BAB 14

Family Completed 5499

Penangan hujan lebat malam tadi, Hidayah terbatuk-batuk. Mukanya pucat pasi. Muntah belahak dia sejak dari subuh. Hilang selera makan. Saban hari dia berselubung di bawah kain selimut.

Menggigil seluruh pancainderanya. Hidayah terpaksa bertayammum menggunakan debu pasir untuk menunaikan solat. Berpinar-pinar kepalanya menekur sejadah. Dalam telekung dia rukuk, dan sujud sebanyak empat rakaat bagi solat fardhu Zohor.

Panas tubuh badannya. Deru nafasnya turut panas membahang. Hidayah berzikir mengalunkan nama-Nya… Jiwanya bertanya kepada Yang Maha Esa. Bilakah waktu itu datang padanya? Tak bisa dia membayangkan raganya sudah tidak berdaya ..namun tak mampu juga dia menafikan.

Perkara itu pasti terjadi. Tubuh Hidayah kian melemah…Lidahnya semakin kelu dan kaku. Tanpa bicara, telinga pula seolah-olah pekak. Malah sepasang matanya kuyu seakan orang buta. Gelap, gelap…dan gelap…Hidayah terasa hidungnya basah.

Apabila disentuh merah menyala. Bergema-gema ajakan Talqin menyerunya. Raganya mendingin. Tiada yang Hidayah tafsirkan selain kecemasan jua ketakutan. Kini tiada lagi yang bererti. Harta, keluarga, dan tahta…Sekiranya ia layak di jinjing di alam sana, maka ia pasti menjadi tebusannya.

Allahuakbar! Hidayah jatuh longlai di atas tikar sejadah berbungkus telekung putih yang bersih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience