BAB 4

Family Completed 5499

Encik Zamri mengguman sendiri. Mereka berdua kembali menerpa ke ruang tamu. Hanani di samping Hidayah masih mengacu-acukan pakaiannya ke tubuh kakaknya. Hidayah mengerti, bahagian untuknya sifar.

Keseluruh barangan yang terdampar di dalam beg kertas adalah milik Hanani sepenuhnya. Dia tiada hak menyentuh segala pemberian Puan Azizah.

“Nani, pagi tadi ibu telefon Shaz. Ibu ajak dia datang makan malam kat sini. Auntie Mina dan uncle Ahmad pun ada sekali. Dia nak jumpa Nani katanya. Nani sukakan Shaz, kan?” Hanani tersipu malu.

Sementara Hidayah mencengkam baju. Shazriel, teman karibnya sewaktu di kolej. Pada hari raya tahun lepas itulah kali pertama Shazriel bersua muka dengan Hanani.

Itu pun Hidayah selaku orang tengah. Apa pun lebih menjadi tidak sangka selepas mendapat tahu Encik Ahmad merupakan rakan sekerja bapanya. Sama-sama mengajar di Universiti Putra Malaysia.

Hidayah di sofa cuba memaniskan mukanya. Shazriel, lelaki itu seperti memberi harapan kepadanya untuk didekati. Layanan Shazriel terhadapnya berhasil membuahkan cinta.

Namun sungguh tidak sangka, Shazriel lebih tertarik pada Hanani. Adiknya juga begitu.

“Ibu tahu Nani sukakan Shaz. Ibu pun sukakan dia. Orangnya baik. Umur Nani pun dah sesuai sangat untuk berkahwin.”

“Tapi Nani tak sempurna. Nani tak boleh berjalan.” Suaranya mulai kendur. Matanya menekur sepasang kakinya yang kaku mematung. Encik Zamri menghampiri Hanani.

“Nani, Shaz tu boleh terima Nani seadanya. Uncle dan auntie dah setuju mahu satukan Nani dengan Shaz. Shaz pun suka Nani jadi isteri dia. Eloklah Nani dan Shaz setuju.” Hidayah bungkam.

Sentap! Biarlah… Biarlah kebahagiaan itu menjadi milik hakiki buat Hanani. Andai perkahwinan adiknya bersama Shazriel dapat membayar setiap satu kedukaan yang memeritkan Hanani suatu ketika dahulu, Hidayah rela.

Dia menggengam erat tangannya antara satu sama lain. Saat dia melihat wajah senyuman mekar di raut Hanani, Hidayah merasakan kedamaian yang tidak berbelah bahagi.

Benaknya tenang dan aman… Andaikan saja Hidayah dapat menyentuh jiwanya, pasti dia akan membelainya. Betapa indahnya jika Puan Azizah tahu bisikan kata hatinya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience