Petang itu disambut dengan birunya jumantara dihiasi dengan awan yang lembut dipandangan mata membuat bibir nipis itu melebar senyuman. Tenang...
Dirinya mahu bebas seperti awan. Ke utara, selatan, timur, barat. Tetapi adakah awan bebas? Kemana awan itu pergi? Tetap juga dilangit. Tidak turun kebumi dan tidak juga jatuh ke sungai. Begitulah manusia, buatlah apa yang disuka. Namun wajib diingatkan, bahawa kita akan kembali kepada Allah dengan jalan kematian.
Keberadaanya kini di tengah-tengah taman yang dipenuhi dengan bunga mawar membuat sinaran mata bercahaya dengan lengkungan dibibir. Pili air di tangan dipancur ke arah tumbuhan itu. Perlahan bibirnya tersenyum gusar, bunga mawar tetap indah dengan durinya. Tetapi dia, sudah ada duri namun tanpa bunganya.
Tanpa ia ketahui, ada seseorang yang sudah memerhatikannya sejak lama di sebalik dinding. Pandangan hanya lurus memandang ke arah wanita yang menghujani tanaman bunga mawar. Dahulu, taman kecil itu telah dijaga oleh seorang wanita sebaya dengan isterinya. Namun kini, wanita itu sedang sakit dan taman itu sudah memiliki penjaga baru.
Tanpa ada niat ingin menegur wanita itu, ia sudah berbalik badan pergi dari situ. Kakinya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang berada di lantai satu. Punggungnya dilabuhkan di katil tunggal bertilam empuk. Pandangan dilebarkan di segenap ruangan kecil ini. Walaupun hanya ruangan yang kecil, namun susunan perabot ini begitu mengemaskan dengan bau wangian yang khusus membuat dirinya candu.
Tangannya dihulur membuka laci kecil di sisi katil itu. Diselak-selak kertas yang tersusun rapi di dalam itu, mencari sesuatu. Tiba-tiba, matanya tertangkap dengan sebuah buku kecil yang berwarna biru tua. Diambil lalu mulutnya terbuka kecil membaca sebaris tajuk buku di tangannya.
'SAYANGKU'
Hatinya mula timbul perasaan wasangka, apa isi buku itu, lalu diselak muka surat pertama.
'Cinta pertama, apa itu wujud? Jika wujud maka ketahuilah aku sungguh mencintaimu tanpa alasan.'
-Duri.
Tulisan berangkai di helaian pertama itu membuat hatinya mendesak ingin tahu. Dibelek lagi helaian kedua.
'Cinta itu suci tapi mengapa mencintaimu aku hanya mendapat duri luka.'
-Duri.
Dirinya kini faham apa yang ingin disampaikan oleh pemilik buku ini. Namun, apabila menghayati ukiran tulisan ini, hatinya juga terasa sesuatu yang menyerikan. Seperti ikut tergelam dengan kalimat indah ini. Adakah kalimat ini berkait dengannya?
'Aku mencintai seseorang yang tidak mencintaiku, namun aku dicintai seseorang yang tidak aku cintai. Mengapa cinta itu begitu rumit?'
-Duri.
Helaian ketiga, membuat dirinya terasa seperti teringkat dengan rangkaian aksara ini. Apa hubungan....?
'Terikat dengan satu perjanjian yang mematahkan hatiku. Apa aku perlu berpura-pura membencimu supaya diakhir nanti aku tidak kecewa. Mengapa aku sebodoh ini?'
-Duri.
Hatinya kini diselimuti dengan perasaan bersalah. Tidak tahu mengapa. Tanpa alasan. Niatnya ingin lagi mengetahui helaian seterusnya namun, gerakan jarinya mati kerana seruan halus seorang wanita yang telah memasuki ruangan kecil itu.
"Awak..," seru wanita itu yang merupakan isterinya.
"Buat apa dalam bilik saya?" Pungkas isterinya dengan kerutan nipis di dahi licinnya. Kakinya dibawa mendekati Aidin yang sudah melabuhkan punggung di katil miliknya.
Aidin masih tidak beranjat dari duduknya, setia menunggu Aidina mendekati. Apabila wanita itu sudah menghampiri, terus ditarik perlahan pergelangan tangan isterinya, membiarkan Aidina duduk bertentang mata dengannya.
Lama pasangan itu beradu mata. Saling menyelami perasaan yang terbit, mencari jawapan kejujuran dari sinaran mata itu.
"Apa aku terlalu kasar dengan kau?" Soalan itu terbit dari mulut Aidin. Matanya tunak memandang Aidina dihadapan dengan mengusap lembut tangan Aidina dalam genggamannya.
Aidina tersenyum nipis lalu menundukkan kepala. Matanya singgah pada tangannya dalam genggaman Aidin. Matanya kini memandang Aidin yang masih setia menunggu jawapannya.
"Apa awak akhirnya sedar dengan perlakuan awak selama ini?" Soal Aidina berbalik tanya. Matanya lurus memandang Aidin.
"Jawab soalan aku Aidina, jangan berbalik soal." Tegas Aidin.
"Awak sudah tahu, tapi mengapa masih bertanya," balas Aidina dengan intonasi suara dikawal. Menahan daripada meluak emosi kepada suaminya. Tidak mahu dikatakan isteri derhaka.
"Apa semuanya benar dengan tulisan luahan dalam buku ini?" Buku kecil di riba suaminya menjadi tumpuan Aidina lalu ia mengangguk ringan membenarkan pertanyaan Aidin.
"Ma- maafkan aku..," lirih Aidin memandang tepat anak mata isterinya. Ucapan itu, membuat Aidina diam terkesima. Sejujurnya, dia masih belum percaya dengan apa yang didengarnya. Anak matanya melebar mencari kebenaran dalam sinaran mata Aidin.
"Kau tidak percaya?" Aidina hanya diam, tidak mengangguk dan tidak juga mengeleng.
"Aku mencintaimu.. aku akan belajar mencintaimu dan menghargaimu. Aku percaya kau adalah takdir pasangan hidup sematiku. Kita akan mula bersama dengan kisah percintaan kita. Ajarkan aku untuk terus-,"
"Bolehkah saya memeluk awak?" Soal Aidina mencantas ucapan Aidin dengan binaran di mata.
Aidin tersenyum nipis lalu mengangguk dengan membuka dakapannya. Aidina melebarkan senyuman seraya mengusap cecair bening yang mengalir di pipinya. Dia merengkuh masuk ke dalam hangat suaminya. Kedua-duanya saling tersenyum dengan suasana ini.
"Aku mencintaimu..," luah Aidin mengucup kepala isterinya. Bibir Aidina semakin melebar senyuman, merasa singgahan bibir Aidin.
"Saya juga telah lama mencintai awak..," ujar Aidina dengan senyuman masih setia di bibirnya.
Secara mendadak lelaki itu bangun dari baringannya dengan dengupan jantung yang tidak dikawal. Cecair jernih yang menitis di pelipis dibiarkan mengalir jatuh ke atas selimut. Apa yang terjadi tadi hanyalah mimpi.
"Ah... shit," desisnya bila merasa kepalanya semakin berat. Duduknya cuba diselesakan dengan menyandarkan badan ke kepala katil. Jarinya mula mengurut kepala yang diserang kesakitan.
Ulangan yang bermain di minda sebentar tadi menyedarkannya bahawa semua itu adalah bunga tidur semata-mata. Tidak disangka, perihal ini boleh sampai memasuki alam mimpi.
Kakinya menjejak ke lantai, berjalan sempoyongan menuju ke bilik air dengan tangan masih setia melekap di kepala menahan pening yang menyerang.
Tubuhnya di basahkan dengan air dengan pakaian masih melekap di badan. Ilusi tadi bermain tayang di kepala seperti kaset filem. Sepasang tangannya mula naik mencengkam rambut sambil memejam erat matanya. Serabut...!
Dia berdiri di hadapan cermin besar melihat penampilannya dengan pakaian yang telah ditukar. Hanya dataran di bibirnya tanpa secalit senyuman sebagai penyeri muka. Kakinya dibawa mendekati cermin besar itu.
'Kau mencintainya,' suara itu mula terdengar dalam kepalanya. 'Percayalah pada aku, kau mencintainya,' suara itu lagi-lagi terus bermain di mindanya.
"Diam! Hanya kau yang mencintainya, bukan aku," tuturnya lalu mencipta langkah keluar dari biliknya. Kakinya menuruni tangga menuju ke lantai satu dengan suara itu masih terdengar di dalam benak.
'Hehe, ya... I like her but I don't love her. She's loser.'
"Ace, let's eat together," pelawa Nicco apabila figura anak saudaranya jatuh dalam labuhan mata. Ace berbalik badan, membawa langkah mendekati Nicco yang sudah duduk di atas kerusi di dapur kering itu.
Dia juga turut melabuhkan punggung di hadapan Nicco. Matanya mula memandang seorang wanita yang sedang membelakanginya tanpa perasan Nicco juga turut memandangnya. Bibir Nicco melengkung senyuman nipis.
"Aidina sediakan kopi untuk suami kamu," ujar Nicco membuat pandangan Ace beralih ke arahnya. Nicco hanya tersenyum dengan satu sudut kening yang sengaja diangkat.
Aidina memandang suaminya sebentar sebelum berpaling ke arah lain. Air kopi yang disediakan dengan air tangan dan kasih sayang seorang isteri dihidang kepada suaminya. Tangannya terhulur mengambil pinggang, ingin menghidangkan sarapan untuk suaminya.
"Awak nak mi goreng atau roti bakar?" Soal Aidina halus, ingin menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Ace hanya mengeleng menjawap pelawaan itu.
Aidina hanya mengangguk ringan lalu meletakkan kembali pinggang. Kakinya dibawa ingin menjauh dari kedua lelaki itu. Tugasnya ingin melayani suami ditolak, bukan?
"Aidina,mahu kemana? Kenapa tidak sarapan?" Kakinya Aidina terhenti lalu dia menoleh ke arah Nicco dengan gelengan. "Sudah kenyang. Aidina nak ke belakang, mahu jemur pakaian," tuturnya lalu membawa langkah kembali.
Ace menghantar figura isterinya dengan anak mata sehingga bayangan Aidina hilang di sebalik dinding. Deheman dari Nicco membuat pandangannya jatuh pada lelaki tua di hadapannya itu.
"Kau mahu pergi ke Itali, bukan?" Soal Nicco berterus-terang permulaan bagi menyatakan cadangannya. Ace hanya angguk kepala ringan.
"Kenapa?" Soal Ace kembali.
Bukannya dia menjawap soalan itu, justeru ia menghulurkan dua keping tiket penerbangan kepada Ace.
"Bawa Aidina sekali,"tutur Nicco.
"Kau tahu bukan, alasan aku kesana?"
"Ya.... tapi aku sudah arahkan Ervan untuk gantikan kau, jadi Ervan dan Ice sahaja yang akan kesana,"tutur Nicco tenang sambil menghirup air kopi yang sudah dingin.
"Zio.. walaupun kau sangat dekat dengan aku tapi ketahuilah, aku tidak suka orang lain membuat keputusan sesuka hati mereka tanpa pengetahuan aku," ucap Ace lalu bangun dari labuhannya. Pergi dari situ tanpa menoleh sedikit pun ke arah Nicco.
"Bahagiakan sesuatu yang sudah ada di depan mata Ace," ujar Nicco turut bangun dari duduknya. Langkah Ace terhenti mendengar ucapan itu.
"Ingat pesanan aku kemarin, hargai apa yang ada di depan mata, jika sudah berbalik badan yang tinggal hanyalah masa silam," tutur Nicco mengingatkan kembali peristiwa kemarin. Kakinya dibawa mendekati Ace yang masih berdiri membelakanginya.
"Apa yang perlu aku hargai, jika aku adalah duri yang hanya tertancap menyakitinya," balas Ace berbalik badan seratus lapan puluh darjah menghadap bapa saudaranya.
"Maka kau jadilah tanah yang turut menyuburkan duri dan bunga. Ingat Ace, di setiap bunga yang cantik pasti ada durinya dan di setiap duri pasti ada racunnya dan di setiap racun pasti ada penawarnya," jelas Nicco menepuk perlahan lengan kekar lelaki muda di hadapannya.
"Fahami itu dengan jelas," tambah Nicco lagi lalu meninggalkan Ace yang masih berfikir dengan ucapannya tadi.
ig- h.zzvellix
Share this novel