SEGI TIGA

Action Series 2668

Suasana di dalam bilik itu dicekam dengan kesunyian. Hanya lakaran pena di atas kertas yang menghasilkan bunyi kecil. Kertas yang berselerak di atas meja ditilik satu persatu. Memeriksa kesalahan lazim yang tercetak.

Keluhan lega diluahkan melepaskan penat akibat semalaman duduk di kerusi itu. Badan disandarkan di kerusi, pelipis dipincit dengan hujung jari. Pening memikirkan urusan projek besar yang akan dikendalikan olehnya.

Tambahan pula dengan masalah kes pelaku rogol adiknya serta pekerjaan kongsi gelapnya ,mafia. Itu semua ditanggung olehnya tanpa melibatkan sesiapa.

Telefon yang berdering dicapai lalu dilekapkan di telinga tanpa melihat nama pemanggil. Setiap perbualan yang dikatakan di seberang sana hanya dibalas dengan deheman ringkas.

"Bawa dia ke markas." Telefon ditutup sepihak setelah memberi arahan kepada anak buahnya. Kertas yang berselerakan di atas meja dikumpul lalu disusun dalam sebuah fail biru tua.

Tubuh bangkit dari kerusi. Dengan laju dia keluar dari bilik kerja peribadinya. Anak kaki berlari anak menuruni tangga. Encik akal mula membayangkan wajah ketakutan mangsanya di dalam kepala.

"Abang." Panggil isteri setelah nampak kelibat tubuh suami. Seharian sibuk dengan pekerjaannya sampai lupa dia sudah beristeri. Kepala dipangku kearah isteri.

Suara yang lembut, senyuman yang sentiasa menghiasi wajah membuat jiwa seorang lelaki tidak keruan. Namun, pegangan kata-kata seorang membuat dia menepis perasaan itu.

"Love make people feel weak.." kata-kata ayahnya bermain dan sentiasa ditanam di fikiran.

Wajah yang dingin, suara yang mendatar dan pandangan yang tajam. Itu yang ditunjukkan kepada isteri.

"Nak pergi mana?" Tanya Aidina mendekati suaminya. Senyuman tidak lekang dibibir.

"Kerja." Sepatah perkataan yang keluar di mulut. Tiada langsung senyuman dihadiahi kepada isteri.

Aidina diam. Masih memikirkan jawapan suaminya. Malam-malam sebegini masih kerja lagi ke? Kerja apa malam-malam begini?

"Ou.. jom lah kita makan dulu." Tangannya dipegang oleh Aidina namun ditarik semula.

"Sorry, I have to go" Pamitnya lalu beredar ke pintu utama. Tangan baru mahu memulas tombol pintu tapi terbantut dek suara lembut isterinya.

"Abang." Kaki mendekati tubuh suami di muka pintu utama.

"What?" Mendatar suaranya berbalik badan kearah isterinya.

"Nak salam." Tangan dihulur dihadapan suaminya. Aidin agak-agak mahu menerima huluran itu. Namun, bila dipikirkan hubungan mereka yang berstatus suami isteri disambut juga huluran salam itu.

Setelah bersalaman, Aidin berlalu meninggalkan isterinya tanpa berkata apa-apa. Tidak lama, bunyi deruman kereta keluar dari perkarangan rumah banglo itu dan laju membelah jalanan yang padat dengan hutan tebal.

Aidina menghantar kepergian suaminya di ambang pintu. Terus pintu utama dikunci bila rasa diri diperhatikan. Sudahlah tinggal di tengah hutan tambah pula hanya dia seorang sekarang ini. Seram!

Nafas dihela menenangkan diri cuba untuk membuang fikiran karut. Dia terduduk sayu di sofa dihadapan televisyen. Mata ditumpukan ke kaca televisyen namun otak menerawang jauh tentang kehidupan suaminya.

Memikirkan status barunya sebagai isteri orang membuat dia mengeluh kecil. Kata-kata Aidin di siang hari tadi bermain di fikirannya.

'Kau, kau. Aku, aku.''

Dia sedar dia hanyalah sebatas pengganti dan tidak mempunyai apa-apa. Perbezaan kasta yang jauh menimbulkan jurang pemisah yang banyak dalam hubungan rumah tangga mereka.

Jika Aidin tidak dapat memberi kasih sayang kepadanya tidak mengapa. Jika Aidin melepaskannya, dia akan terima dengan hati yang terbuka tanpa luka. Bukankah cinta tidak boleh dipaksa. Percuma sahaja berkasih jika cinta tidak sehaluan.

Namun dia tidak akan berputus asa. Sekarat-karat besi dapat lentur juga. Sekeras-keras batu dapat pecah juga. Dia akan cuba mencari cara untuk mencairkan hati Aidan dengan lembut dan rela juga disakiti dengan caranya sendiri.

Bibir Aidina membentuk senyuman apabila satu idea melintas di fikirannya. Harap-harap dengan ideanya ini dapat memikat hati Aidin untuk mencintainya. Tidak salahkan sang isteri berharap akan cinta seorang suaminya sendiri?

Detakan tumit kasut menghiasi ruang gelap hanya bulan yang dijadikan cahaya bagi deria penglihatan. Di dalam ruang itu, ada sekunjur tubuh sedang disiksa dengan kedua tangannya digantung tinggi.

Hembusan nafas terlihat di udara akibat terlalu kesejukan. Kepala ditonggak untuk melihat siapa yang hadir di ruang itu. Mata yang lebam dengan darah yang sudah mengering dibuka dengan perlahan-lahan akibat kepedihan.

"De-devil.." Tenaga sudah tiada hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Di hadapannya kini, terdapat seorang lelaki yang sedang melihatnya dengan senyuman sinis.

Rokok di tangan dibuang sebelum dia menghampiri tubuh yang lemah itu. Wajahnya mendatar nampak tenang bagai air lautan. Ingat pepatah melayu ada mengatakan.

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.'

Tangannya mengusap lembut pipi yang dipenuhi darah kering itu.

"Zacky..." Suaranya menderet halus.

Sekunjur tubuh Zackrul mengigil mendengar nama itu. Gelaran baginya dalam dunia mafia.

"Why Zacky..?" Pertanyaannya mempunyai makna tersirat yang mampu difahami oleh mereka berdua.

Zackrul mengeleng lemah.

"I' sorr- " Kata-kata Zackrul dipintas.

"Late. Your sorry are useless." Mendatar suara Devil tanpa sebarang riak. Wajah menunduk menahan emosi dari meledak apabila melihat si perogol adiknya.

"Keara trauma." Ujar Devil perlahan. Zackrul angkat kepala. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Devil. 

"I-"

Devil yang tersulut emosi tidak dapat lagi menahan diri. Belum sempat noktah Zackrul berkata, tanpa aba-aba tangan Devil langsung terangkat menincu perut lelaki itu.

"Because of you, she scare of me. She scare from everyone!"

Devil terus memukul Zackrul tanpa jeda. Darah yang keluar dari mulut Zackrul bagaikan aroma yang menusuk di rongga hidung Devil. Satu sudut bibir terangkat. Dia tersenyum puas melihat mangsa terkulai lemah dihadapannya.

Bagaikan iblis yang muncul sebagai manusia. Senyuman di wajahnya langsung pudar mengingat keadaan adik angkatnya kini.

"Boys!" Berlari-lari anak-anak buahnya mendengar jeritan lantang tadi. Bagi Devil 'mereka' hanyalah budak-budak yang hanya mampu menurut tanpa dibenarkan membantah.

Itulah Devil. The heartless mafia. Tiada perasaan perikemanusian langsung di dalam hidupnya.

"Yes master!" Tangan mendabik hormat. Seperti anak patung mata lurus memandang hadapan. Aura yang dimiliki oleh Devil membuat mereka gerun untuk melihat wajah bengis itu.

"Get ready for the 'meal' " Tersungging sinis sudut bibirnya. Mata tidak lepas memandang susuk tubuh yang terkulai lemah.

The boys  yang faham isi tersirat dalam arahan tuan muda mereka menuruti perintah. Katil khas dibawa ke dalam ruangan itu, tiga orang cuba melepaskan tubuh Zackrul dari gantungan lalu dibaringkan di katil khas itu.

Kedua tangan dan kaki Zackrul di ikat begitu juga dengan leher yang turut di ikat dengan dawai besi berduri. Zackrul hanya mampu mendesah kesakitan.

Devil menunggu 'anak-anak' nya dibawa masuk ke dalam ruangan itu. Tanpa menunggu lama, seorang anak buah masuk dengan troli yang tersusun dengan 'anak-anak' Devil. Devil menatap setiap 'anak-anak' yang tersusun kemas.

Pilihan mata Devil tertancap pada tiga bilah pisau kecil yang bergerigi. Senyumannya melebar. Tangan terhulur menyentuh pisau kecil lalu di pandang pisau kecil dengan tubuh lemah itu bersilih ganti.

Devil mendekati tubuh yang terbaring lemah itu dengan jari liar bermain  ketiga-tiga bilah pisau kecil itu. Satu bilah pisau dibawa bermain-main di wajah pucat yang dipenuhi darah kering. Pisau itu dibawa perlahan dari kepala hingga ke dagu.

Seluruh tubuh Zackrul menggigil hebat melihat perangai 'setan' berbadan manusia dari sisi gelap Devil. Mungkin inilah sisi Devil yang ditakuti ramai sehingga ramai yang tidak mahu berhubungan dengan Devil. Takut nyawa mereka melayang dicabut oleh Devil, anak mafia Itali.

Dengan satu gerakan, bebola mata Zackrul ditikam dan dicungkil dengan benda tajam itu. Raungan kesakitan Zackrul bagaikan candu buat Devil ingin terus menyiksa tubuh itu lagi.

Dicari lagi titik lemah bagi membunuh manusia secara perlahan. Senyuman sinis melakar di bibir bila titik kelemahan dikesan. Jari-jari panjang Zakcrul yang bergetar-getar diperhati sebelum kesepuluh jari itu dipotong dengan pisau kedua.

Pekikan kesakitan Zackrul bagaikan desahan kenikmatan baginya untuk meneruskan penyeksaan ini. Devil mendongak kepala lalu desahan kuat dilepaskan. Pisau terakhir bermain di tangan.

Mata mencari titik terakhir sebelum Zackrul mati di tangannya.

"Darren!"

Darren yang turut menyaksikan penyeksaan itu, berdiri tegak dihadapan tuan mudanya.

Pisau kecil terakhir itu dihulurkan. Darren meneguk kesat air liur memandang pisau kecil itu. Tangan tergetar-getar mencapai huluran itu. Darren memerhati pisau kecil ditangannya.

Satu sudut bibir Devil naik melihat keberanian anak buahnya. Not bad. Monolog Devil dalam hati. Bibir di dekat ke arah telinga Darren.

"Find the last point." Bisiknya halus lalu duduk di kerusi tunggal khas untuknya tidak jauh dari tempat situasi. Ingin memerhati dari jauh.

Darren memandang tuan mudanya yang duduk tidak jauh dari situ. Peluh mula menitik di dahi bila mendengar bisikan itu. Nafas ditarik cuba berfikiran tenang.

"Make it normal boy.." Darren memberi semangat untuk diri sendiri.

Mata Darren memerhati segenap tubuh telanjang Zackrul yang terbaring lemah di katil. Dia melihat kedua-dua yang telah ditanda oleh Devil. Encik akal berfikir.

Zacky... perogol adik Devil.

Mata... kedua mata yang telah melihat tubuh polos Keara.

Jari... menyentuh tubuh polos itu.

"And I found the last point..."
Darren duduk mencangkung di sisi katil, lebih tepat di kepala Zackrul. Bibir didekatkan di  daun telinga Zackrul.

"Can I touch it? " Senyuman penuh makna melengkung di bibir Darren. Dia kembali berdiri lalu dilabuhkan punggung dibirai katil, lebih tepat di celah kangkang Zackrul.

Zackrul yang tahu makna tersirat pintaan Darren hanya mampu meraung. Kepala tidak mampu digeleng, tangan dan kaki tidak mampu meronta akibat diikat dengan dawai besi berduri.

Kekekan halus didengari sembari pisau kecil diputar bermain di jari. Anak buah yang lain menunggu Darren melakukan aksi yang terakhir sebelum Zackrul ' dikuburkan ' hidup-hidup oleh Devil.

Tanpa menunggu masa berlalu, pisau kecil itu dibawa mendekat ke arah tempat sulit Zackrul lalu dikerat dengan sekali libasan. Anak tekak Zackrul sudah pecah kerana lolongan kesakitan.

Devil yang berada tidak jauh dari situ, tersenyum kepuasan dengan tindakan akhir Darren. Walaupun Darren masih baru di tempat ini, namun keberaniannya seperti sudah biasa melakukan pekerjaan sedemikian.

Tepukan pujian diberikan oleh Devil sambil mendekati anak-anak buah bersama sekulai tubuh yang ' nyawa-nyawa ikan '. Nyawa Zackrul bagaikan sudah dihujung tanduk.

Penyesalan selalu terlambat. Itulah yang dirasakan oleh Zackrul sekarang ini. Sesal kerana telah bermain api mengusik ' barangan ' kesayangan Devil. Namun penyesalan itu tidak ada dalam kamus hidup Devil. Baginya sesal buat kehidupan terus mundur tanpa kemajuan.

Pisau dikembalikan kepada tuan mudanya lalu kepala ditunduk hormat. Devil tersenyum nipis seraya berkata..

"You can read my mind well..." Pujian nipis diberi dan dibalas dengan tundukkan rendah diri seorang anak buah.

"Last wish..? " Pistol diacukan tepat di kepala Zackrul. Melihat rahang Zakcrul bergerak seperti mahu mengatakan sesuatu, kepala Zackrul terus ditembak tanpa menunggu Zackrul membuka mulut.

Darah terpancur di mukanya sehingga ke lantai membuat Devil tersenyum sinis. Raungan, lolongan, pekikan kesakitan Zackrul bagaikan desahan yang bermain di minda bagi Devil. Ahhhh, sangat menikmatkan.

Anak-anak buah hanya memerhati Devil yang mengilai ketawa bagai orang gila dengan ketakutan. Air liur yang ditelan seperti tersekat di anak tekak. Sakit! Kesat!

"Darren.. why you choose that part? " Pisau yang berlumuran dengan darah dihala kepada alat sulit Zackrul yang terkulai dilantai. Netra mata memandang Darren yang berada di sebelahnya.

Darren menggaru puncak hidung seraya berdehem kecil untuk menghilangkan ketakutan melihat mata helang milik Devil terkunci kearahnya.

"Because it's so big master." Jawabnya spotan. Mulut dikemam bila terlepas cakap. Anak-anak buah lain mengemam bibir menahan tawa dari meletus.

Satu kening Devil terangkat mendengar jawapan itu. Dipandang Darren dari atas hingga bawah.

"It's not what you think, I just found your hints "

Devil berhadapan sepenuhnya di depan Darren menantikan sambungan seterusnya.

"Eyes, the eyes that had seen Keara's innocent body. The fingers that had touched the innocent body. Lastly, the d*** that had raped Keara."
Perjelasan diterangkan dengan teliti oleh Darren.

Dalam pipi ditolak dengan hujung lidah. Puas hati dengan penerangan itu.

"Master."  Devil berpaling ke belakang menghadap penyeru namanya. Sebelah kening diangkat tanda apa.

"Aidan venìre." Devil angguk sekali lalu memberi arahan ringkas dengan isyarat tangan kepada 'budak-budak' sebelum dia melangkah keluar dari ruangan itu.

The boys menghela nafas lega. Ada yang mengurut dada dan ada yang terduduk. Kendur sendi lutut sebab lama berdiri.

"Sudah, cepat tanam mayat ni sebelum dia mengamuk." Pesan Darren mengingat kepada yang lain.

"Ada apa kau panggil aku datang tempat busuk ni?" Tanya Aidan sebaik figura abang jatuh dalam pandangan mata. Aidin membiarkan sahaja soalan si adik diam bersepi lalu duduk di sofa. Jari telunjuk dinaik memberi isyarat duduk kepada adik.

"Master, your coffee" Seorang perempuan mencelah masuk ke dalam bilik itu lalu meletakkan dua cawan air kopi di atas meja. Mata Aidin lurus memandang adiknya yang memerhati pemergian perempuan itu.

"Coffee." Air kopi yang masih panas disua kearah adiknya lalu dihirup perlahan.

"Apa tujuan kau panggil aku kesini?" Datar nada suara Aidan bertanya.

Aidin tersenyum nipis lalu meletakkan kembali cawan di atas meja. Melihat senyuman si abang entah mengapa hatinya terasa panas.

"Nurul Aidina Syafiekah." Sebaris nama terluncur di dua ulas bibir merah jambu Aidin. Aidan tercengang mendengar nama buah hatinya disebut oleh si abang.

"Kau buat apa dengan dia?" Aidan mengawal amarah dalam dirinya dari melentus. Aidin hanya beriak tenang sambil mengendikkan bahu keatas.

"My wife.." Tenang Aidin berkata. Mata berlawanan dengan adiknya.. Seperti dapat melihat api di dalam mata itu Aidin berkekek halus persis seperti memerli. 

Aura di dalam bilik itu sangat panas umpama jarum dilentur dalam api. Abang yang bersikap tenang seperti air lautan dan pandangan adik yang tajam seperti menahan sesuatu terhadap si abang.

"Takde apa-apa ucapan tahniah ke?" Aidin bertanya sinis membuat Aidan memuak naik darah. Tangan digepal kuat sehingga putih kuku. Rahangnya mula mengeras.

"Apa maksud kau sebenarnya!?" Tanya Aidan berdiri dengan mendadak. Jari telunjuk dihala kearah muka abangnya yang hanya beriak tenang.

"I have a deal with you.. " Ujar Aidin mengangkat muka ke adiknya. Berkerut muka Aidan tidak faham motif si abang. Tangan dijatuhkan perlahan dari dihala ke muka Aidan. Cuba bertenang!

"Kau kahwin dengan Keara." Empat baris perkataan yang terluncur dari mulut Aidin semakin membuat Aidan naik gila.

"What!? No! Aku tak setuju." Bantah Aidan. Gila ke nak satukan aku dengan orang yang aku sendiri tak suka. Aku sendiri benci perempuan murahan macam tu. Monolog Aidan dalam hati.

"Keara trauma Aidin. She don't have anyone to protect her. " Aidin cuba berlembut dengan percakapannya. Harap budak ni tak keras kepala sangat.

"What do I care? No! Buat bantak apa aku nak terlibat sekali? Kau kan beria sangat janji nak jaga dia. So, where's your promise? "

Aidin mengeluh kecil. Muka diraup dengan tangan. Cuba bertenang dari menekam darah daging sendiri. Dia bangun dari duduknya sejajarkan ketinggian dengan Aidan.

Nafas kecil dihela sebelum dia berkata..

"Aku dah ada isteri"

"Well.. laki boleh kahwin empat." Cantas Aidan memotong percakapan abangnya.

"Just listen to my word Aidan." Aidin cuba bersabar mengawal kemarahan dari melentus.

"Okey.. teruskan." Jawab Aidan selamba. Menyerah pada kata-kata abang yang seterusnya.

"Adik trauma Aidan.. dan aku tak boleh jaga dia selalu. Aku taknak dia kecewa dengan aku. Dia sudah terlalu banyak berharap dengan perjanjian yang aku taburkan untuk dia."

Nafas ditarik. Aidan menunggu sambungan abangnya.

"Aku tahu perasaan kau pada Aidina." Aidan bergelak sinis. Sudah tahu dengan tujuan asal abangnya.

"So, kau nak gunakan Aidina. Begitu?"

"Kau gila ke Aidin. Hanya sebab perempuan sundal tu kau rela taruhkan bini kau sendiri. Hei, aku tak gilalah sampai isteri abang sendiri aku nak kauk. Aku tak tahu macam mana kau boleh kahwin dengan dia tapi aku terima keadaan dengan ikhlas. Aku terima Aidina jadi isteri kau. "Sambung Aidan menahan bara dalam hati.

"Aku tak cintakan dia Aidan!" Nada Aidin sudah naik seoktah.

"Aku telah diperbodohkan dengan keadaan." Sambungnya dengan nada lirih. Penat! Penat dengan semua benda bodoh ni.

"Baik, aku setuju kahwin dengan adik kesayangan kau tu." Perkataan 'kesayangan' sengaja ditekan.

"Tapi dengan syarat, kau berikan Aidina pada aku dalam keadaan baik." Tambah Aidan lalu ingin berlalu dari situ.

"Aku takkan sentuh dia kalau itu yang kau nak." Langkah Aidan terhenti  mendengar kata-kata abangnya.

"I will keep your word." Kata Aidan tanpa melihat ke belakang lalu pergi berlalu dari situ meninggalkan abangnya keseorangan.

Aidin meraup rambut kebelakang lalu terduduk di sofa. Satu persatu masalah datang ke dalam hidupnya tanpa dipinta.

 

Perasaan Aidan kali ini hanya satu, iaitu melepaskan kekecewaannya. Sejujurnya, dia tidak rela dengan perkahwinan abangnya dengan wanita buah hatinya. Namun bila memikirkan hubungan darah dagingnya sendiri menjalinkan ikatan tersebut. Dia terpaksa rela dalam ketakpaksaan.

'Mencintai tak seharusnya memiliki...'

Semua telah berubah, sesuai hukum alam. Yang hangat tak lagi mendakap, yang dingin tak lagi membeku. Pada akhirnya dia sendiri harus menguatkan hati.

Satu cara untuk kali ini, adalah memaksa melupakan. Memaksa walaupun hati ini sentiasa bergerak untuk mencintai.

Dirinya benar-benar bodoh. Menumbuhkan duri dalam diri sendiri kerana tak bisa menjadi bunga mawar untuk seseorang. Kalau dia tahu apa yang ditakdirkan untuknya, lebih baik dia mati daripada berduri tak berbunga.

Kini dia hanya mempunyai setitis luka yang tidak ada ubatnya. Sendiri. Kosong nadi ini. Dia hanyalah sebatas bayangan yang ditinggal di belakang.

Urat mula menegang, rahang mula mengeras. Kereta dipecut laju tidak peduli dengan pengguna jalan raya lain. Penuh dengan kegilaan dia memecut kereta. Tujuannya hanya satu, menuju ke suatu tempat yang dia pasti wanita buah hatinya berada disana.

Kereta diparkir di bahu jalan yang berhampiran hutan tebal. Pandangan dilebarkan ke sekeliling kawasan itu. Melihat dirinya aman tanpa sebarang kawalan, laju dia berlari memasuki hutan tebal itu.

"Aidan?" Seru Alex apabila Aidan tiba-tiba memasuki kawasan penjaga sebuah rumah yang perlu dikawal oleh mereka. Mereka disini adalah pegawal-pegawal yang telah diupah oleh Aidin untuk menjaga kawasan kediamannya daripada diserangi oleh pihak musuh.

Aidan yang sedikit kelelahan menormalkan detak jantungnya dahulu sebelum berniat ingin melepasi pagar yang mengelilingi sebuah rumah banglo. Namun niatnya terundur apabila Alex menghalang laluannya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Alex berhadapan Aidin menghalang laluan lelaki itu. Aidin mendesah kuat. Bola mata diputar ke atas.

"Tepi!" Arah Aidan tegas. Pandangan dingin ditujukan kepada Alex. Walaupun dikegelapan malam dan keadaan tengah hutan yang begitu gelap, Alex masih dapat melihat pandangan helang lelaki itu.

"Aku hanya bertugas untuk abang kau, bukan kau." Ujar Alex yang masih beriak biasa. Pandangan lelaki itu langsung tidak dapat membuat hatinya getar.

"Tepi sebelum aku bunuh kau Alex." Ucap Aidan mencabar lawannya. Namun balasan yang dia dapat adalah kekekan halus dari Alex.

"Bagaimana rasanya menjadi batu diantara bulan dan bintang?" Tanya Alex, lebih tepat memerli lelaki dihadapannya.

"Apa maksud kau?" Aidan berbalas soalan. Tidak memahami maksud dalam pertanyaan yang diaju kepadanya. Alex tersenyum nipis seraya berpaling ke arah sebuah rumah yang tak jauh dari keberadaan mereka.

"Sakit bukan? Kau menunggu dia seolah-olah dia adalah berlian dan permata, menghadiahi ucapan cinta kepada dia. Nyatanya sekarang, kau yang terbuang." Jelas Alex yang langsung difahami oleh Aidan

"Kau tak tahu apa-apa Alex." Aidan mengelak namun mendapat dengusan geli hati dari lawan bicaranya.

"Terluka dalam kesedihan dan kekecewaan tidak dapar digambarkan dengan seribu kalimat bahasa sekalipun. Jangan jadi bodoh mengejar orang yang tidak pernah mengaku mencintai kau." Ujar Alex dengan pandangan masih lurus ke sebuah rumah yang dillingkari dengan pagar besi.

"Ingat kau terjebak dengan rasa yang sama tapi status yang berbeza." Tambah Alex lalu menepuk bahu kanan Aidan.

Aidan hanya diam seperti termakan dengan kata-kata lelaki itu.

"Aku akan tunggu dia." Ujar Aidan memandang tepat anak mata lelaki di hadapannya.

"Apa kau boleh memilih takdir?" Soal Alex melawan pandangan dingin sambil menunggu jawapan dari Aidan. Namun jawapan yang dia dapat hanyalah diam. Aidan hanya senyap, tidak berniat ingin mengeluarkan sepatah perkataan pun. Baginya soalan Alex sangat susah untuk dijawab.

"Untuk memilih pun kau masih tidak yakin." Ujar Alex lalu kedua-duanya diam mendalami perasaan.

"Ucapkan terima kasih atas kehadiran dia lalu lupakan dia dan bukalah hati kau dengan menyambut kehadiran seseorang yang betul-betul ikhlas pada kau. " Sambung Alex.

"Melupakan tidak semudah yang kau sangka Alex. Melupakan disaat hati ini masih mencintai dia. Aku akan gagal dalam perihal itu Alex." Ucap Aidan sambil mengeleng kepala.

"Itu bukan cinta, itu hanyalah kebodohan dalam terobsesi." Kata Alex. Aidan mendengus geli hati.

"Apa aku peduli? Kau kenal aku macam mana Alex, seorang yang suka permainan kejar-mengejar dan aku akan buktikan yang aku dapat kejar perempuan tu."

Alex tertawa nipis. Ah bukan, lebih tepat dengusan memerli.

"Well.., aku akan tunggu perperangan bermula." Ujar Alex lalu berura-ura ingin meninggalkan Aidan.

"Aku tinggalkan kau untuk kau fikir dengan dalam dan anggap saja ini sebagai rahsia kita berdua." Seraya berkata begitu, Alex pergi dari situ dengan selebar senyuman yang tidak dapat difahami oleh sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience