BAB 15

Family Completed 5499

“Entah. Lepas kampung, ada satu tempat lagi yang aku wajib pergi. Tak tahu bila aku akan balik. Mungkin seratus tahun akan datang, aku tetap belum balik waktu tu.”

“Sekali ni aje, bu. Dayah nak peluk ibu untuk kali terakhir…”

“Dayah…” Hanani merintih pilu. Kesesatan lalu lintas menyebabkan perjalanan mereka terganggu. Maka, selama sembilan tahun Puan Azizah tidak pernah mendakap Hidayah bermula dari peristiwa Hanani kemalangan, ia umpama sekelip mata.

Seperti satu petikan jari, Hidayah pergi buat selama-lamanya. Dia telah mensia-siakan Hidayah. Di atas pusara si anak dia merintih. Menyesal…Allah SWT telah mengambil semula Hidayah daripadanya.

Andai dahulu Puan Azizah dikurniakan sepasang anak kembar Hidayah dan Hanani, hari ini anaknya tinggal seorang.

“Dayah, maafkan ibu…” kelopak bunga kertas yang menutup muka pusara disentuh. Tak berpeluang menatap wajah si anak buat kali terakhir selepas dikafankan. Hidayah pergi tanpa keluarga di sampingnya.

Hanani turut menangis. Jika semalam kakaknya sihat walafiat, siapa sangka hari ini Hidayah meninggal dunia. Rindunya dengan gelak tawa Hidayah. Dalam diam Hanani memohon ampun.

Hidayah sering terasa kekosongan setelah segalanya berpindah kepada Hanani. Shazriel menekur batu nisan yang menjadi pengganti diri buat Hidayah. Nek Su menyentuh bahu Puan Azizah.

“Zizah, walau pun dulu arwah Hidayah sihat walafiat orangnya tapi dia tetap manusia yang ada perasaan. Sembilan tahun jiwanya terseksa. Inilah…Andai kita tak menghargai anugerah yang telah Allah hadiahkan untuk kita, dia akan ambil semula. Hidayah tu pinjaman dari Dia. Kau tak jaga, kau tak berikan kasih sayang,…Biarlah Allah SWT yang kasihi Hidayah kat sana. Sepanjang perjalanan malam tadi, dia asyik luahkan kat mak…Kata Dayah, dia sayangkan keluarganya. Nah…” sehelai kertas dihulurkan kepada Puan Azizah.

Perempuan itu sambut… Assalamualaikum ibu abah dan Hanani, Pertama sekali Hidayah ingin menyusun sepuluh jari kepada kalian. Ibu, maafkan Dayah kerana banyak menyusahkan ibu. Dayah gagal menjadi seorang anak yang bertauliah.

Dayah telah melukakan hati ibu dengan menyakiti Hanani. Ibu, Dayah hanya seorang manusia yang sering lemah dan daif. Sembilan tahun Dayah cuba memujuk ibu dengan harapan ibu mengampunkan kesalahan Dayah. Namun, hati ibu lebih memilih untuk mengajar Dayah agar terus bersikap berperikemanusiaan.

Tak pernah sesekali Dayah membenci ibu. Malah perasaan sayang terhadap ibu kian bertambah dari sehari ke sehari. Walau tidak pernah ibu mendakap tubuh ini, Dayah tetap bersyukur.

Ikhlas Dayah katakana, Dayah gembira dapat melihat wajah lembut ibu meski anak mata ibu tidak ketersampaian mahu membalas tatapan Dayah. Terima kasih bu, kerana mendidik Dayah selama ini… Abah, Dayah sayang sangat kat abah. Abah seorang bapa yang bertanggungjawab. Memberi makan minum tanpa berkira.

Dayah rindukan abah. Abah yang selalu mengesat airmata ini jika bercucuran. Tapi apakan daya, Dayah sering dihantui rasa bersalah. Mengasihi Hanani tanpa berbelah bahagi barangkali salah satu langkah untuk Dayah melunaskan segala hutang kesalahan Dayah…Maafkan Dayah, abah.

Maafkan Dayah. Hanani, maafkan aku atas perbuatan aku. Aku harap janganlah kau menangisi pemergian aku. Aku sentiasa segar di hati kau. Curahkanlah kasih sayang kau terhadap ibu dan abah sebanyak yang boleh. Selagi nyawa di kandung badan. Aku sedar, aku tidak terdaya menggantikan anggota tubuh kau dengan apa-apa. Andai aku memiliki kuasa, pasti aku akan kurniakan kau sepasang sayap untuk kau berterbang bebas. Apa pun itu cuma dusta. Aku hanyalah insan biasa yang sering alpa dan tetap perlu bergantung hidup pada Dia Yang Maha Satu.

Ya Allah, Aku bagaikan setitis air di lautan-Mu yang luas, Aku bagaikan sebongkah batu yang tiada sekelumit erti, Aku bagaikan sebatang ranting yang rapuh termakan usia, Aku bagaikan segenggam debu yang berhamburan Ya Robb… Ya Allah, aku menyedari betapa tiada ertinya diriku di hadapan-Mu Ya Robb Betapa hina dan bodohnya diri ini di hadapan-Mu. Andai waktu dapat dikembalikan, andai masa tidak berganti, Maka aku akan berusaha untuk menyedari siapa diri ini Ya Allah…

Terkadang bibir basah oleh ludah kebohongan, terkadang pula mata berbinar oleh airmata kepalsuan, dan terkadang hati ini luluh oleh niat kemaksiatan, Ya Allah, tuntunlah kami dengan keredhaan-Mu, Bimbinglah kami dengan pengampunan-Mu, agar aku dapat berjalan lurus di atas takdir-Mu, Dan tidak sesat saat ajal ku menjemput…. Ibu, abah dan Hanani… Semoga kita sekeluarga bertemu lagi di syurga-Nya, Insya-Allah… Salam sayang, Hidayah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience