Pandangan menembusi cendela meliarkan anak mata menebar di dalam kegelapan malam ditengah hutan. Memang tugasnya mengawal pergerakan setiap benda yang memusykilkan untuk dikenal pasti bagi mengelak pencerobohan kawasan ini. Walaupun kedua netra mata ini sudah letih minta rehat namun dipaksa juga.
Asap rokok dihembus di udara. Rokok bagaikan 'makanan' bagi seseorang yang bertugas sepertinya di tengah malam begini. Tidak dihirau jantung yang penat mengepam darah dan paru-paru juga yang akan nazak akibar sedutan asap itu.
Puntung rokok dibuang ke tanah sebelum dia berpaling kebelakang.
"Woi woi woi, aku ni!" Terkejut Alex bila Ervan mengacukan pistol ke arahnya. Memang niatnya ingin menakutkan Ervan tapi tidak disangka ini tindakan kawannya. Wah... tidak boleh bawa main ni!
"Hesy kau ni, aku ingatkan makhluk apalah tadi." Ujar Ervan seraya menyelitkan USP dibelakang. Kus semangat aku. Nasib takde riwayat sakit jantung.
"Manusia ni Wan.. kau ingat apa sebenarnya...?"
"Aku ingatkan musuh mana tiba-tiba nak cekik aku. Berdendam lama sangat nampak tu." Ervan memerli membuat Alex tergelak halus. Nampak sangat ke aku nak cekik kau. Memang aku berdendam dengan kau sejak lama lagi Ervan.
"Hantu langsuir kot yang bermusuh dengan kau..." Ujar Alex selamba tanpa memikirkan suasana.
PAP!
Alex mengaduh kesakitan seraya mengusap pipi yang baru ditampar oleh Ervan. Berbisa sungguh tamparan malaun ni.
"Mulut kau memang cakap lepas je kan. Bodoh!" Haa kang dah kena setepek dengan Ervan. Alex disisinya dijeling dengan ekor mata.
"Ni kau datang sini takde kerja ke?" Tanya Ervan sahaja menukar topik perbualan. Mereka berjalan beriringan di lorong itu menuju ke suatu tempat.
"Puan muda dah tidur. Jadi aku datang lah sini."
Ervan angguk sekali. Detakan tumit kasut mereka kedengaran dalam suasana yang sepi ditambah gelap gelita yang hanya bersumberkan cahaya bulan di lorong itu.
Pegawai yang menjaga setiap bilik di lorong itu, tunduk hormat kepada mereka yang lalu di situ. Memang di lorong itu disediakan bilik khas yang akan dijaga ketat oleh pegawai untuk mengelakkan berlaku sesuatu kepada 'binatang' jagaan Devil.
"Boleh aku tanya kau sesuatu?" Tanya Ervan sebaik sampai di muka pintu sebuah bilik. Alex dan Ervan saling berhadapan di muka pintu bilik itu.
Alex diam menunggu soalan yang ingin ditanya oleh kawannya.
"Kenapa kau nak sangat jaga puan muda sedangkan tugas untuk di arahkan kepada aku?" Ervan hanya berterus-terang dengan soalannya. Tiada liku-liku.
Alex tersentak dengan soalan itu. Pandangan dilebar ke seberangan arah. Kening digaru menghilang kegusaran di hati. Ervan hanya memerhati gerak geri kaku kawannya. Perasaan curiga muncul dengan perlakuan aneh Alex yang seperti tidak senang duduk.
"Sebab dia isteri tuan muda yang perlu aku jaga." Jawab Alex tanpa melihat lawan bicara.
Sebelah kening Ervan terangkat.
"Itu tugas Devil untuk jaga isteri dia. Bukan tugas kau." Ujar Ervan lalu masuk kedalam bilik meninggalkan Alex dimuka pintu. Alex tersenyum misteri lalu mengikuti langkah kawannya dibelakang.
"Ke-luarkan a-ku..." Lirih seorang wanita dihadapan mereka. Ervan duduk mencangkung dihadapan wanita itu dengan menyunging senyuman. Bibir didekatkan dengan cuping telinga membisikkan sesuatu kepada wanita itu.
"Benvenuto all'inferno." Ujarnya sensual sebelum rambut wanita itu dicengkam lalu menghantuk kepala wanita itu ke lantai. Seksaan terus dilakukan tanpa menghirau jeritan kesakitan wanita itu.
Alex hanya menyaksikan agenda tersebut tanpa ada secebis rasa kasihan terhadap wanita itu. Tubuh disandar di dinding sambil tangan menyilang di dada. Bagi mereka, kesakitan wanita itu bagaikan santapan untuk kepuasan mereka.
Ahh, benar-benar meresahkan!
Baju berlumuran darah dicampak ke tanah lalu dibakar menghilang bukti sebelum dia masuk ke dalam rumah. Sebelum itu, dia sudah menggantikan baju yang telah dia bawa sebelum keluar dari rumah. Kasutnya yang berlumpur juga telah dia basuh supaya tidak menjejakkan bukti.
Indera penglihatan pertama yang jatuh dalam pandangannya adalah sekunjur tubuh yang sedang terlena di sofa panjang. Bukannya mengejutkan tubuh itu untuk tidur di kamar melainkan menghiraukan berlalu ke dapur.
Walaupun keadaan dapur itu gelap tanpa adanya cahaya namun dia sudah terbiasa dengan susunan perabot dalam dapur itu. Cawan yang diisi air diteguk perlahan menghilangkan haus.
Keadaan dapur yang kembali bercahaya membuat dia menoleh ke arah pintu dapur. Mungkin ada seseorang yang membuka suis lampu. Iya, benar saja. Seorang wanita sedang berdiri dalam keadaan mamai.
"Abang.." Seru Aidina sambil menetralkan pandangannya menyesuai dengan cahaya lampu. Aidin tidak menyahut dan membelakangi isterinya.
"Pukul berapa abang balik?" Tanya Aidina mendekati tubuh suaminya. Aidin mengangkat tangannya menunjuk ke arah jam di dinding. Aidina yang tahu maksud itu langsung menoleh ke sana.
5:45 a.m.
Otak Aidina bermain peranan.
"Dia kerja apa sampai masa ni baru balik? " Bisik hati Aidina berbisik. Diam mematung berlawanan dalam fikiran sendiri.
"Abang lapar? Kalau lapar boleh saya panaskan lauk sema-" Percakapan Aidina tersentak dengan detakan cawan yang sengaja dihentak oleh Aidin. Tanpa menghiraukan isterinya dia berlalu dari dapur setelah selesai membasuh cawan meninggalkan Aidina yang masih berdiri menatapnya.
Aidina menatap punggung suaminya sehingga hilang ditelan jarak. Keluhan kecewa dilepaskan. Apakah aku tidak wujud dalam kehidupannya sehingga sedikit pun dia tidak melihat pada ku? Batin Aidina.
Pintu bilik mandi terbuka luas menampak sesusuk tubuh tegap keluar dari situ dengan hanya menggunakan tuala yang dililit di pinggangnya. Handuk kecil digunakan untuk mengeringkan rambut. Lelaki itu baru sahaja selesai menyegarkan badan dari lekitan peluh.
Bilik wardrobe ditujunya dengan handuk kecil masih tetap di atas kepala. Pijama tidur disarung ke tubuh lalu tuala dipinggang disangkut pada palang besi.
Tubuh yang ingin sekali berehat dibaring atas katil. Baru sahaja matanya melelap kantuk, ketukan di pintu menganggu lena membuat dia berdecit kesal.
"Apa lagi perempuan tu nak...?" Keluhnya kesal sambil menghampiri pintu bilik.
Pintu dikuak kecil lalu dia mengeluh lemah di muka pintu. Dia memandang tajam wanita yang siap bertelekung dihadapan pintu dengan satu kening terangkat sebagai bertanya 'tanda apa?'
"Jom solat sekali.." Pelawa Aidina mengajak Aidin solat subuh berjemaah. Muka dimaniskan dengan senyuman nipis.
"Aku penat." Balas Aidin datar seraya itu pintu langsung ditutup dengan sengaja dihempas kuat. Aidina tercengang di muka pintu. Senyuman perlahan semakin pudar di bibir.
Nafas dihela lembut.
"Biarlah Aidina. Dia penat sangat tu.." Bisik Aidina menyedapkan hati. Kaki perlahan mengundur beberapa langkah lalu berbalik badan menuju ke biliknya di lantai bawah.
Aidin yang berbaring di katil tidak terus terlena malah dia fokus menatap pada pergelangan tangannya. Ralat, fokus melihat ukiran corak yang terbentuk di tangannya. Benar saja, itu tatu.
Tatu itu bercorak lipan dengan saiz sederhana besar. Ianya sebagai tanda untuk sebuah kumpulan dalam kalangan mafia. Terdapat banyak lagi corak tatu untuk menandakan seseorang itu berasal dari kumpulan mafia. Ini memudahkan jika terdapat satu kes penculikan atau pembunuhan, ketua mafia dapat mengesan anak buah mereka.
Aidin telah mengukir tatu itu sejak dia masih kecil berukuran umur lima tahun. Ukiran tatu itu adalah atas perintah Heinzander, daddy Aidin yang merupakan ketua mafia dalam negara Itali pada masa itu. Namun semenjak Heinzander dan Faida bercerai, dia memutuskan untuk bersara dari dunia gelap itu dan menaikkan Aidin untuk menyambung tugasnya.
"Sah ke?" Monolog Aidin. Pertanyaan Aidina tadi bermain dalam benak. Mata masih tetap pada ukiran corak itu. Keluhan dilepaskan. Malas ambil pusing, mata dikantup dengan fikiran yang menerawan akan 'benda' itu sehingga dia terlena dengan dekuran halus.
Salam diberi ke kanan dan diikuti ke kiri. Mulut terkumat-kamit membaca wirid. Selepas itu, bacaan ayat Kursi lancar dibaca di mulut, kerana Aidina tahu manfaatnya. Jika seseorang membaca ayat Kursi setelah solat, maka jarak seseorang itu dengan syurga hanyalah kematian.
Tangan diangkat ke langit.
"Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzii laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allaahumma sakhkhir lii ... Tengku Aidin bin Heinzander kama sakhkhorta firauna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKka. Jalla tsanau wajhik. ya arkhamar rakhimiin"
Muka diusap dengan telapak tangan. Telekung dan sejadah dilipat lalu disimpan dalam almari. Deringan telefon yang berada di atas meja menarik perhatiannya untuk mendekat.
Melihat nama panggilan yang terpapar di skrin telefon membuat senyuman merekah di bibir.
"Papa!" Serunya bersemangat. Encik Malik mengekek halus geli hati.
"Assalamualaikum..." Encik Malik menyahut halus lagaknya memerli. Aidina tertawa kecil sebelum menjawab salam.
"Waalaikumussalam... papa sihat?" Aidina menanya khabar sembari melabuhkan punggung di tepi katil. Bantal didakap depan dada.
"Alhamdulillah, papa sihat. Kamu sihat?
"Sihat walafiat pa." Ujar Aidina sambil jari bermain menguntil hujung bantal.
"Papa ganggu ke?"
"Eh takde lah. Dina baru jer selesai solat subuh."
"De- Aidin mana?" Encik Malik tersasul namun sempat dibelit lidah membetulkan nama panggilan anak menantunya.
"Aidin tidur. Kenapa? Papa nak cakap dengan dia ke?" Tembak Aidina meneka.
"Eh taklah, papa tanya saja.."
"Erm... Dina okey ke kat situ?" Soal Encik Malik berhati-hati takut menimbulkan kemusykilan dalam fikiran Aidina.
"Okey saja. Papa kat rumah okey. Takde sakit pinggang macam selalu kan?" Encik Malik mendengus kecil pada soalan Aidina.
"Orang risau kan dia, dia risaukan kita pulak." Omel Encik Malik sambil menjaukan telefon dari mulut.
"Papa mu ini okey anak ku.." Aidina tertawa kecil mendengar suara berlagu Encik Malik.
"Dina.." Panggil Encik Malik perlahan. Encik Malik menarik nafas sebelum bertanya.
"Aidin ada balik rumah tak semalam?" Sambung Encik Malik bertanya.
Dahi Aidina berkerut.
"Macam mana papa tahu?" Tanya Aidina pelik.
Encik Malik menghela nafas panjang. Tidak perlu mendengar jawapan panjang, soalan Aidina jelas memberi tahu untuk kepastian Encik Malik.
"Jadi kamu tidur tanpa berteman lah semalam?" Encik Malik mendengus kasar. Risau terhadap anak perempuannya, malah satu-satu anak perempuan yang dia ada.
"Dina baik jer lah papa.."
"Papa cuma risau Dina. Kamu tu perempuan. Papa rasa bersalah sangat-sangat pada kamu Dina. Papa lemah tak boleh nak mempertahankan anak papa sendiri. Papa bodoh dalam urusan begini. Papa takut pada manusia sedangkan Allah itu ada. Papa-" Aidina mencantas percakapan Encik Malik.
"Papa sudah! Papa dengar sini cakap Dina, bukan semua perempuan boleh dianggap lemah. Perempuan ada batas mereka sendiri. Selagi batas mereka itu masih ada, mereka akan bersabar. Dina tahu cara nak bela diri Dina sendiri. Papa jangan risau, Dina dah besar. Walaupun Dina terpaksa tapi itu adalah kehendak Aidina sendiri."
"Dina tak salahkan sesiapa pun kerana itu pilihan Dina. Pilihan Dina untuk jaga keselamatan keluarga Dina sendiri. Memang, memang Dina tak kenal siapa suami Dina yang sebenar tapi Dina minta tolong sangat-sangat kat papa tolong jelaskan dekat Dina apa sebenarnya yang terjadi itu sahaja. Dina sendiri keliru dengan masalah ini yang tiba-tiba datang dalam hidup Dina."
"Tolong jelaskan pada Dina siapa sebenarnya Devil. Kenapa gelarkan Aidin Devil? Apa pekerjaan sebenar suami Dina pa?" Desak Aidina menahan tangis. Dia betul-betul penat dengan situasi sekarang ini.
Encik Malik mengeluh lemah.
"Papa tak boleh nak bagitahu Dina. Cukuplah peristiwa hitam dulu yang buat kamu takut untuk hidup, papa taknak pisang berbuah dua kali. Papa tak nak kamu semakin trauma dengan dunia ini. Dunia ini begitu kejam Aidina."
"Dunia tidak kejam papa melainkan manusia yang kejam dengan membuat kejahatan." Balas Aidina.
Encik Malik diam.
"Papa minta maaf. Papa letak dulu. Assalamualaikum." Seraya berkata begitu, panggilan terus berakhir secara sepihak oleh Encik Malik.
Bibir munggil Aidina bergetar hebat. Dia mengusap kasar pipinya yang mengalir sebatang sungai jernih. Perkataan Encik Malik tergiang-ngiang di benaknya.
"Cukuplah peristiwa hitam dulu yang buat kamu takut untuk hidup."
"Papa tak nak kamu semakin trauma dengan dunia ini. Dunia ini begitu kejam Aidina."
Tangisan tidak mampu lagi dikawal. Dia menekup muka dengan tangan menahan isakan keluar.
Perisitiwa kematian ibunya bermain di fikiran. Arwah ibunya mati yang disaksikan oleh Aidina dengan mata dan kepalanya sendiri. Dia tidak buta, dia tidak bodoh dan dia juga tidak tuli. Masih terdengat jelas suara ibunya memanggil namanya ketika kejadiaan itu.
Suara ibunya yang lemah dengan wajah yang babak belur memanggil namanya dengan sayu. Dia sesal kerana lemah tidak mampu membantu ibunya yang terbaring lemah di atas jalan. Namun apakah daya seorang budak perempuan yang turut terlampias dalam kemalangan itu.
Dia tidak mampu berbuat apa-apa,hanya memandang ibunya melepaskan nafas terakhir dengan menangis. Kejadian pada malam itu, kejadian langgar lari telah mengubah kehidupan seorang gadis yang penuh dengan keceriaan bertukar seratus lapan puluh darjah kepada gadis yang pendiam.
Seorang gadis yang melihat dunia dengan penuh ketakutan dan benci kepada manusia yang membuat kejahatan di atas dunia fana ini.
"Ibu.. maaf. Dina tak mampu nak tolong ibu pada masa tu. Maafkan Dina ibu. Dina menyesal. Kalaulah Dina mampu untuk tolong ibu masa tu mesti ibu tak kan tinggalkan Dina dengan papa." Ujar Aidina disela-sela tangisan.
Begitulah Aidina, menyalahkan diri sendiri atas pemergian ibunya. Selalu menyalahkan dirinya walapun sering kali ditegas oleh Encik Malik bahawa Aidina langsung tidak bersalah. Namun Aidina tetaplah Aidina, seseorang yang sering menyalahkan diri sendiri walaupun kesalahan itu bukan berpunca darinya.
Air jernih yang mengalir dipipi diusap dengan tangan. Dia cuba untuk bertahan dalam kehidupan di atas dunia fana yang dipenuhi dengan manusia yang kejam. Kesilapannya pada masa lalu, sentiasa membuat dia berfikir untuk bertahan demi keluarganya.
Menyelamatkan insan-insan yang tersayangi daripada jatuh ke pangkuan manusia yang kejam. Dia telah berjanji dengan dirinya untuk bertahan dan mengadaikan nyawanya demi orang yang tersayang. Tidak peduli sebanyak mana duri yang melukai dirinya.
Tudung hitam yang tersangkut di daun pintu disarung di kepala. Wajah cuba dihiasi dengan senyuman. Menutup kesedihan dengan senyuman kerana senyuman itu merupakan air mata yang tidak terlihat.
"Teruskan hidupmu Aidina kerana hidup di dunia ini hanyalah ujian. Mahupun itu kesenangan ataupun kesedihan. Kesenangan adalah ujian supaya engkau juga membahagi kesenangan engkau kepada insan lain. Ujian kesedihan adalah untuk mengajarkan engkau tentang pengertian dunia ini." Bisik hati Aidina memberi semangat untuk diri sendiri.
Dapur kering menjadi tujuannya. Disebabkan ruangan dapur dan biliknya dilantai satu jadi tidak perlu dia bersusah payah turun naik tangga. Lauk semalam dipanaskan semula menjadi makanan sarapan untuk dia dan suaminya.
Sayang jika dibuang. Membazir! Bersyukurlah selagi Allah masih memberi rezeki. Ingat masih ada lagi yang belum dapat merasai beras walaupun sebutir. Jadi kepada yang memewahkan hidup mereka, cubalah untuk berkongsi walaupun sebesar biji sawi. Berkongsi itu dinamakan sedekah!
Lauk-lauk yang telah dipanaskan disusun atas meja. Nasi dingin yang belum terusik juga tidak lupa dipanaskan dalam periuk elektrik. Selesai dia mencedok nasi ke dalam pinggan, kakinya dibawa ke lantai atas, tingkat tiga.
Sampai di muka pintu bilik suaminya, Cik hati dan Cik akal berlawanan. Cik hati berbisik untuk tidak masuk dan Cik akal tegas mengatakan untuk masuk. Last -last , dia memutuskan untuk ketuk pintu sahaja. Cik hati dan Cik akal 0-0.
Kali pertama, senyap.
Kali kedua, sunyi.
Kali ketiga, sepi.
Kali keempat, senyap sunyi bersepi.
Dia mengeluh lemah. Akhirnya dia berniat untuk memasuki bilik itu. Tangan terhulur untuk memulas tombol pintu namun pintu itu telah dikuak dari dalam oleh empunya bilik itu.
Aidin yang baru sedar dari beradu mencerlung tajam pada wanita di hadapan muka pintu biliknya kini dengan rambut yang berserabai. Namun Aidina hanya tersenyum nipis langsung tidak menghirau pandangan helang lelaki itu.
"Mandi lah dulu, lepas tu turun makan." Pesan Aidina lalu berbalik badan meninggalkan Aidin di muka pintu. Bukan niatnya ingin bersikap kurang ajar kepada suami sendiri, namun renungan lelaki itu telah membuat jantungnya berdegup laju. Dia terlalu takut akan salah tingkah jika terus berdiri di situ.
Aidin diam di muka pintu menghantar figura Aidina dengan anak mata. Sebaik susuk tubuh Aidina hilang di makan jarak, dia melepas keluhan panjang. Beginikah hidup jika punya isteri?
Aidina menghela nafas lega sebaik tiba di dapur, jauh dari lelaki itu. Punggung dilabuhkan di kerusi lalu gelas yang berisi air kosong dicapainya. Renungan lelaki tadi.... masih bermain di fikiran. Kepala digeleng laju.
"Dah kenapa dengan aku ni? " Ketus hati Aidina. Air kosong diteguk kasar. Renungan Aidin cuba dibuang di fikiran.
"Siapa Aidan dalam hidup kau?" Soal Aidin disela-sela makan tanpa melihat ke arah lawan bicara.
Suapan Aidina terhenti, seperti mengerti maksud tersirat dalam soalan Aidin. Dia bergumam tidak jelas mencerna jawapan membuat Aidin angkat kepala ke arahnya dengan pandangan dingin.
"Jawab jujur saja sebab aku tak suka pembohong." Ujar Aidin tenang. Namun kata-katanya seperti amaran yang jelas masuk dalam telinga Aidina.
Aidina menggaru puncak hidung yang tidak gatal lalu melemparkan pandangan ke sembarangan arah kerana canggung dengan renungan lelaki di hadapannya kini. Cik otak mengasah jawapan.
Cik akal berkata, teruskan menipu.
Cik hati berbisik, jangan, jujur sahaja.
"Mm.. kenapa awak tanya?" Aidin berbalik soal kepada Aidin. Bermain tarik tali. Cik akal dan Cik hati hanya pasrah.
"Jawab apa yang aku tanya Aidina." Ujar Aidin menahan sabar.
"Apa maksud awak sebenarnya?" Aidina bermain heret tali. Pura-pura tidak faham.
Aidin sabar untuk tidak angkat tangan kepada isteri sendiri kerana dia ingat aturan mafia Itali yang telah dia hafal sejak masuk ke dalam dunia aktiviti gelap berbau kejahatan ini.
Perlakukan isterimu dengan hormat. Aturan ini dijadikan teladan bagi sesiapa yang telah mempunyai isteri kerana sikap ini ingin menunjukkan bahawa anggota mafia itu mempunyai kasih sayang terhadap isteri mereka.
Namun, jika seseorang itu berbohong termasuk ahli keluarga mereka sendiri semasa diminta informasi. Maka ada beberapa perkara yang boleh buat diri mereka tidak selamat.
Aidin yang tersulut emosi, menarik nafas panjang. Meredakan kemarahan.
"Apa hubungan sebenar kau dengan adik aku?" Soalnya lagi dengan nada suara tenang. Walaupun dia sudah tahu kebenarannya, tetapi dia inginkan jawapan dari mulut Aidina sendiri.
Dia ingin tahu, adakah Aidina seorang yang jujur atau sebaliknya. Jika Aidina masih lagi berbohong dengan soalan itu, maka ada sesuatu 'benda' yang akan menanti wanita ini.
"Kami hanya sebatas kawan. Tidak lebih." Jawab Aidina yakin tanpa memikirkan kehidupannya selepas ini. Cik akal menang. Cik hati sudah bersiap sedia menerima tanggungan.
Satu sudut bibir Aidin tersungging. Dia tersenyum sinis sambil mendengus geli hati mendengar jawapan Aidina.
'Never trust anyone.'
Prinsip kehidupan Aidin.
"Itu pilihan kau?" Soal Aidin dengan satu sudut kening terjungkit. Sudu diletakkan kembali di pinggan lalu belakang tubuh disandar pada kerusi. Aidina di hadapannya di pandang lurus. Langsung tiada senyuman, hanya muka beku ditunjukkan.
Aidina diam mendengar pertanyaan itu. Fikirannya berlegar memikirkan maksud persoalan Aidin.
"Dia tahu ke? " Batin Aidina bertanya kepada diri sendiri. Dia menunduk kepala, takut dengan tatapan lelaki itu.
"Jangan jadi bodoh Aidina. Menipu tak kan dapat larikan diri dari masalah." Ujar Aidin. Seraya berkata begitu, dia menolak pinggan yang masih tersisa sedikit makanan lalu berdiri meninggalkan Aidina di dapur.
Aidina angkat muka apabila Aidin meninggalkannya. Cik hati rasa bersalah kerana menipu suami sendiri. Cik akal memikirkan cara untuk minta maaf. Tanpa memikir banyak masa, dia berlari anak mengejar Aidin yang menaiki tangga.
"Awak." Panggil Aidina. Aidin berhenti di anak tangga tanpa berniat ingin menoleh ke arah sumber suara. Aidina berdiri di hadapan Aidin yang masih lagi membelakanginya.
"Saya minta maaf.." Sambung Aidina perlahan. Kepala menunduk menengkur lantai sambil jari dimainkan sesama sendiri menghilangkan kegugupan.
"Aku rasa kau tahu hukum menipu suami." Ucap Aidin dengan nada suara datar lalu kembali melangkah anak tangga, tidak dihirau Aidina dibelakangnya.
Cik hati semakin bersalah membuat Aidina semakin gelisah tak keruan. Kepala didongak melihat Aidin yang berdiri di anak tangga terakhir. Perasaan bersalah mula menguasai diri.
"Iya, saya mengaku saya ada hubungan dengan dia, tapi saya kena paksa." Jerit Aidina membuat langkah kaki Aidin berhenti sekali lagi di anak tangga terakhir.
Aidin berpusing seratus lapan puluh darjah. Indera pendengarannya tidak tuli dengan apa yang diucapkan oleh Aidina tadi. Dia tidak mungkin salah dengar. Dahinya mulai berkedut.
"Paksa? "Detus hati Aidin.
"Saya kena paksa..." Ulang Aidina. Pandangannya mula kabur kerana kolam mata dipenuhi dengan cecair jernih. Tunggu masa sahaja empangan air itu untuk pecah.
"Saya langsung tak cintakan dia. Dia desak saya untuk terima dia. Saya takut... " Empangannya mula pecah. Dia menunduk pandangan ke bawah menyembunyikan sebatang sungai yang mengalir di pipi.
Bibir digigit menahan esakan terdengar. Peristiwa Aidan membunuh seorang budak di hadapannya berulang di fikiran. Peristiwa yang disaksi oleh mata kepalanya sendiri. Perasaan bersalah mula menyelebungi diri mengingat peristiwa itu.
Dia lemah! Tidak dapat membantu budak itu.
Aidin menuruni tangga dengan langkah perlahan. Melihat wanita itu menunduk dengan tangisan esakan yang kedengaran membuat hatinya terdetik rasa kasihan. Namun ego perlulah dipertahankan.
Tangan terhulur mengusap pipi yang berlinangan air mata membuat Aidina terlena dengan usapan itu.
"Shh, I'm here.." Tutur Aidin lembut dengan tangan masih setia mengusap pipi wanita itu. Dia tidak tahu mengapa, perasaan kasihan itu tiba-tiba hadir apabila melihat wanita dihadapannya kini kesedihan.
Tindakannya adalah tiba-tiba. Spotan!
"Awak juga pembunuh kan?"
Share this novel