BAB 1

Family Completed 5499

Seperti selalu, Hidayah akan menyisir rambut Hanani si adik yang lumpuh itu. Kerana kesilapannya yang lepas, dia nekad untuk tanggung segala-galanya. Makan minum adiknya turut dijaga rapi.

Walau kadang-kala terasa jauh hati, namun dia tetap meminggirkan perasaan itu. Hanani cacat kerana perbuatannya. Hanani ingin menyelamatkan dirinya daripada dilanggar kereta.

Penyudahnya, Hanani yang menderita. Tak cukup pula dengan itu, Hidayah cuai melindungi adiknya. Gara-gara kecuaiannya, bahu Hanani melecur dek air panas yang tertumpah mengakibatkan kulit adiknya menggelupas kasar.

Setiap hari, kerusi roda tempat Hanani bergantung. Ibunya pula menyalahkan Hidayah seratus-peratus. Hanya si bapa tempat Hidayah mengadu kasih, di depan Allah SWT Hidayah merintih pilu. Sikap ketidakadil si ibu wujud semenjak Hanani ditimpa musibah.

Hanani ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sebagai seorang kembar, mana mungkin Hidayah tiada perasaan cemburu.

“Dayah, kenapa ni?” Hidayah lekas menggeleng. Rambut lembut Hanani masih disentuh melalukan sikat di celahan anak rambut hitam arang adiknya. Hanani berkerut lebat apabila melihat reaksi Hidayah tawar tidak semena-mena.

“Kau fikir apa Dayah? Masih rasa bersalah?” Hanani menghela nafas.

“Sudahlah, dah takdir aku lumpuh. Aku yang nak selamatkan kau. Ibu je yang susah nak faham. Sembilan tahun dah berlalu, Dayah.” Si kakak tersenyum nipis.

Berduaan bersama adik kembarnya di tepi kolam ikan serba sedikit selesa untuk mereka meluangkan waktu di hujung minggu. Hidayah menyentuh bahu milik Hanani. Adiknya sungguh menawan. Orang lain sering membandingkan dirinya dengan Hanani.

Meski mereka kembar, rupa Hanani lebih mendapat pujian ramai teman-teman kolejnya. Mejoriti sahabat-sahabat Hidayah semakin akrab bersama Hanani. Dirinya jauh terpinggir melainkan Shazriel yang sentiasa di kala susah senangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience