PERTEMUAN

Action Series 2668

Ditilik pakaian serba putih yang tersarung di badan di hadapan cermin. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Tenangkan diri mu wahai Aidina.  Mungkin ini takdirmu mengganti kakak sebagai pengantin perempuan. Semoga juga bakal pengantin lelaki rela menerimanya dengan hati yang terbuka.

Nafas ditarik dan dihembus sekali lagi. Betul ke apa yang aku buat ini? Soalan terlintas di fikiran. Iya. Aku buat ini dengan betul. Kau kena yakin dengan keputusan kau Aidina. Jangan sesekali ubah keputusan engkau kerana masa telah terlambat. Tiada masa untuk kau berdalih tidak setuju sekarang ini. Kehidupan keluarga engkau berada dalam tangan kau.

Sama ada keluarga engkau bahagia atau menderita. Aidina memberi semangat kepada diri sendiri. Sungguh, jika ini adalah ujian dia akan menjalani dengan hati yang reda. Kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya sendiri.

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Selafaz ayat Al-quran diselit dihati.

TOK TOK TOK!

"Dina.. belum siap lagi ke? Pengantin lelaki dah sampai dekat masjid."  Malik bersuara. Pintu bilik diketuk terlebih dahulu untuk menghormati privasi anak perempuannya. Setiap anak, sama ada lelaki atau perempuan memerlukan privasi mereka yang tidak boleh diketahui oleh ibu bapa. Jadi, dengan itu setiap ibu bapa perlulah jaga dan hormati privasi anak-anak mereka.

"Iye. Kejap Dina nak pinkan tudung kejap." Jarum halus yang berada di atas meja diambil lalu dipinkan dekat tudung supaya nampak kemas. Nafas dihembus sebelum kaki diangkat keluar dari bilik tidur.

Tombol pintu dibuka dan sebaik sahaja dia keluar dari bilik, kelihatan papanya sedang tersenyum manis melihatnya. Aidina turut membalas dengan senyuman nipis. Malik terpenggun melihat kecantikan anaknya yang seperti isteri pertamanya.

"Mayang, kalau lah engkau masih berada di sini pasti engkau akan bangga dengan anak kita." Gumam Malik di dalam hati. Keserlahan kecantikan Aidina amat sesuai dengan baju pengantin yang diberi oleh Mafia Itali dan mampu membuat dia teringat akan ibu Aidina.

"Pa.. jom. Kata dah lewat." Tutur Aidina. Awangan Malik terhapus mengenangkan isterinya apabila mendengar suara dari anaknya. Malik tersenyum nipis seraya mengusap kepala anaknya yang dilapisi tudung.

"Kamu anak yang baik, dan cuba lah jadi isteri dan ibu yang baik buat suami dan anak-anak kamu nanti." Ujar Malik. Aidina tersenyum suka kerana dapat diusap oleh papanya. Sudah lama dia tidak  merasa sentuhan seorang ayah sejak kematian ibunya.

"Insyaallah. Papa doa-doakan lah semoga urusan Dina selepas ini dipermudahkan oleh Allah." Aidina tersenyum nipis sambil mengusap belakang tangan papanya yang sedang mengusap kepalanya.

"Abang cepatlah. Belum siap lagi ke si Dina tu?" Sahut Zurina yang  berada di ruang tamu memanggil suaminya. Sejak Aidina setuju jadi bakal pengantin pengganti anaknya terus dibagi gaun pengantin yang diberi oleh Mafia Itali itu kepada Aidina.

Segala barang perhiasan untuk Aidina tidak dipeduli olehnya. Padanya, Aidina sudah besar, pandai-pandai la nak hias macam mana. Asalkan nampak cantik. Sejujurnya, Aidina terasa dengan kata-kata itu kerana dia rindu akan sentuhan seorang ibu buat kali terakhir sebelum dia bakal sepenuhnya menjadi seorang isteri.

"Jom. Mama kamu dah memanggil tu." Malik menggenggam  erat tangan Aidina sampai di ruang tamu dan Aidina hanya menurut langkah papanya. Aidina merasakan genggaman papanya sangat erat seperti tidak mahu lepas. Mungkin ini kali terakhir dia berjumpa dengan papanya. Astaghfirullah. Minta jauh!

"Cepatlah, kang nanti lambat sampai tak pasal-pasal kena pancung kepala dengan Devil." Ujar Zurina sebaik melihat kelibat suami dan anak tirinya melangkah masuk ke ruang tamu. Malik mencerlung tajam ke arah isteri yang selamba menonton televisyen di ruang itu. Cakap tu baik-baik la sikit, depan anak ni!

Aidina mengerut dahi mendengar percakapan mamanya. Devil itu siapa? Bakal suami dia bernama devil kah? Apa pekerjaan yang bakal suami dia buat sampai kena pancung kepala? Jahat kah suami dia itu? Astaghfirullah, tak baik Aidina ragu-ragu dekat suami sendiri.

Soalan demi soalan berlegar di dalam kepala Aidina. Untuk mengelakkan dia daripada berfikiran tidak matang, lebih baik dia bertanya kepada papanya nanti. Mungkin papanya tahu sedikit tentang kehidupan bakal suaminya.

"Hah, kamu ni Dina kalau dah sampai kat masjid nanti jangan jadi lembab pula. Orang suruh masuk baru terhegeh-hegeh nak masuk. Sampai je terus masuk." Malik mengeleng kepala mendengar suara keras Zurina. Tadi siap pinta simpati dekat anak aku supaya ganti Balqis. Sekarang marah-marah anak aku pula, tidak tahu berterima kasih langsung.

Apa lah yang Balqis ada siap Zurina sanjung sampai membela si Balqis itu. Hanya masalah yang dibuatnya sampai ibu dengan ayah pun terlibat. Hadui, menyusahkan main dengan anak beranak yang terlampau kasih sayang ini. Nak sayang anak itu boleh, cuma berpada-pada lah. Ini sampai anak lari rumah pun hanya dibiarkan sahaja.

"Tak payah terpekik terlolong kat sini lah. Dah tahu lambat kan pergi la masuk kereta." Arah Malik malas cari pasal dengan Zurina. Ini kalau dibiarkan, berbakul-bakul lah cacian yang keluar dari mulut Zurina. Memang dasar mulut tempayan.

Zurina mendengus mendengar belaan Malik terhadap Aidina. Kaki sengaja dihempas tanda protes.

Malik memandang Aidina yang menundukkan kepala di belakangnya. Memang sejak tadi dia perasan Aidina menyorok perlahan di belakangnya. Takut sangat budak ini dengan Zurina. Sampai semua arahan Zurina dipatuh olehnya.

"Tak payah ambik hati sangat apa yang mama kamu cakap itu. Bukan semuanya betul." Malik cuba mengambil hati. Aidina melemparkan senyuman kepada papanya. Lebih kepada senyuman kelat.

Malik menggenggam tangan Aidina keluar dari rumah tersebut. Aidina turut membalas genggaman dan mengikuti langkah papanya. Basmalah dibaca sebelum melangkah keluar dari pintu rumah tersebut. Semoga ini adalah keputusan yang terbaik untuk Aidina.

Malik membuka pintu kereta belakang untuk anaknya. Kain labuh dari gaun pengantin Aidina diangkat supaya tidak kotor dan memudahkan Aidina untuk masuk ke dalam kereta. Aidina tersenyum nipis melihat perilakuan papanya. Gentleman sungguh bapak pun.

"Terima kasih.." Ucapan terima kasih diberi oleh Aidina kepada papanya dan dibalas dengan anggukan kecil.

Zurina yang berada di kerusi penumpang hadapan bermasam muka melihat aksi anak beranak itu. Heleh! Dengan aku takde buat macam itu pula. Detus hati Zurina tidak puas hati.

Sepanjang perjalanan itu hanya kesunyian yang melanda mereka bertiga. Tiada apa yang hendak dibualkan. Aidina memandang ke luar cendela melihat jalan raya pada pagi itu masih sunyi dengan bilangan kenderaan yang boleh dihitung dengan jari. Cuaca pada pagi itu sungguh nyaman senyaman hati Aidina buat masa ini.

Aidina melihat papanya yang sedang memandu untuk bertanya soalan yang terlintas di fikirannya pada pagi tadi. Lebih baik bertanya sekarang jika masih sempat.

"Pa... siapa Devil?" Tanya Aidina ringkas. Niat dia hanya ingin tahu siapa Devil itu sahaja. Malik terkedu mendengar soalan dari anaknya. Malik dan Zurina sama-sama bertentangan mata sebelum Malik berdehem menghilangkan rasa kaku antara mereka.

"Kenapa kamu tanya?" Malik membalas pula dengan soalan. Masih memikirkan jawapan yang benar bagi soalan Aidina. Kang tersilap jawab, naya!

Aidina mengerutkan dahi. Apa papa ini orang tanya dia, dia tanya orang balik. Salah kah kalau dia ingin tahu kehidupan Devil. Dia tidak kenal jadi dia tanya. Kalau tidak bertanya nanti sesat jalan kan?

"Dina nak tahu saja.." Betul lah apa yang dia katakan itu. Niatnya hanya untuk kenal sahaja tidak lebih. Tetapi apa yang sulit sangat papanya mahu beritahu. Misteri sangat ke kehidupan Devil sampai tidak ada yang berani yang beritahu.

Ada juga dia cari tentang kehidupan Devil di dalam laman internet, tetapi yang keluar hanyalah keperibadian keluarganya yang menetap di Itali. Ibu Devil berasal dari Malaysia dan berkahwin dengan orang Itali dan entah siapa suami ibu Devil itu. Sungguh sulit untuk ketahui kehidupan Devil secara detail.

"Tak payah nak tahu sangat pasal kehidupan orang. Pedulikan kehidupan kita dulu." Ujar Zurina dalam nada tegas. Malik mengeluh mendengar ujaran Zurina itu. Mungkin belum tiba masanya lagi Aidina mengetahui kehidupan Devil.

Aidina menunduk mendengar nada bicara mamanya. Tidak mampu dia melawan kalau suara Zurina sudah berbunyi. Haih! Susah sangat ke nak tahu pasal Devil ini. Nama bakal suami dia sendiri pun dia tidak tahu. Ini pula kehidupan Devil, nama setan ke?

Sekarang hanya bunyi deruman kereta kedengaran. Kalau Zurina sudah bersuara, memang tiada siapa akan masuk campur.

?Typo merata-rata????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience