"Ma.. macam mana ni? Aqish tak nak kahwin dengan laki tu." Kehulur kehilir kaki bergerak di hadapan Zurina yang duduk di sisi katil. Sekarang mereka berada di dalam bilik Balqis. Entah apa yang mahu dibincang pada pagi-pagi buta ini.
"Kamu boleh duduk diam tak? Pening kepala mama tengok kehulur kehilir kamu berjalan. Orang suruh fikir bukan suruh berjalan. Kaki je bergerak otak tak bergerak langsung. Huh!" Zurina mendengus geram. Otak sedang diasah memikirkan cara untuk membatalkan majlis perkahwinan anaknya esok.
Balqis menarik kerusi lalu duduk dihadapan mamanya dengan sebelah kaki diangkat di atas kerusi dan sebelah lagi mencecah lantai. Sudah lama dua beranak itu berdiam diri sehingga bunyi jentikan tangan dari Balqis membuat Zurina memandang anaknya.
"Aqish idea ma." Sorak Balqis gembira dan hanya didengari oleh mamanya sahaja. Zurina hanya memandang selamba muka ceria dia wajah anaknya. "Kalau kamu cakap nak bunuh mafia tu, baik kamu dia sebelum aku lempang muka kamu." Zurina berkata. Sejak dari tadi, hanya idea yang tidak masuk akal yang keluar dari mulut Balqis. Sampai dia pun pening memikirkan macam mana otak anak nya ini lembab sangat.
Lagi satu, idea nak bunuh mafia itu ingat senang macam nak sembelih ayam. Hanya baca basmalah, selawat atas nabi terus sembelih, macam itu. Kena selitkan dekat otak, itu mafia. Mafia nak oiiii mafia! Beratur-atur bodyguard menjaga.
"Halah, mama dengar la dulu. Aqish yakin mama setuju punya." Ujar Balqis terlampau gembira. Dia yakin dengan cadangannya ini mama dia akan setuju.
"Erm, apa dia?" Zurina melayan sahaja. Mana tahu ada juga terselit rancangan jahat dalam kepala anak nya ini.
"Dekat la sikit." Zurina menghela nafas nipis dan mendekatkan wajah kepada anaknya. Bisikan halus kedengaran di telinga Zurina. Senyuman menghiasi bibir tatkala mendengar rancangan halus yang dinyatakan oleh anak perempuannya ini.
Balqis mengangkat kedua kening berkali-kali. Senyuman jahat menghiasi bibir. Dagu didonggak ke atas menandakan tanda sebagai...
Amacam!?
"Wah! Bijak juga anak mama ini." Tepukan tanda bangga dilempar kepada Balqis. Bertuah aku ada anak macam ini. Sejuk rahim mengandung sembilan bulan sepuluh hari.
Betul lah apa yang dikatakan orang, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dan hasil sekarang, pemikiran jahat dari si ibu jatuh kepada anak sendiri. Emak borek, anak rintik.
Balqis meletakkan jari telunjuk di atas bibir dengan isyarat diam kerana tepukan dari mamanya membuat bunyi kuat terhasil. Zurina terus terdiam buat melihat isyarat itu. "Ops!" Mulut dikemam. Tetapi hanya buat sementara bunyi kekekan halus kedengaran dalam bilik itu.
Dua beranak itu mengekek geli hati. "Ma, tidur dulu la. Esok nak bangun awal-awal. Kang terlewat tak jadi pula rancangan Aqish ini." Balqis bersuara apabila geli hatinya reda. Zurina mengangguk membenarkan percakapan anaknya.
Ada betul apa yang dikatakan oleh anaknya tadi. Esok kena bangun awal dalam sebelum subuh begitu lah. "Mama tidur sebelah Aqish. Mama nak peluk Aqish sebab mama bangga ada anak macam Aqish" Ujar Zurina.
"Eah, tak boleh. Nanti orang tu perasan pula. Mama pergi la tidur dalam bilik mama tu." Balqis menghalang sebaik melihat mengambil bantal untuk tidur di sebelahnya.
Terus perbuatan Zurina berhenti sebaik mendengar anaknya bersuara. Ada betul juga apa yang dikatakan tadi. Kalau dia tidur sebilik dengan anaknya, pasti suaminya akan bertanya esok. Baik dihalang sebelum berlaku. Bantal diletakan kembali di dalam almari. Balqis menghantar pemergian mamanya dengan anak mata. Sebaik pintu tertutup, nafas lega dilepaskan. Boleh dia hidup dengan aman selepas ini tanpa memikirkan kehidupannya dalam alam perkahwinan dengan mafia.
Pintu bilik tidur bersama suami dibuka dengan perlahan bagi tidak menghasilkan sebarang bunyi yang menganggu lena suami. Diangkat kaki menuju ke arah katil dan dilabuhkan punggung di sebelah suaminya. Dipandang muka bersih si suami yang lena.
"Saya minta maaf abang. Saya buat hanya untuk kebaikan anak saya. Aqish satu-satunya anak yang saya ada. Saya tidak mahu anak saya terseksa dalam kehidupan mafia. Saya tidak mahu hidup anak saya diburu oleh musuh walaupun tugasnya hanya menjadi isteri kepada mafia itu. Dan jika pun, dia rela berkahwin dengan mafia itu saya tidak pasti hidupnya akan gembira atau tidak." Zurina berkata dengan perlahan. Tidak mahu suami mendengar isi luahan darinya. Biar lah hanya dia yang tahu dan tidak mahu rancangan bersama anaknya punah tanpa permulaan.
Dipandang jam randik yang berada di atas meja di sisi katil yang menunjukkan pukul satu lima puluh minit. Masih sempat untuk dia kemaskan keperluan anak perempuan esok. Punggung diangkat untuk menuju ke bilik anak tirinya pula.
Pintu bilik anak tirinya dikuak dengan perlahan tidak mahu menimbulkan bunyi. Zurina hanya berdiri di muka pintu dan melihat muka suci Aidina yang sedang tidur dengan pandangan kebencian. Dipandang muka lena Aidina dengan puas, kerana mungkin esok hari kelibat Aidina tidak akan menampakan diri dalam rumah ini lagi. Mungkin tapi dia pasti kemungkinan itu akan terjadi esok hari.
"Abang!" Panggil Zurina dengan kuat. Malik yang sedang memakai baju di dalam bilik berlari mendekati isteri keduanya. "Kamu ini dah kenapa terjerit-jerit!?" Dipandang muka Zurina yang kelihatan cemas. Dah cemas kenapa? Anak nak kahwin je pun.
"Mama.. papa, kenapa ini?" Aidina bersuara sebaik mendekati kedua ibu bapanya. Dia baru sahaja selesai menghidangkan sarapan untuk keluarganya sebelum mereka bertolak untuk pergi ke suatu tempat itu. Dan ya! Hari ini dia cuti atas permintaan papanya. Sempat juga kena bebel dengan Puan Roslina semalam.
"Aqish. Aqish lari! Dia takde dalam bilik." Mata Malik meluas sebaik mendengar pernyataan dari isterinya itu. Pintu bilik Balqis dibuka secara kasar. Keseluruhan almari di dalam bilik itu diperiksa. Betul apa yang dikatakan oleh isterinya tadi. Balqis lari!
"Macam mana ini abang? Apa kita nak buat? Habislah!" Zurina berlakon pura-pura cemas. Walhal dia sudah tahu perkara sebenar.
"Macam mana lagi, telefon la dia!" Marah Malik. Perasaan takut menyelubungi diri apabila dia teringat pada mafia Itali itu. Kalau perkara ini diketahui oleh Mafia itu boleh dipancung semua kepala yang ada dalam rumah ini.
"Saya dah telefon banyak kali dah. Tapi dia tak angkat." Jawab Zurina. Aidina memerhati papa dan mamanya yang kelihatan cemas dan takut secara bersilih ganti. Dia keliru apa yang dah jadi sebenarnya. Kenapa papa dan mamanya kelihatan sangat takut? Mungkin dengan kelarian Balqis dari rumah itu mencemaskan perasaan orang tuanya ini.
Nafas Malik seperti tersekat. Nafas ditarik dan dihembus secara berulang kali untuk menenangkan perasaan. Relaks Malik. Relaks! Jangan cemas sangat, kau tu dah ada rekod penyakit jantung. Bisik hati Malik kepada diri sendiri.
"Sekarang macam mana? Tak kan kita nak bagitahu dekat Devil yang pengantinnya lari." Malik berujar. Nafas dihela perlahan. Haih! Budak bertuah itu, selalu sahaja buat masalah sampai aku pun pening.
Aidina mengerut dahi mendengar perkataan pengantin yang terselit dalam bicara dari papanya. Pengantin? Aqish ke pengantin itu. Dia berfikir dan timbul satu pemikiran dalam benaknya. Jadi Kak Aqish itu pengantin perempuan dan Kak Aqish lari sebab tak nak kahwin. Mungkin betul apa yang dia fikirkan.
"Tak tahu la abang. Saya pun pening nak fikir." Zurina berkata. Tangan mengurut dahi yang terasa pening. Pening yang hanya dibuat-buat. Zurina diam-diam melihat Aidina yang diam berdiri. Aku nak mula dari mana dulu ye? Detus Zurina bertanya kepada diri sendiri.
"Dina!" Aidina melihat mamanya apabila namanya dipanggil. Malik juga turut memandang isterinya. Dah kenapa dengan nama anak aku turut naik ini?
"Dina boleh kan ganti tempat kakak Aqish." Zurina memegang kedua belah bahu Aidina. Lebih tepat lagi mencengkam. Muka Aidina berkerut menahan sakit.
"Kamu gila ke Rina? Dina tak tahu apa-apa pasal ini." Malik membantah keras candangan Zurina.
"Abang hanya ini je caranya. Abang nak ke dia musnahkan hidup kita secara perlahan. Seksa abang secara perlahan. Mungkin dengan cara ini, hidup kita akan terlepas." Zurina tetap melawan. Tangan masih lagi mencengkam bahu Aidina.
"Dengan gadaikan hidup Aidina?" Sinis Malik menyoal. Dia tidak setuju langsung dengan cara Zurina melainkan tuan empunya badan yang menerima.
"Kamu boleh kan Dina. Mama percayakan kepada kamu. Mama kenal kamu, kamu tak mahu kan hidup keluarga kamu musnah?" Zurina langsung tidak menghirau soalan Malik. Zurina memandang anak mata Aidina meminta simpati. Berharap Aidina setuju.
Aidina memandang papanya begitu juga Malik yang turut memandang anaknya. Aidina mengangguk perlahan sebelum menunduk lemah. Sakit bahu yang mencengkam ditahan. Yang penting sekarang dia sudah korbankan hidupnya untuk keselamatan keluarga sendiri.
Zurina menghela nafas lega sebaik melihat anggukan setuju dari Aidina. Sekurang-kurangnya rancangan bersama anaknya membuahkan hasil.
Pohon ampun
Share this novel