BAB 13

Family Completed 5499

Semoga Nur Hanani menjadi seorang isteri solehah kepada Mohd Shazriel Ahmad. Okey?” Hanani memejam mata. Lama mereka berpelukan.

“Berapa lama kau kat kampung?”

“Entah. Lepas kampung, ada satu tempat lagi yang aku wajib pergi. Tak tahu bila aku akan balik. Mungkin seratus tahun akan datang, aku tetap belum balik waktu tu.”

“Eiii…merepek! Aku akan tunggu kau.”

“Nani, janji dengan aku ya…Bahagiakan ibu selalu. Jangan jadi macam aku yang suka sakitkan hati dia.” Hidayah meleraikan pelukan. Pandangannya dikalih pada adik iparnya.

“Shaz, aku pergi dulu. Jaga Nani, jaga keluarga aku sepanjang aku tak ada nanti…”

“Insya-Allah Dayah…” Shazriel menolak kerusi beroda Hanani mengikut Hidayah yang sudah pun mengangkat bagasi pakaian. Turun ke bawah, menghantar Hidayah dan Nek Su ke muka pintu. Hidayah menghulurkan tangannya kepada Encik Zamri, lalu dicium. Kemduain Puan Azizah…Ibunya hanya hulur hujung jari sahaja. Itu pun tak mahu tangannya dijamah. Hidayah pasrah. Lama dia merenung raut Puan Azizah ketika itu.

“Ibu, Dayah nak peluk ibu…”

“Haih, balik kampung pun nak berpeluk-peluk? Tak maulah.”

“Sekali ni aje, bu. Dayah nak peluk ibu untuk kali terakhir…”

“Zizah, anak kita nak peluk awak pun tak boleh ke? Awak ni bertolak ansurlah sikit!” tegas Encik Zamri bengang akan sikap isterinya.

“Eh, dengar sini…Kalau kau peluk aku, adik kau tu sembuh tak apa jugak. Kau pergi cium tapak kaki Nani tu dulu. Dayah, ibu harap kat kampung nanti akan ada orang yang merisik kau. Senang urusan ibu lepaskan tanggungjawab ibu. Bela anak macam kau ni, memang tak guna satu sen. Bawa bencana. Menaikkan suhu badan aku aje.”

“Ibu, janganlah cakap bagitu kat Dayah. Kitorang adik-beradik. Ibu ni, cubalah berlembut hati sikit.” Hanina menyampuk. Airmatanya sudah bergenang. Nek Su memahut bahu Hidayah yang masih setia merenung raut si ibu.

“Jom, Dayah. Kita balik kampung, kat sana nanti kita tenangkan fikiran. Untuk apa dilayan orang yang bencikan kita.”

“Mak…Cucu mak yang…”

“Sudahlah. Aku nak balik. Kau jagalah anak kesayangan kau dengan menantu kau tu. Cucu aku yang sorang ni, biar aku yang bela.” Hidayah melemparkan senyuman bersama linangan airmata. Perlahan-lahan dia mengangkat tangan. Melambai seluruh ahli keluarganya…

“Dayah sayang ibu dan abah…Doakan Dayah ya?”

“Memang aku doakan kau. Doakan supaya kau sedar kesilapan kau! Ubah perangai tu supaya jadi manusia.” Bebel Puan Azizah tidak puas hati. Hidayah sekadar tunduk. Sayu batinnya…Membiarkan hatinya menjauh…Lantaran terus menjauh…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience