BAB 10

Family Completed 5499

Hidayah tetap enggan. Badannya langsung tidak berganjak. Statik di satu tempat. Sentalannya semakin kuat, semakin laju. Geram! Cemburu itu memang sudah tidak dapat dipisahkan daripada jasadnya.

Mengapa Hanani yang perlu dilebihkan? Mengapa di mata semua insan, Hanani adalah yang terbaik? Sedangkan kawan-kawan kolejnya semua menganggap Hanani lebih bijak daripadanya.

Hilang begitu sahaja akrab persahabatan antara Hidayah dan mereka yang berkenaan. Awal pagi tadi, bukannya tiada rakan sekuliahnya hadir,…tapi semuanya mencari Hanani.

Siapa Hidayah di depan mereka?? Pada pandangan mata Puan Azizah, Hidayahlah pembawa malang. Di mata Shazriel pula, Hidayah mudah dipergunakan sebagai jalan pintas bagi mendapatkan Hanani.

“Saya sayangkan Nani. Anak yang saya lahirkan asalnya sempurna. Tapi Dayah…Kerana dia, Hanani cacat. Haih…Abang pun satu, saya suruh abang hantar Dayah duduk kat kampung sekejap, abang tak nak….”

“Dayah, Dayah…” Nek Su menghalang Hidayah dari melanjutkan kerjanya. Air mukanya Hidayah pilu. Wajahnya menunduk.

“Nek Su, Dayah nak minta izin.” Nek Su mengusap cucunya.

“Minta izin apa, sayang?”

“Dayah nak ikut Nek Su balik kampung. Dayah tak mahu tinggal kat sini. Nek Su benarkan ya? Ibu tak suka Dayah. Shaz pula kahwin dengan Nani. Dayah jahat. Dayah buat Nani cacat. Dayah jahat!” Tersedu-sedan dia menangis di bahu neneknya.

Nek Su sahajalah yang memahami perasaannya. Airmatanya mengalir deras. Terasa tiada guna! Terasa seperti sampah sarap yang disepak-sepak. Sembilan tahun Hidayah tidak diambil peduli oleh Puan Azizah. Seperti dirinya terlalu jijik. Sebelah mata pun, Puan Azizah tidak kempunan… Nek Su mengelap mutiara jernih yang luruh di lekuk pipi gebu Hidayah. Sebagai seorang nenek kandung, dia juga dapat merasai pergolakan jiwa Hidayah.

Hidayah…Nama yang penuh bermakna. Hidayah…nama yang dia cadangkan sewaktu Puan Azizah mengandungkannya.

“Syy, tak mahu menangis, Dayah. Dayah cucu Nek Su yang cantik, baik, lembut,…pandai jaga hati semua orang. Nek Su sayang Dayah.”

“Dayah nak ikut Nek Su. Dayah nak habiskan masa hidup Dayah dengan Nek Su.”

“Boleh, sayang…” Bahu Hidayah ditepuk-tepuk. Dahi cucunya dikucup. Meredakan kesedihan yang bertandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience