BAB 6

Family Completed 5499

“Kau nak pergi mana?”

“Oh! Tak ada pergi mana-mana. Aku nak duduk luar aje…” Shazriel memanahkan pandangannya ke arah Hidayah.

Perempuan itu lekas berpaling. Dia enggan menatap raut jejaka itu lagi. Shazriel, calon suami Hanani. Bakal adik iparnya juga. Tak perlu menyimpan rasa kasih terhadap si lelaki itu.

Hidayah menghalakan kakinya ke buaian di taman permainan di depan rumahnya. Deruan bayu malam membisikkan madah agar teruskan berkental jiwa. Hidayah duduk memeluk lutut di atas bangku. Dia mengaku…Hatinya memiliki dua rasa.

Rasa pertama untuk si dia di sana. Kedua, saat indah semasa Hidayah bersama Shazriel. Sukar sekali untuk membicarakan soal ini…Kunang-kunang menyinari langit yang gelap. Menerangi hatinya yang redup. Hidayah mulai berangan tentangnya dan Shazriel.

“Dayah…” satu suara garau menegurnya. Hidayah mendongak. Lekas dia bangkit ingin beredar.

“Eh, nantilah dulu. Awak marahkan saya?” Hidayah laju menggeleng. Tubuhnya setia membelakangkan Shazriel. Berusaha memujuk diri agar beramah. Jangan tayangkan emosinya yang sakit tidak terkata. Fikirnya, andai layanan si ibu mencemburi jiwanya, tiada lagi cemburu untuk kali kedua. Ternyata, lelaki yang dicintai sudah terpaut hati terhadap adik kembarnya.

“Isy, ke situ pulak awak ni. Saya rasa tak manislah kita berduaan kat sini. Awakkan bakal adik ipar saya. Nanti apa pula kata Nani…Kata ibu dan mak awak. Silap haribulan boleh pula saya ni dituduh perampas.” Sejurus Hidayah meletuskan tawa. Melindungkan gundah di jiwa. Shazriel menekur tanah. Bulan dan bintang nun di singgahsana berkelipan memancarkan sinarnya.

“Maafkan saya, Dayah.” Hidayah mengesat airmatanya yang gugur ke pipi. Ya Allah! Sebaknya dada.

“Tak perlu minta maaf, Shaz. Apa yang awak buat ni semua betul. Mengambil Nani sebagai isteri adalah pilihan yang paling tepat. Awak bahagiakanlah dia. Kongsikan segala- galanya dengannya. Jangan awak kecewakan hati dia yang dah tulus sayangkan awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience