BAB 12

Family Completed 5499

“Sayang, inikan bulan madu kita. Harap Nani faham.Mungkin lain kali ajelah kita pelawa Dayah.”

“Bukan apa, Nani tiba-tiba risaukan Dayah. Rajin dia sejak dua menjak ni. Macam tak tahu penat. Bila Nani suruh dia berhenti, dia mesti cakap…sebelum dia pergi, dia nak bereskan kerja rumah. Nani pelik. Dayah tu buat diri dia sendiri seperti hamba kat rumah ni. Ibu pula asyiklah marah-marah dia.” Shazriel menghela nafas. Tangan si isteri dipegang kukuh.

“Dayahkan nak ikut Nek Su balik kampung. Dayah tak cakap ke?” Hanani menggeleng seraya membulatkan biji mata. Terkejut!

“Kenapa dia nak ikut Nek Su?”

“Entah. Sajalah tu kut, nak makan angin.”

“Mesti dia merajuk dengan ibu.” Shazriel menelan liur. Pandangannya tepat memaku pada Hanani.

“Ibu marahkan Dayah. Sebab …” bibirnya dijuihkan sedikit menunjuk ke arah sepasang kakinya.

“Dan ni…” Hanani menarik sedikit kolar bajunya. Kulitnya merah bertompok.

“Dulu, Dayah pernah tumpahkah air panas. Terkena bahu Nani. Tapi Dayah dah minta maaf. Dia sapukan ubat setiap malam sebelum tidur kat bahu Nani. Ada sekali tu, masa Nani tengah terlena, Dayah peluk Nani. Kesan melecur ni, dia kucup sambil menangis. Lepas dia kena sebat dengan ibu. Nani sayangkan Dayah.” Suaminya membelai ubun-ubun milik Hanani. Simpati terhadap Hidayah melonjak tinggi. Ketara sungguh arus perubahan yang bermukim di jasad Hidayah sekarang. Mereka seperti janggal. Tidak semesra dahulu sewaktu mereka berteman. Sudah lama juga Hidayah tidak mengulumkan senyuman panjang sehingga ke telinga. Ketawa girang hingga menggapai atap bumbung.

“Kaki Nani dah sembilan tahun lumpuh. Ibu tetap tak boleh terima kenyataan. Bukannya salah Dayah, Nani cuba selamatkan dia dari kemalangan. Tak sangka melarat sampai ke hari ni marah ibu pada Dayah.” Shazriel mendekatkan wajahnya. Satu ciuman di bibir dihadiahkan buat Hanani. Isterinya tergelak kecil dengan kelakuan spontan Shazriel. Bahu suaminya ditumbuk manja.

“Abang ni…” Hanani menyembamkan mukanya di dada si suami. Lelaki itu mencuit hidung mancung Hanani.

Mereka bergurau-senda, bergelak ketawa… Sementara Hidayah di sebalik jendela memasang telinga. Ketika dia melihat Shazriel mengucup adik kembarnya, Hidayah cemburu berjuta-juta. Namun lekas dia membuang rasa sakit itu sejauhnya…Apakah lelaki itu tidak sedar bahawa dirinya wujud di situ?

Memerhatikan mereka sahaja, jiwanya setengah mati tanpa lelah tak henti-henti. Hidayah menarik nafas dalam. Tiada siapa dapat menduga bahawa dia sedang cemburu.

Begitu cemburu beribu-ribu sehingga tidak terhitung luka yang menusuk kalbu. Hidayah mengemaskan penampilannya. Ingin meminta diri. Ingin mengucapkan selamat tinggal buat si kembar.

“Assalamualaikum…” Hidayah berdiri di pintu balkoni. Dua pasangan mesra itu tersenyum. Shazriel lekas meletakkan semula isterinya di kerusi roda. Hanani mendongak. Ada lapisan di dahinya. Mengapa Hidayah bertudung? Mengapa Hidayah berpakaian kemas?

“Dayah…”

“Err, aku nak balik kampung dah ni. Aku balik dengan Nek Su. Teksi pun dah tunggu kat bawah. Bas gerak pukul lapan.”

“Kenapa?” soal Hanani ingin tahu. Hidayah mengetap bibir.

“Isy kau ni…Dah kahwin pun nak bermanja-manja.” Hidayah mendakap tubuh kembarnya seakan enggan melepaskan.

“Aku sayang kau. Ingat, aku kembar kau. Hidayah ni kakak kau dunia akhirat. Dan Hanani, adik aku dunia akhirat. Aku akan sentiasa doakan kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience