"Haa kahwin?" Biar betul orang tua ni, aku tau aku salah tapi tak perlu la nak suruh aku kahwin dengan mamat gila tu. Benda boleh bincangkan? Detus hati Balqis. Bengang dengan keputusan bapa tirinya.
"Kamu kena kahwin dengan dia juga Aqish. Kamu setuju atau pun tidak papa tak kira, ini keputusan papa." Tegas Malik berujar supaya anak tirinya faham dengan masalah sekarang. Buat perangai sangat sampai menyusahkan orang tua. Anak apa macam ni?
"Pa, Aqish taknak kahwin dengan mamat gila tu. Benda boleh bincangkan." Balqis tegas tidak menyokong kata-kata Malik. Gila orang tua ni nak suruh aku kahwin dengan mafia. Tak hingin la aku!
"Bincang? Kamu kata bincang Aqish. Kamu ingat senang ke nak berbincang dengan ketua mafia terkejam dekat negara ni. Siapa pula suruh kamu buat hal? Huh!" Terjerit Malik berkata supaya budak pembuat masalah ni sedar sikit. Cakap memang la senang, nak buat tu susah. Lagi-lagi dengan orang ternama.
"Alaaaa, papa kan psikiatri papa pujuk la dia. Boleh?" Balqis cuba sesi merayu bapa tirinya. Harap orang tau ni termakan la rayuannya. Minta lembut sikit hati orang tua ni.
"Aqish, kamu tau tak kamu telah buat masalah dengan siapa. Mafia Aqish, mafia. Cuba sedar sikit, bangunkan otak kamu yang dah bodoh tu. Kamu cakap senang la." Hesy keras kepala juga budak ni. Dah bekali-kali aku terangkan tak faham-faham juga. Makan apa budak ni masa kecil.
"Bodoh? Pa mamat tu yang bodoh. Aqish dah cakap kan yang Aqish tak sengaja peluk dia. Aqish mabuk masa tu... Mana la Aqish tahu siapa yang Aqish peluk." Tetap membela diri si Aqish ni. Tak nak mengalah langsung.
"Mengaku pula kamu mabuk. Siapa suruh kamu mabuk? Papa dah larang kan jangan pergi kelab, jangan ikut kawan kamu yang perangai tak baik tu. Tapi ada kamu dengar, takde degil. Ikut kepala kamu jer" Gertak Malik geram. Hilang sabar.
Mayang yang turut berada disana hanya dapat menyaksikan perang mulut tanpa berani mencampuk.
"Papa tak kira, kamu kena kahwin jugak dengan dia. Setuju atau tak papa tak peduli. Yang penting kamu kena tanggungjawab atas apa yang kamu dah buat. Berani buat berani tanggung. Dan lagi satu jangan bagitahu dekat sesiapa pasal benda ni. Kalau ada sesiapa yang mulut murai pergi cerita dengan orang lain termasuk Aidina, dia tak akan segan untuk bunuh kita. Ingat tu!" Malik memberi amaran sebelum berlalu meninggalkan Balqis bersama Mayang.
"Maaa, macam mana ni. Aqish taknak.. please" Rengek Balqis mendekati mamanya. Mayang menyambut tubuh Balqis dalam dakapan. Dakapan seorang ibu untuk menyalur semangat. Sungguh memang dia tidak tega Malik memarahi anaknya, tetapi dia tidak berani untuk menentang keputusan suami. Silap! Keputusan Alpha.
"Shhh, nanti mama pikir macam mana ye..." Mayang memujuk anak daranya yang berada di dalam dakapan. Pasti ke dara, jangan-jangan dah kena tebuk. Opss!
Sejak dari tadi, dia sudah geram dengan sikap dan percakapan suaminya terhadap satu-satu anak perempuannya. Tetapi dia tidak boleh membantah tindakan suaminya kerana suaminya hanya menurut perintah si Iblis yang dihantar ke dunia.
Flashback
Suasana di dalam kelab yang terkenal di Kuala Lumpur itu amat riuh dengan bunyi detuman musik dan sorakan dari para pengunjung. Bau air kencing syaitan yang memenuhi ruangan itu boleh membuat saluran penafasan tersekat tetapi tidak pada manusia yang sedang membuat nikmat syurga mereka sendiri. Bagi mereka ini adalah syurga dunia yang patut dinikmati.
Gerakan badan lengkak-lengkok kaum hawa yang sedang menari di palang tiang dengan hanya memakai pakaian dalam telah menaikan syahwat kaum adam yang berada disitu. Ahhh, tayangan percuma untuk para lelaki yang bernafsu kuda.
Disini, terdapat pelbagai golongan sedang menari menikmati suasana yang tercipta oleh mereka sendiri. Mabuk? Sudah wajar bagi mereka yang berada disini. Bahkan ada yang lebih dari itu. Di penjuru kelab itu, terdapat beberapa orang sedang... argh!, jijik aku mahu bilang. Apa-apa pun lebih dari mabuk.
"Qish! Aku perasaan kan dari tadi lagi, jantan tu tengok kat kau." Jerit kecil Emily memanggil kawannya yang sedang menari bersama 'jantan' di keliling pinggang. Jantan, panggilan itu memang sesuai untuk para lelaki disini. Jantan bermata belang.
"Iye, aku dah tau. Argh! Pedulikan, buat masa sekarang ni kita enjoy." Tempik Balqis. Gelas berisi air kencing syaitan diangakat tinggi dan ditelan dengan sekali tegukan. Macam ular sawa menelan mangsa.
"Woi Qish, aku cabar kau pergi dekat dia. Aku rasa dia pun dah minat kat kau tu. Dari tadi mata atas bawah atas bawah je perhatikan kau." Hasuk Becca. Diangguk setuju oleh Emily. Mereka tahu Balqis ini seorang yang pantang dicabar dan cadangan ini pula sudah dirancang oleh mereka berdua tanpa diketahui oleh Balqis. Perangai licik menyerupai setan.
"Kalau aku terima cabaran kau, apa aku dapat?" Soalan ditanya oleh Balqis. Rasa tertarik dengan cabaran dan nak buat sesuatu mana boleh free, kena bayar.
Senyuman sinis tersungging disudut bibir Emily. Dia tahu Balqis akan setuju dengan tawaran ini. Balqis yang faham dengan tawaran yang dia akan dapati turut tersenyum.
Balqis tersenyum merekah mendengar 'hadiah' dari tawaran itu. Tercabar. Kau ingat aku tak berani ke bodoh. Ini Balqis laa, tengok ni.
"Kau macam tak kenal aku. Okey aku setuju! Tapi kau kena ingat kata-kata kau tu." Tabik dada nampak. Kena ingat weii orang cepat bangga ni lebih cepat jatuh tersungkur. Kaki dilangkah laju dengan gediknya dia berjalan.
"Oittt, sabar dulu. Kita minum dulu sebelum mulakan permainan." Dan kau la mainan tu. Detus hati Becca jahat. Ada kawan bodoh kita guna la kan, nanti melepas pulak.
Air arak diteguk dengan sekali sua. Semangat nak jadi 'annabelle'. Tak sabar aku nak nantikan nasib kemurungan kau Balqis. Bisik jahat hati Emily. Rancangan iblis telah berjaya. Bye piggy. Lambaian tangan dihadiah kepada Balqis yang sedang melangkah dengan sombongnya.
Mampus kau, dah lama aku tunggu saat ni. Selamat di'makan' oleh mafia. Tunggu ubat menyerap dalam badan kau dan kau akan dalam masalah. Emily berpadangan dengan Becca. Senyuman jahat menghiasi bibir.
"Hi....." Sapaan didahulukan apabila berjaya mendekati mangsa. Senyuman dihias dibibir untuk mengoda mangsa. Punggung dilabuh dan tangan dihulur untuk mengambil air kencing syaitan di atas meja. Tidak hirau berapa gelas sudah ditelan.
Ditoleh ke sisi apabila mendengar sapaan dari jalang. Senyuman herot dihias. Anak kucing ingin bermain. Arahan diberikan kepada anak buah melalui anak mata bahawa ada permainan yang ingin dia bermain.
"Tadi kenapa you pandang I macam nak tembus je." Senyuman meleret dan tangan diletak didada sambil mengosok sensual. Tidak dihirau dengan pandangan orang-orang yang mengawal keselamatan lelaki itu. Eleh! Tempat macam ni bebas nak pegang-pegang, nak cium pom boleh. Tiada orang peduli.
Lelaki itu mengangkat kening kiri mendengar pernyataan yang terluah dari dua ulas bibir 'jalang' di sebelahnya itu. Satu sudut bibirnya terangkat, sudah semestinya 'jalang' ini silap pandang. Tiada masa dia untuk melihat aksi murahan yang ditayangkan oleh perempuan-perempuan 'jalang' di tempat ini.
"Why.. can't i?" Mata diliarkan dari atas hingga bawah pada tubuh 'jalang' itu. Bibir dijilat sensual bagi menarik godaan. Kekekan halus yang keluar mulut perempuan , wanita, gadis. Agh! Lagi sesuai dengan panggilan jalang membuat hati psycho lelaki beriris biru itu meronta-ronta untuk menikam tepat di perut jalang itu.
Dia tiada masa untuk melayan kekekan hilaian perempuan jalang ini. Tujuan utama dia datang ke tempat sebegini hanya untuk mencari musuh yang telah merogol adiknya. Tetapi dengan kehadiran si jalang ini telah menganggu pekerjaannya.
"Tuan muda, Zackrul dapat bau kehadiran kita dekat sini." Ujar Alex dengan sedikit berbisik supaya tiada siapa yang dapat mendengar perbualan mereka yang merupakan orang kanan bagi kumpulan Dark Wolves yang terkenal di negara ini. Mata helang lelaki itu diarah kepada Alex sebaik mendapat info ringkas itu.
Isyarat mata diberi kepada Alex dan Ervan untuk meneruskan pekerjaan mereka. Alex dan Ervan yang turut faham akan panahan mata tuan muda mereka hanya menurut patuh dan segera berlalu dari situ untuk meneruskan mencari orang yang telah membuat ona dengan keluarga tuan mereka.
"Siapa mereka tu? Kacau je I nak bermanja dengan you." Merengus halus Balqis apabila dua lelaki tadi menganggu perbualannya. Air arak sentiasa diteguk walaupun rasa pening mula menghadirkan diri.
Lelaki itu hanya diam tanpa membuka mulut. Tiada masa dia mahu membalas kata-kata manis yang dilemparkan oleh perempuan jalang itu. Sungguh hati dia hanya berhasrat ingin membunuh perempuan jalang ini tetapi dia tidak mahu membuat keadaan di dalam kelab itu menjadi huru-hara.
"Tuan muda!" Anak mata diarah kepada Alex yang berlari menghampirinya. Nafas ditarik dan dihembus secara perlahan untuk menormalkan rentakan jantung. Melihat tajam anak mata tuan muda dihala kepadanya, ketakutan cuba menguasai diri secara perlahan tetapi dengan sedaya upaya ditepis untuk memberitahu berita penting kepada tuan mudanya.
"Tuan muda, Zackrul lari sebaik sahaja dia dapat tahu keberadaan tuan muda dalam kelab ini. Dan..." kepala ditunduk tidak berani menentang mata tuan mudanya.
"Ervan was shot." Ujar si ketua sebaik sahaja melihat figura orang kanannya memasuki pintu kelab dengan keadaan layu iaitu tangan kanan menekup bahu kiri yang ditembak.
"Tuan muda, perempuan tu.." Ujar Alex sebaik sahaja melihat tubuh perempuan yang sejak tadi bersama tuan mudanya jatuh memeluk tubuh tuan mudanya. Kelihatan keadaan perempuan jalang itu seperti mabuk.
Anak mata jatuh ke perempuan jalang yang sedang mendakap tubuhnya. Satu sudut bibirnya terangkat membuat pikiran jahat melayang di dalam kepala. Sesungguhnya dia amat benci dengan makhluk yang bernama perempuan. Dan disebabkan perempuan ini, pelan dia untuk mendapatkan si perogol adik terlepas.
"You have to pay for this baby...." Gosokan halus dilayangkan di atas kepala perempuan itu. Kemudian panahan mata dialih kepada Alex. "Find her identity!" Arah yang diberikan dipatuh oleh Alex dengan sekali angguk.
Alex tahu setiap arahan yang diberi oleh tuan mudanya pasti merujuk kepada perkara yang penting. Mungkin perempuan jalang ini ialah orang upahan Zackrul yang tidak diketahui oleh mereka.
Hi! This is my first novel dalam dunia oren ni... so saya harap korang suka dan vote chapter ni kalau korang berminat. Harap suka.
?typo merata-rata????
Susun sepuluh saya segala kesilapan.
Share this novel