BAB 7

Family Completed 5499

Shazriel mengetap bibir. Perubahan hatinya bukan juga silapnya. Ia suatu peralihan yang sulit bagi dia terjemahkan di atas lidahnya. Bukan dia yang meminta, bukan dia sengajakan.

Hidayah dan Hanani mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Si kembar yang mempunyai jiwa yang berbeza.

“Saya tahu perbuatan saya sakitkan hati awak. Saya lemparkan sebuah harapan kat awak. Dan saya tahu, dalam bersungguh-sungguh awak memikat hati saya, saya pula berpaling tadah terhadap adik kembar awak. Maaf…”

Sungguh! Perkara yang memberi nanah dalam benak jika si lelaki pujaan hati tidak sudi menyintai seorang gadis itu malah dia lebih menyintai adik kandung kepada si perempuan yang telah lama memendam perasaan sayang terhadap yang dipuja. Tahukah Shazriel itu teramatlah sakit?

“Apa yang nak dihairankan? Semua orang sayangkan Nani. Bahkan Nani adalah anak kesayangan ibu dan abah. Dia lumpuh, kerana mahu selamatkan saya. Tapi saya yang dipersalahkan. Sembilan tahun ibu tak hadap nak tengok muka saya lagi. Saya ni pembawa sial. Moga-moga dengan adanya awak di sisi Hanani nanti, dia akan dapat semangat baru. Kehadiran awak banyak berikan penyeri dalam keluarga saya. Mujur orang yang awak sayang tu bukan Hidayah. Andai Hidayah yang dipilih, bersamaan awak akan pilih jalan malang.”

“Dayah, nasib seseorang bukan terletak di tangan manusia. Kita akan hidup sebagai satu keluarga. Saya…”

“Kenapa awak taburkan harapan pada saya?” Hidayah mengelap cecair jernih yang membasahi lekuk pipinya.

“Saya mengaku, semenjak kali pertama saya bertemu Hanani, saya mula jatuh cinta. Gunakan awak, untuk bantu saya dapatkan adik awak tu.” Hidayah tergamam.

Saat dia begitu terpuruk dengan kisahnya yang dahulu, Shazriel yang dianggap sahabat sejati hadir seakan ada kesejukan dalam dirinya. Ketika itu, Hidayah berasa nyaman. Hanya deraian airmata pengisi kosong jiwanya. Haruskah dia gagal dan menyerah lagi??

Menyerah sahaja pada yang sudah tidak mahukannya. Hidayah menarik nafas. Salahkah dia juga ingin dicintai? Disayangi jua dikasihi? Puan Azizah asyik meminggirkannya dan mengutamakan Hanani lebih dari dua benua dunia. Melimpah-ruah kasih sayang Puan Azizah terhadap kembarnya yang seorang itu.

“Sekarang, apa yang awak rasa? Dah dapat kata sepakat dari keluarga saya? Tahniah awak. Saya harap awak dapat jaga kembar saya sebaik-baiknya. Sama ada waktu tu, saya masih ada atau pun tak.”

“Dayah, kita tetap kawan, kan?” Lama Hidayah mendiam. Akhirnya gelengan kecil dia hadiahkan buat Shazriel.

“Awak akan jadi suami kepada Hanani. Waktu tu, tiada lagi istilah teman karib. Sekali lafaz akad nikah yang awak lancarkan depan abah saya, kita akan pegang taraf masing-masing. Dan layanan antara kita juga berbeza. Itu kenyataannya.” Hidayah berundur.

Kini….

Perih yang mencucuk sanubari telah melenyapkan kesemua masa lalunya. Impiannya bersama Shazriel pupus serta-merta. Rasa cemburu mengikat erat penggal hatinya yang terpaksa menempuh kesakitan ini keseorangan….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience