BAB 3

Family Completed 5499

Hidayah gembira. Puan Azizah menolak kerusi beroda yang dihuni Hanani masuk ke rumah mereka sekeluarga. Encik Zamri memimpin tangan Hidayah menyusuli langkah isteri dan anak keduanya.

Sebelum Hidayah menuju ke dapur, sempat dia meneguk segelas air di dapur terlebih dahulu. Dari dapur lagi, sudah kedengaran suara Hanani yang bergelak tawa. Ada ayat- ayat pujian yang terlontar di mulut Puan Azizah yang terpegun dengan keayuan Hanani mengenakan pakaian yang baharu dibeli tadi.

Aduh! Berkobar-kobar Hidayah ingin membelek pakaian untuknya juga. Laju dia meluru ke ruang tamu sederhana besar itu. Beg kertas Jusco dipegang. Pap! Puan Azizah menampar lembut tangan Hidayah. Gadis itu menjongket kening.

“Baju-baju dalam beg tu, Nani punya.” Hidayah mengangguk. Kerlingan matanya menangkap satu lagi kelibat beg kertas berwarna merah bertulisan putih. Baharu sahaja dia mahu capai… Pap! Sekali lagi tangannya ditepuk.

“Itu kasut Nani. Tangan tu duduk diam-diam.” Encik Zamri berkerut geram. Lantas pergelangan tangan isterinya ditarik. Bibirnya didekatkan di cuping telinga Puan Azizah.

“Awak ni kenapa Zizah?”

“Kenapa apa?”

“Awak tak belikan untuk Dayah?” soal Encik Zamri bernada keras.

“Zizah, awak lupa ke yang anak kita ada dua orang. Awak ni lebihkan Nani bukan main. Si Dayah tu awak buat tak peduli aje.” Puan Azizah memuncung. Isy!

“Abang, Nani tu sakit. Abang tak nampak keadaan dia? Jadi memang patutlah saya kena belikan Hanani baju, kasut, semua tu. Hidayah sihat fizikal. Kalau dia nak apa-apa dia boleh cari sendiri. Kita boleh bawak dia pergi beli baju baru. Ha, dengan kaki dia, satu bangunan dia boleh ronda. Tapi Nani?” bagaikan peluru yang terpancul keluar dari pistol kata-katanya terluah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience