimpi, Aidina terus menundukkan pandangan dari terus melihat muka datar suaminya. Pipinya mula berona merah kerana malu.

Aidin membetulkan duduknya di kerusi. Alex dihadapan dipandang tajam seperti terselit amaran. Senyuman Alex mati melihat pandangan itu. Bukan dia tidak perasan sejak tadi Alex mencuri pandang lihat pada mereka.

"Bangunlah Dina, jangan terus tertidur dengan aksi manis dia. Sedar diri kau hanya digunakan." Guman Adina didalam hati. Menyedarkan diri bahawa perlakuan lelaki itu tadi sekadar untuk keselamatannya.  

"Kiut....ktiuk..." Cacing di dalam perut Aidina berdemo meminta isi. Aidina mengemam bibir. Lapar, pagi tadi tidak sempat dia bersarapan kerana sibuk dengan urusan perkahwinan mendadak ini.

"Ambik." Roti dihulur tanpa melihat kepada lawan bicara. Aidina ragu-ragu ingin menerima huluran itu. Dia bagi pada aku ke? Monolog Aidina dalam hati kecilnya.

Hati malu namun perut yang meminta isi, disambar juga makanan di depan mata. Arh! Peduli apa aku. Janji aku makan. Lapar!

Perempuan dengan makanan tidak boleh dipisahkan.

Roti dikunyah perlahan. Depan laki kenalah sopan. Adab mana adab?

Lelaki disebelahnya dijeling dengan ekor mata. Kunyahan berhenti bila rasa diri diperhatikan oleh lelaki ini.

"Nak ke?" Roti yang telah digigitnya disua kepada suami. Aidin memandang lama roti yang dihulur kepadanya. Tempat yang telah digigit Aidina menjadi sasarannya.

Terkedu Aidina. Dia tak geli ke makan bekas aku?

"Kau makan lah. Buat alas perut." Roti yang disua kepadanya ditolak perlahan dengan tangan. Pandangan diluruskan ke depan.

Aidina memandang bekas gigitan Aidin lalu digigit bekas itu. Sayang kalau buang.

Deheman Aidin menarik perhatian Aidina.

"Kau dah lama kenal dengan Aidan?" Soalnya tanpa melihat kepada Aidina. Sejak dari mula Aidina menyebut nama adiknya membuat dia ingin tahu.

Aidina diam seketika menghabiskan kunyahan roti di dalam mulut. Orang tua kata, kalau mulut penuh jangan bercakap.

"Dalam dua bulan lebih." Jawab Aidina setelah menelan kunyahan roti di dalam mulut.

Aidin angguk sekali.

"Kenapa?" Soal Aidina balik. Ingin juga dia tahu apa hubungan lelaki ini dengan Aidan. Muka sama mesti kembar seiras. Kalau kembar maknanya....

"Apa hubungan kau dengan adik aku?" Membulat mata Aidina mendengar perkataan akhir dalam soalan itu. Wait...what!? Kembar biar betik. Kalau begitu... maksudnya lelaki ini dengan Aidan sama-sama....

Eh, tak mungkin lah begitu. Mungkin lelaki ini lain tidak sama sekali dengan perangai Aidan yang suka memaksa dan mem..

"Aku tanya ni." Aidina tersentak. Pipi digaru. Otak diasah mencari jawapan. Tak kan dia mahu jujur pula tentang hubungannya dengan adik lelaki ini.

'Saya girlfriend dia yang dipaksa.'
 
Cari mampus aku!

"Kita orang kawan sahaja."

Aidin angguk faham. Aidina menghela nafas lega. Huh... dia percaya. 

Perbualan mereka berhenti setakat itu sahaja. Masing-masing diam mengunci mulut. Hanya deruman enjin kereta yang masuk  gegendang telinga.

Ketibaan sebuah kereta disambut ramai oleh pegawai yang menjaga bangunan gah tersebut. Semua pekerja yang mencuri tulang laju menghampiri tugas mereka apabila melihat kereta hitam mewah memarkir di tempat yang disedia khas untuk boss mereka.

Alex turun dari kereta. Pintu sebelah tuannya dibuka. Aidin keluar dari perut kereta dengan gaya angkuhnya.

"Tuan nak saya hantar sampai ke dalamkah?"

Gelengan diberi. Blazer hitam yang tersarung ditubuh diketatkan.

"Hantar dia terus balik mansion aku. Jangan bagi dia keluar tanpa keizinan aku." Arahnya. Pandangan dihala ke sekeliling. Takut jika pihak media mengerumuni mereka.

"Baik tuan muda." Alex mengangguk kecil.

"One more thing, cari apa hubungan dia dengan Aidan." Seraya berkata begitu, kaki terus melangkah memasuki bangunan yang besar lagikan mewah itu.

Alex menghantar figura tuan mudanya sampai hilang dipandangan mata. Mata dilebar ke sekitar bangunan. Mencari jika ada musuh yang sembunyi di sebalik dinding bangunan itu. Bila memastikan keadaan selamat, terus tubuh masuk ke dalam perut kereta lalu menyambung perjalanan.

" Erm... nama apa?" Aidina memecah kesunyian di dalam kereta. Alex yang terasa seperti dirinya dipersoal memandang cermin pantulan belakang.

"Alex." Jawabnya sepatah. Kembali fokus pada pemanduan.

"Erm.. boleh tanya sikit tak?" Jari dimainkan menghilangkan kegugupan. Bibir dikemam.

"Dipersilakan.."

"Aidin kerja dekat Heinz's Company ke?" Soalnya ragu-ragu. Tidak biasa berdua dengan lelaki tambahan pula takut dengan sikap cuek lelaki ini.

"Yap, as a CEO." Ujar Alex senada.

Aidina melotot tidak percaya apa yang didengar. Tergamam seketika. Adakah sebab ini papa dan mama takut untuk membantah fasal perkahwinan ini. Takut akan kuasa seorang CEO.

Tidak mustahil. Orang yang berduit akan selalu dipandang tinggi.

Perbezaan kasta yang tinggi. Kehidupan Aidina hanyalah kesederhanaan berbanding hidup suaminya yang penuh kesenangan. Rasa bersyukur tertanam di hati kerana mendapat seorang lelaki kaya dalam hidupnya.

Namun dia lupa bahawa duit tidak dapat membawa kebahagian. Duit hanya membuat manusia menjadi hamba kepadanya. Aidina beristighfar di dalam hati kecilnya.

Semoga suaminya dijauhkan dengan perkara dunia. Tidak terlalu mengejar dalam urusan dunia kerana dunia hanyalah sementara. Dunia ini tempat ujian kepada manusia. Kesenangan yang diberi oleh Allah hanyalah pinjaman.

Dia berdiam diri beberapa minit.

"Alex, boleh saya tahu kehidupan sebenar suami saya?" Tanyanya dengan penuh berharap. Sudah sehari suntuk otaknya memeras tentang kehidupan seorang manusia yang bernama Tengku Aidin Bin Heinzander.

"Saya hanya menjaga dan menjadi orang kepercayaan beliau. Tidak lebih untuk saya mengenalinya dengan jauh. Dan itu juga bukan urusan saya untuk masuk campur dalam setiap urusan beliau." Ujar Alex dengan fokus pada pemanduan.

Aidina mengeluh. Bahunya jatuh mendengar jawapan yang seperti tidak diharap.

"Susah sangat ke aku nak tahu fasal lelaki tu..? " Monolognya di dalam hati.

"Kenapa gelarkan dia Devil?" Aidina tidak berputus asa. Terus ditanya soalan yang sentiasa melekat di fikirannya. Perasaan inkuari tentang seorang lelaki yang menghantui fikirannya.

Alex diam. Bibir diketap. Encik akal memeras otak.

"Fikir Alex fikir! Think a simple reason."  Desak Alex pada dirinya.

Otaknya mula berserabut dengan berbagai-bagai buah jawapan. Tersilap jawap, kang naya.

"Puan, kita dah sampai.."

Voment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience