BAB 11

Family Completed 5499

“Sayang,…” Shazriel memeluk bahu isterinya. Hanani tersenyum nipis. Tangan suaminya dikucup lembut. Shazriel mendukung tubuh isterinya lalu diletakkan di atas ribanya. Hanani tergelak manja. Leher suaminya dipahut. Sama-sama menebarkan pandangan ke luar balkoni. Menikmati bunyian cengkerik pengganti muzik malam.

“Sorry ya bang, Nani menyusahkan abang pula. Bawak Nani pergi ke hulur ke hilir. Kesian abang.”

“Jangan cakap macam tu, sayang. Nani kan isteri abang. Nanti abang bawak Nani pergi honeymoon”

“Umm, boleh ke?” Shazriel membelai rambut halus milik isterinya. Tangannya mengeratkan lagi pelukan.

“Untuk isteri abang, apa saja mesti boleh. Abang sayang Nani.”

“Nani pun sayang abang. Kita pergi bercuti tu, bawak Hidayah sekali tak? Kesian dia duduk sorang kat rumah.” Hanani jadi diam sendiri. Sebut berkenaan Hidayah, kembarnya banyak berubah. Kurang bercakap. Acuh tak acuh sahaja dia mengujarkan sesuatu. Semenjak dia bernikah, Hidayah jarang mengajaknya berbual. Sekali pun diajak, Hidayah pasti menolak. Sibuk katanya. Tertanya-tanya juga, Hidayah sering mengemas rumah. Membersihkan segala ruang yang ada dalam rumah sehabis licin. Katanya, dia hendak bereskan khidmatnya sebagai seorang anak sebelum dia pergi. Agak aneh gaya bahasa yang digunakan Hidayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience