Sampai sahaja di perkarangan masjid, dapat Aidina lihat sebuah kereta mewah terparkir elok di hadapan masjid itu. Kereta yang dipandu oleh Malik diparkir bersebelahan tidak jauh dari kereta itu. Handbreak diangkat oleh Malik namun enjin tetap dihidupkan lalu dia menoleh melihat Aidina yang berada di kerusi penumpang belakang.
"Aidina kamu duduk dulu dalam kereta, papa ada hal sikit nak cakap dengan bakal suami kamu." Arah Malik lalu dia berpaling pula ke arah Zurina.
"Sayang, temankan Dina. Nanti kalau ada apa-apa abang bagitahu." Pesan Malik kepada Zurina dan dibalas dengan anggukan kecil dari Zurina.
Malik keluar dari kereta dan dihantar oleh dua pasang anak mata. Aidina melihat papanya sedang bercakap dengan seorang lelaki sebelum masuk ke dalam sebuah kereta mewah yang dilihat tadi.
Aidina mendekatkan muka dengan cermin kereta kerana mahu melihat apa yang dilakukan oleh papanya di dalam kereta tersebut. Namun hampa sikit pun dia tidak nampak apa-apa akibat cermin gelap kereta itu.
Tetapi tanpa Aidina perasan seorang lelaki yang berada di dalam kereta mewah itu sedang merenung ke arahnya.
"Who's that girl?" Tanya Aidin berpaling ke arah Malik. Malik melihat ke belakang Aidin dan dapat dia lihat anaknya sedang menyandarkan kepala di cermin kereta.
Malik menelan air liur sebelum menjawab. "My daughter and.." Malik mengantungkan ayatnya untuk melihat ekspresi Aidin sebelum dia melanjutkan tuturannya.
"Your wife to be.. " Sambung Malik lalu menundukan pandangan tidak mampu melihat wajah bengis Devil gelaran bagi Aidin dalam dunia mafia.
"What did you say.., Huh?" Tanya Aidin yang masih mengawal ekspresinya.
"I'm sorry Devil but please accept her as your wife." Ujar Malik memohon. Aidin memandang Malik yang menunduk dengan pandangan tajam.
"Why I must accept her as my wife and where is your step daughter?" Soal Aidin dengan nada yang dikawal. Malik mendongakkan kepala kerana dia baru teringat prinsip Devil.
'Look at me when you are talking'
"Aqish. My step daughter name is Aqis-" Ujar Malik memperkenalkan nama Balqis tetapi dipotong oleh suara keras Devil.
"I don't fucking care about her name. Just answer my damn question!" Malik mengundurkan sedikit kedudukannya.
"Aqish, she run away when she know you are going to marry her. Before that she argued loudly because don't want marry with you. " Malik menarik nafas panjang sebelum menyambung cerita.
"My wife begged Dina to replace her step sister and Dina accept as she didn't want our lives threatened by your power. "
Satu sudut bibir Aidin terangkat apabila mendengar ayat terakhir dari perjelasan Malik. "Threatened by my power, huh?" Bisik Aidin sinis dalam hati.
"Is Dina your daughter's name?" Tanya Aidin dan dibalas dengan anggukan kecil dari Malik.
"Nurul Aidina Syafiekah binti Malik. Her full name." Malik memperkenalkan nama panggilan anaknya dan diangguki oleh Devil
"I want to talk to her." Arah Aidin mendatar.
"Sure. Wait a moment." Malik keluar dari kereta tersebut dan berlalu pergi ke arah keretanya. Cermin kereta sebelah Aidina diketuk. Aidina mengangkat kepala apabila mendengar bunyi ketukan cendela dari duduknya begitu juga Zurina turut memandang gerangan yang mengetuk cermin itu.
Pintu kereta dibuka lalu Aidina keluar dari perut kereta meninggalkan Zurina keseorangan di dalam kereta. Malik tersenyum nipis memandang anaknya supaya Aidina tidak risau.
"Devil nak bercakap dengan Dina."
Aidina melangkah kaki kearah kereta mewah itu. Disitu dapat dia lihat seorang lelaki berpakaian hitam sedang menyandarkan punggung sedang membelakanginya. Aidina perlahan-lahan menghampiri lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"Ini ke Devil?" Tanya Aidina pada diri sendiri. Sekarang dia berada di belakang lelaki itu.
"Assalamualaikum.." Salam diberi oleh Aidina apabila lelaki ini tidak perasan dengan kehadirannya.
Aidin berpaling tubuh seratus lapan puluh darjah sebaik mendengar suara lembut yang memberi salam. Netra mata Aidina terkaku.
"Aidan?" Soal Aidina dalam hati.
Adakah Aidan dan gadis di depannya ini saling mengenali?
Aidina memerhati setiap wajah lelaki itu dengan penuh ketelitian. Iris mata yang berwarna biru, hidung yang mancung, bibir seksi yang didampakan oleh kaum hawa dan dagu yang berkumis nipis menarik semua minat Aidina.
Berbeza pula dengan Aidan yang selalu dilihatnya setiap hari. Aidan memiliki iris mata yang berwarna hitam dan tahi lalat di hujung mata membuat lirikan mata lelaki itu tajam manakala iris biru lelaki di hadapan Aidina kini membuat siapa yang memandangnya akan tergelam di lautan mata itu.
Aidina berfikir sejenak, adakah Aidan dan lelaki di hadapannya ini kembar seiras? Tetapi mengapa Aidan tidak ada memberitahunya dan adakah lelaki ini Devil? Bakal suaminya?
"Belum puas tenung muka aku?" Sergah Aidin menyentakkan pandangan Aidina. Aidina mengedipkan mata beberapa kali dan melemparkan wajah ke sembarangan arah menghilangkan kegugupan.
Puncak hidung yang tidak gatal digaru menghilangkan rasa canggung. "Awak Aidan kan?" Soal Aidina ragu-ragu. Dia tidak tahu sama ada lelaki ini Aidan atau pun lelaki yang seiras dengan Aidan. Iyalah, banyak muka seiras di atas dunia ini.
Aidin tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya malah kembali menyoal. "Kenapa kau setuju kahwin dengan aku?" Nada dingin digunakan.
Dahi Aidina berkerut. Orang tanya dia, dia tanya orang pula! Dan sah, lelaki di depannya bukan Aidan yang selalu dia kenal.
Aidan tidak sedingin ini dengannya dan aura lelaki di depannya ini seperti menarik Aidina untuk terus mendekat.
"Erm.. saya rasa papa saya dah jelaskan dekat awak. " Jawab Aidina. Mata masih tidak lepas memandang lelaki di hadapannya. Aidin mengangguk membenarkan. Langkah maju ke depan mendekati wanita dihadapannya. Aidina seperti tergelam dalam lautan mata lelaki itu membuat dia tidak mampu mengangkat kaki berundur ke belakang.
"Aku harap kau tak menyesal." Ujar Aidin separuh berbisik di telinga Aidina lalu berlalu pergi dari situ memasuki masjid. Bulu roma Aidina menegak sembilan puluh darjah dan terdiam kaku disitu.
"Aidina.." Seru Malik sambil menyentuh lembut pundak anaknya. Aidina menoleh ke sisi menghadap wajah papanya.
"Jom masuk.." Aidina masih diam tidak menjawab membuat Malik menarik lembut tubuhnya ke dalam pelukan.
"Apa pun yang terjadi lepas ini, kamu kena sabar.. Dia suami kamu dan kamu kena terima segala kekurangannya. Dia sakit dan kamu pengubatnya." Aidina tertegun mendengar kata-kata nasihat dari papanya.
Dia sakit? Sakit apa? Bisik Aidina bertanya di dalam hati.
Malik meleraikan pelukan lalu menggenggam tangan Aidina untuk mengikuti langkahnya.
"Tengku Aidin bin Heinzander. Aku nikahkan dikau dengan anakku Nurul Aidina Syafiekah binti Malik dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."
Nafas ditarik menenangkan kegusaran dihati.
"Aku terima nikahnya Nurul Aidina Syafiekah binti Malik dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai." Kini Aidina telah menjadi isteri buat Aidin dengan sekali lafaz. Semua yang berada di situ menghela nafas lega namun tidak buat Aidina. Dia tidak tahu untuk berasa gembira atau sedih. Perasaannya kini bercampur baur.
Aidin menoleh sekejap ke belakang melihat wajah isterinya. Nafas ditarik sebelum dia mendekati Aidina untuk sesi pembatalan wuduk.
Duduk dibetulkan di hadapan isterinya dengan sokongan kedua lutut.
"Assalamualaikum." Salam diberi oleh Aidin dalam nada halus dan dijawab perlahan oleh Aidina.
"Salam lah tangan suami tu.." Ujar Zurina yang berada disebelah Aidina. Bibir lembut Aidina di daratkan di belakang tapak tangan suamiya. Getaran terasa di hati pada pasangan itu.
Aidina mengangkat kepala apabila ciuman telah selesai. Anak mata bertembung dengan anak mata suaminya membuat dia kembali menunduk. Aidin mendongak dagu Aidina menggunakan jari telunjuk.
Nafas dihela sebelum mendaratkan ciuman di atas dahi isterinya. Aidina memejamkan mata menikmati kucupan lembut yang singgah di dahinya kini. Terasa tenang seketika dalam kucupan itu.
Share this novel