SESAK

Action Series 2668

"Puan muda, kita dah sampai." Dalih Alex memarkir kereta elok dihadapan sebuah banglo.  Soalan Aidina tadi masih dibiarkan tergantung sepi tanpa jawapan.

Aidina menebar pandangan di luar tingkap kereta. Mulut terbukam luas dengan pandangan tidak percaya apa yang dia lihat. Cik akal bertanya, inikah rumah yang dia akan tinggal sekarang ini?

Alex sudah membukakan pintu kepada Aidina, isteri kepada tuan mudanya. Dia meneliti muka puan mudanya yang jelas kagum menatap banglo dihadapan mereka.

"Puan?" Panggil Alex apabila tidak mendapat reaksi daripada puan mudanya.

Aidina tersentak dengan panggilan itu. Sungguh dia tidak sedar Alex sudah membukakan pintu kereta untuknya. Dengan sopan, perlahan dia turun dari kereta.

Mata melilau di sekitar perkarangan banglo itu. Kawasan banglo yang terletak di pendalaman hutan tebal membuat Aidina takjub dengan keindahan alam.

Bunyi kicauan burung sungguh menyenangkan Aidina. Setelah puas menikmati kawasan luar, kaki maju untuk masuk ke dalam rumah elegan itu. Akibat gaun pengantin yang terlalu labuh sangat sukar untuk dia berjalan.

"Izinkan saya tolong." Alex meminta izin kerana kasihan melihat puan mudanya sukar untuk berjalan. Aidina berfikir sejenak lalu mengangguk nipis.

"Haih... ni kalau bini aku dah lama aku dukung bridal style." Detus Alex  dalam hati.

"Terima kasih.." Ucap Aidina berterima kasih kepada orang kepercayaan suaminya.

"Puan masuk lah dulu." Ujar Alex lalu beredar dari situ. Aidina menghantar pemergian Alex dengan ekor mata. Nafas lembut dihela oleh Aidina sebelum dia masuk ke dalam banglo tiga tingkat itu.

Pandangan diliarkan ke seluruh kawasan banglo itu. Keadaan yang sunyi sepi seperti tidak diduduki oleh sesiapa. Namun masih nampak kenyaman dari segi susunan perabot.

Aidina mengangkat kaki, melebarkan pandangan di sekitar rumah banglo itu. Namun apa yang dia dapat, hanya dia sahaja yang berada dalam rumah itu.

Tiada sesiapa yang tinggal ke dalam rumah ni? Persoalan terlintas di benak akal Aidina.

Aidina menggerakkan kaki ke ruang dapur. Dapur yang bertemakan monokrom sangat indah dipandangan mata. Dapur kering yang menggunakan konsep kabinet berbentuk U dengan meja kuarza hitam sebagai countertop memberikan kesan elegen pada ruang itu.

Kaki diayun pula untuk naik ke tingkat kedua. Menghiraukan perasaan takut yang hadir dalam diri akibat kesunyian dalam rumah itu. Cuba untuk sentiasa positif dalam pemikirannya.

Aidina kagum sebaik tiba di ruang kedua rumah banglo itu. Dia sungguh takjub dengan susunan perabot dan suasana ruang itu. Ruang utama keluarga yang sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dengan ruang bertemakan 'Modern Luxury'  membuat kesan kemewahan itu terserlah. Dia terkesima setiap kali dia memerhati setiap sudut rumah itu.

Setelah puas meneliti di ruangan itu, niatnya ingin naik ke lantai atas namun dibatalkan hasrat kerana terkejut dengan suara garau seseorang yang berasal dari belakangnya.

"Kau nak pergi mana?" Aidina dengan perlahan berpusing seratus lapan puluh darjah. Melihat sumber suara itu datang  dari seseorang yang dikenalinya membuat dia menghela nafas lega.

"Aw-awak, bila sampai?" Tegur Aidina pada suaminya. Bukankah Aidin cakap ada meeting tadi?

Aidin mendekati Aidina yang berdiri di hujung anak tangga. Masih tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

"Nak pergi mana?" Aidin mengulangi soalannya. Mata meneliti setiap inci wajah isterinya. Lentikan bulu mata, hidung yang mancung dan bibir yang munggil membuat Aidin merasa tertarik untuk menyentuh wajah itu.

Namun ego yang tinggi mampu menahan setiap genjolak dalam hati.

"Saya nak naik atas." Kaki baru sahaja melangkah naik anak tangga namun pergelangan tangan disambar oleh Aidin. 

"Ada apa?" Soal Aidina. Mata fokus ke wajah suaminya.

"Kita naik sama-sama." Pergelangan masih dalam genggaman Aidin. Kaki menuruti langkah suaminya dengan mata liar meneliti sisi wajah suaminya yang berkumis halus. Menambahkan lagi karisma nya.

"Masuk." Arah Aidin bila sampai di satu bilik. Aidina patuh, tidak berkata apa-apa.

Sebaik masuk dalam sebuah bilik itu, dia berdecak kagum dengan ruangan bilik peribadi suaminya. Jelas dengan sususan perabot dan warna cat yang hitam keemasan membuat ruang itu nampak luas dan selesa.  Aura yang gelap itu seperti sudah sebati dengan sisi suaminya.

"Cantik..."  Puji Adina menyentuh jubin meja kaca yang berukiran bunga emas. Aidin diam lalu mengambil duduk di kerusi, membiarkan isterinya menikmati ruangan peribadinya kini.

"Duduk." Aidina menuruti arahan suaminya.

Baginya setiap arahan yang keluar dari mulut suaminya itu penuh dengan ketegasan. Tiada orang yang mampu membantah. Aura yang dimiliki oleh suaminya itu seperti singa yang berdiam diri.

Singa ditakuti kerana dia pendiam. Sedangkan anjing dijadikan mainan kerana dia terlalu banyak menggonggong.

Aidin menatap isterinya dengan penuh kedinginan membuat Aidina  tidak senang duduk dengan tatapan itu. Kedua-keduanya hanya diam hanya detikan jam yang menghasilkan bunyi kecil di ruang itu.

"Listen here, aku tahu kau terpaksa terima perkahwinan ni dan aku pun tak nak kahwin dengan kau"

Perasaan Aidina bagaikan dihempap dengan sesuatu namun ditepis kerana dia sedar. Dia hanyalah pengantin pengganti yang tidak layak diberi kasih sayang.

Aidin meneruskan percakapan nya.

"Just teruskan hidup macam biasa seperti kita tiada hubungan. Kau urusan kau, aku urusan aku. Aku tak kan sentuh kau sepanjang perkahwinan ni."

Mampu ke kau tahan Aidin? Encik akal bertanya, encik hati diam memikirkan jawapan.

"Kau faham kan?"

Aidina mengangguk. Dia hanya mendengar tanpa berkata apa-apa. Hati menjerit mahu keadilan namun dia tidak mahu berharap lebih. Tidak mahu menunjukkan perasaan cintanya buat kali pertama.

Cinta ditolak memang tidak enak. Lebih tidak enak lagi, jika kita sudah berfikir dia mampu buka hati untuk kita. Dia sedar, cinta lelaki itu hanya untuk adik tirinya.

Hujan punya alasan mengapa ia jatuh, namun Aidina tidak punya alasan mengapa hatinya jatuh kepada suaminya. Mungkin ini yang dinamakan cinta pandang pertama.

Namun Aidina sedar kita hanyalah hujan yang sama-sama berjatuhan lalu kemudian hilang dan menyisa basah dalam ingatan. Kebanyakan manusia menyukai hujan dan mengaguminya di balik jendela tapi mereka sering takut basah kerana derasnya.

"Kau cuma isteri diatas kertas. Jangan berangan-angan terlalu tinggi pada aku. Aku taknak nanti kau jatuh ke dalam lubang harapan. "

Aidina hanya diam mendengar memikirkan perasaan hatinya yang berkecamuk ingin membantah. Ingin mempekikkan jawapannya.

Netra mata Aidin menatap wajah isterinya. Lama mereka berdiam diri menyelami perasaan. Aidin sedikit pun tidak merasa bersalah mengunkapkan rasa terhadap Aidina.

Tiada kata-kata maaf akibat ego yang mengukirkan luka di hati isterinya.

Aidina menunduk menarik nafas yang dalam menenangkan hatinya yang bergejolak menahan marah. Api di dalam hati bisa dipadam dengan senyuman. Senyuman nipis menghiasi wajahnya.

Aidin terkedu melihat senyuman itu. Perkataan menyakitkan yang terluah di kedua ulas bibirnya mampu membuat isterinya tersenyum lagi. Sungguh dia tidak habis pikir apa yang membuatkan Aidina tersenyum.

"Awak dah habis cakap kan?" Aidina menahan suaranya dari serak menahan tangis. Masih lagi senyuman yang menutupi kesedihan hatinya.
Senyuman merupakan tangisan yang tidak terlihat.

Aidin sekadar angguk menunggu percakapan Aidina yang seterusnya.

"Kalau begitu saya pergi dulu." Pamit Aidina lalu bangun dari labuhannya. Menggerakkan kaki ke pintu keluar dengan menahan air mata melimpah dari kolamnya.

Hari pertama perkahwinan yang menyesakkan dada tidak seperti perkahwinan orang lain yang disulami bahagia. Kesedaran diri, dia tidak mampu memiliki hati lelaki itu.

"Kau tidur bilik lain. Aku taknak orang lain tahu kau isteri aku." Ucap Aidin menghentikan langkah Aidina.

Aidina mengangguk tidak berpaling ke arah suaminya dibelakang.  Menyembunyikan tangisan yang mengalir di pipi.

Aidin mengeluh lemah. Dia tidak mahu melibatkan cinta dalam hatinya.

'Love make people feel weak.'

Itu kata-kata yang dia pegang.

Namun dia tidak tahu, cinta yang ikhlas mampu membuat seorang menjadi kuat untuk mempertahankan cinta mereka.

_____________________________________________________________________

Mencintai seseorang tidak seharusnya memiliki. Namun bahagia dengan ketentuan Ilahi yang menempatkannya dengan seseorang yang lebih baik darimu.

Cinta tidak mengajar mu lemah tapi cinta mengajar mu kuat untuk melepaskan.
_____________________________________________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience