BAB 2

Family Completed 5499

“Nani, kita berdua aje anak ibu. Ibu mengharapkan anak kembarnya ni saling menjaga antara satu sama lain. Tapi aku pulak cederakan kau. Kenapalah kau selamatkan aku dulu? Kan elok lebih baik aku aje yang tanggung ni semua. Disebabkan aku, kaki kau tak berfungsi. Disebabkan aku juga, hati ibu terluka.”

“Dayah, jangan ungkit hal lama. Kita tetap adik-beradik sampai bila-bila. Aku tak nak kau menungkan hal ni lagi. Ya?” Tangannya menggenggam jari jemari Hidayah. Perempuan itu tersenyum senang. Hidayah merehatkan kepalanya di ribaan Hanani. Ada airmata yang bergenang. Sememangnya bersama Hanani tidak semua perkara berdaya Hidayah luahkan. Tak! Hanya seperkara sahaja.

“Oh! Kat sini rupanya anak ibu. Penat ibu cari. Nani tak dengar ke ibu panggil tadi?” Celah Puan Azizah yang baru muncul di situ.

Wanita itu nampaknya sedang membimbit beg kertas yang agak besar saiznya. Hanani membalas senyuman ibunya. Begitu juga Hidayah. Serentak mereka berdua menghulurkan tangan tetapi tangan Hanani yang terlebih dahulu di sambut oleh Puan Azizah. Hidayah mengetap bibir.

Encik Zamri mengusap kepala kedua-dua kembarnya itu.

“Dayah, kenapa biarkan Nani kat luar ni? Hari dah nak hujan pun masih nak berborak kat luar. Tak retilah nak bawa adik ni masuk dalam. Kang demam, siapa yang susah?”

“Maaf, bu. Dayah tak perasan awan dah mendung…” Hanani mencapai pergelangan tangan si ibu. Dia tidak mahu Hidayah kerap dimarahi begitu.

“Ibu, Nani yang nak ambil angin kat sini. Apa salahnya sambil makan kat atas jambatan ni, Nani bagi ikan makan sekali. Bolehkan, bu?”

“Iyalah awak ni. Dayah tahulah nak jaga Nani. Yang awak ni risau tak bertempat tu, kenapa? Zizah, Zizah…” Encik Zamri mula menggeleng. Puan Azizah mendakap bahu anaknya.

“Yalah-yalah. Ada-ada aje Nani ni…Ha, ibu dan abah tadi keluar pergi shopping. Jom, kita tengok baju sama-sama.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience